Tuesday, October 09, 2012

Terung Goreng Tempura



Assalamualaikum semua..

Terung Goreng Tempura.. boleh dibuat ratah atau makan bersama nasi.. cicah bersama sos Thai.. memang sedap.. Selalunya anak2 kurang berminat dengan sayur terung tapi kali ini semuanya makan dengan cara mengoreng bersama tepung tempura..  resepi ini saya lihat rancangan di TV3 5 Rencah 5 Rasa yang dihoskan oleh Chef Sherson.. terus ingin mencuba.. mudah dan senang saja penyediaannya..

TERUNG GORENG TEMPURA
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
2 batang terung panjang - dipotong
1/2 cawan tepung tempura*
1 sudu makan rempah kari*
1 sudu kecil serbuk lada hitam*
1 sudu kecil serbuk cili*
Garam secukupnya* - semua bahan disatukan
1/2 cawan air

Cara-cara :
Potong terung secara menyerong.
Panaskan minyak.
Semua bahan * disatukan kemuadian tuang air dan kacau menjadi adunan cair.
Bila minyak panas ambil terung dan salutkan dengan adunan tepung dan goreng. (Seperti mengoreng pisang)
Bila garing, angkat dan toskan minyak.
Sedia dihidang dan sedap dimakan bersama sos Thai.

3 comments:

  1. sedapnya...tgk gambar tu lgi la xsabar2 nak rasa jgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdp sgt... Mmg dha try dha... Kene lgi ngn sambal dye...😋😋 Fuuhhhh😂

      Delete
  2. Dha try dha.... Sdp sgt... Kena lgi ada sambal😋 fuuuhhhhh☺

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...