Monday, December 26, 2011

Donut Keledek


Donut Keledek... sedap, lembut dan gebu.. kuih yang digemari anak-anak tidak kira donut perasa apa pun.. donat keledek ini cara pembuatannya lebihkurang sama dengan donut kentang..

Bahan-bahan:
500 gm tepung gandum
150 gm keledek yang direbus dan dilenyek halus
11 gm yeast*
2 sudu besar air* - Bahan*disatukan dan gaul sebati
80 gm butter
1 biji telur
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 cawan air sejuk (+ -)

Cara-cara:
Satukan tepung bersama keledek, gula, susu tepung, telur dan garam. Uli.
Masukkan yeast dan butter dan uli sebati.
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi kental dan licin.
Rehatkan doh sehingga naik 2x ganda.
Ambil doh dan uli dan tumbuk2kan supaya angin didalam doh keluar.
Bulat2kan doh seberat 40gm atau gunakan acuan donut.
Rehatkan sebentar.
Goreng diatas api sederhana hingga kekuningan dan masak.
Salutkan gula dan dihidang.

Saturday, December 24, 2011

Nasi Lemak Pandan


Assalamualaikum semua...
Nasi Lemak Pandan.. seharum daun pandan yang kita bau bila dimasak.. sedap dan menjadi citarasa saya sekeluarga.. ianya sama dengan nasi lemak biasa cuma kita kisarkan lebih daun pandan utk mendapat aroma pandan.. saya juga hiriskan serai membuatkan nasi lebih wangi dan sedap.. Jika ingin mencuba lihat resepi saya ini..

Bahan-bahan:
4 cawan beras Basmathi - dicuci dan direndam 15 minit.
1 biji bawang besar dihiris
1 in halia dihiris
1 btg kulit kayu manis
2 btg serai dihiris halus
7 helai daun pandan
5 1/2 cawan santan
Sedikit minyak
Sedikit garam
1 sudu kecil gula
Sedikit pewarna hijau

Beras yang direndam ditoskan. Masukkan kedalam periuk nasi elektrik.
Kisar daun pandan bersama santan dan tapiskan.
Masukkan santan, bawang besar, halia, serai, minyak, garam dan gula.
Tekan periuk nasi dan biar hingga masak.
Kacau nasi dan sedia dihidang.

Friday, December 23, 2011

Sambal Sotong


Sambal Sotong.. sedap dimakan besama nasi lemak.. saya menggunakan sotong yang kecil.. kalau sotong yang besar saiznya hendaklah dipotong bulat.. Jom lihat resepinya yg mudah ini..

Bahan-bahan:
1/2 kg sotong dicuci dan tos
1 biji bawang besar dihiris
4 biji bawang merah*
1 in belacan* (Semua bahan*dikisar)
2 cawan cili kisar
1/2 cwn air asam jawa
Garam & Gula secukupnya

Tumis bawang besar dan bahan kisar hingga wangi.
Masukkan cilikisar dan kacau hingga garing dan naik minyak.
Tuang air asam jawa, garam dan gula.
Masak hingga pekat.
Masukkan sotong dan gaul rata dan masak.
Sedia dihidang.



Saturday, December 17, 2011

Soto Ayam


Assalamualaikum semua...
Soto Ayam... menu saya sekeluarga untuk hari ini.. sudah agak lama tidak membuatnya.. mudah sahaja penyediaanya jika semua bahan telah sediaada dipetisejuk.. sedap dimakan jika sup panas bersama bergedil daging dan sambal kicap.. Jom lihat resepi dari saya...


Bahan untuk sup:
1 ekor ayam dipotong empat
8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 in halia*
4 biji buah keras*
1 sudu besar ketumbar* (Semua bahan dikisar)
3 sudu besar rempah soto Mak Siti
2 in lengkuas dititik
5 btg serai diketuk
Rempah tumis
Air secukupnya
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Garam secukupnya
Sedikit gula

Tumis semua bahan yang dikisar dan rempah tumis hingga wangi. Diikuti rempah soto dan kacau hingga masak.
Masukkan air, serai, lengkuas, garam, gula dan ayam dan biar mendidih.
Masukkan daun bawang dan bawang goreng.
Angkat ayam dan sejukkan sebentar dan siatkan halus.


Nasi empit secukupnya direbus hingga masak. Sejukkan baru dipotong kiub.


Bahan-bahan yang lain:
Bergedil daging
Sambal kicap
Taugeh
Ayam yang telah disiat
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Soon goreng
Kacang tanah goreng


Selamat mencuba pasti sedap...

Wednesday, December 07, 2011

Bun Kelapa


Assalamualaikum dan selamat pagi...
Bun Kelapa.. sedap dan lembut.. nak perhabiskan inti kelapa yang lalu buat kuih ketayap.. roti ni sedap dimakan untuk minum pagi dan petang.. resepinya adalah resepi koleksi simpanan saya..


Sedap dimakan panas2 yang baru keluar dari oven.. fav anak2 semasa cuti sekolah ni ada je permintaan untuk saya buatkan sesuatu untuk mereka..

Bahan-bahan:
600 gm tepung berprotin tinggi
60 gm gula halus
2 sudu bear tepung susu
2 sudu teh bread improver
11 gm yeast
1 sudu kecil garam
1 biji telur
2 50 ml air sejuk (+ -)
70 gm butter

Cara-cara:
Satukan semua bahan kecuali air dan butter.
Uli hingga rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan sebati.
Masukkan butter dan uli hingga licin dan kental.
Tutup doh dgn towel dan perap hingga doh naik berganda.
Angkat doh dan uli sambil tumbuk2kan untuk buang angin didalam doh.
Bentukkan bulat dalam anggaran 50gm dan isi inti kelapa.
Rehatkan dalam 10 minit. Sapu telur dan tabur kelapa kering diatasnya.
Bakar didalam oven 170C dalam 20 minit hingga kekuningan.

Tuesday, December 06, 2011

Mee Jawa


Assalamualaikum dan selamat malam..
Mee Jawa.. menu makan malam.. sudah agak lama juga tidak membuatnya.. hari tu saja menjengah ke dapur Yatie @ Sinar Kehidupanku untuk mencari resepi mee jawa.. terus tertarik dengan mee jawa ni.. sedap rasanya.. memang menjadi citarasa saya sekeluarga.. terimakasih Yatie berkongsi resepi ni.. Jom lihat resepinya..


Bahan utk kuah:
1/2 kg keledek - direbus dan dikisar
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 btg serai*
Sedikit halia*
Sedikit lengkuas*
100 gm udang kering* (Semua bahan*dikisar)
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar serbuk kari daging
Air rebusan daging secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara:
Panaskan minyak kedalam periuk.
Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan serbuk kari dan kacau hingga naik minyak.
Masukkan air rebusan daging dan keledek yang dikisar.
Masukkan garam dan gula secukupnya.
Sedia dihidang.

Bahan2 yang lain
1 kg mee kuning - dicelur
1/2 kg daging yg telah direbus dan dihiris
1 bungkus fishcake - di celur dan dihiris nipis ( saya tambah)
300 gm taugeh - dicelur
3 keping tauhu - dihiris nipis
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Cili hijau / cili merah - dihiris
Telur rebus


Mee kuning yang dicelur..


Selamat mencuba pasti sedap...

Kuih Ketayap


Kuih Ketayap.. makan panas2  waktu sarapan pagi atau minum petang.. kuih lama yang sedap dan mudah dibuat..

Bahan-bahan:
2 cawan tepung
1 biji telur
Sedikit garam
1 cawan air
1 cawan air daun pandan
Sedikit pewrna pandan

Semua bahan dikisar halus.
Panaskan kuali dan sapu sedikit minyak.
Masukkan adunan.
Bila masak masukkan inti kelapa dan gulung.

Bahan inti:
1 biji kelapa parut putih
1/2 buku gula melaka
Gula ikut kemanisan
2 sudu makan tepung ubi
Sedikit garam
2 helai daun  pandan

Satukan semua bahan kedalam kuali.
Masak hingga sebati dan kering.
Biarkan sejuk.


Monday, December 05, 2011

Lemak Udang Rebung


Lemak Udang Rebung... pedas dengan cili api dan manis rasa kuah udang yang baru.. saya campurkan dgn sedikit rebung..

Bahan-bahan:
1/2 kg udang
300 gm rebung
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
10 biji cili api* - lebih jika mahu pedas lagi
1 in kunyit*  (Semua bahan* dikisar)
2 btg serai diketuk
1 keping asam gelugur
Santan secukupnya
Sedikit garam

Cara-cara:
Satukan semua bahan kisar, serai, asam gelugur dan santan didalam periuk
Kacau diatas api yang sederhana hingga mendidih.
Masukkan rebung dan sedikit garam
Bila mendidih masukkan udang dan kacau sebati.
Sedia dihidang.

Sunday, December 04, 2011

Donut Kentang


Assalamualaikum dan selamat petang..

Donut Kentang.. menu untuk minum petang pada hari ini.. lembut dan gebu.. diluar hujan dengan lebat ni memang sedap makan panas2 bersama secawan teh0 panas.. Jom kita layan..

Bahan-bahan:
300 gm kentang - direbus dan dilenyek
1 kg tepung
1 sudu teh baking powder
150 gm butter
22 gm yeast - Mauripan
2 sudu besar gula halus
1/2 cawan susu pekat manis
2 biji telur
1 sudu kecil garam
1 1/2 cawan air suam (+ -)
Gula aising utk salut

Cara-cara dengan menggunakan mesin pengadun:
Yeast dilarutkan bersama sedikit air suam.
Satukan semua bahan kecuali air didalam bekas dan gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit hingga doh menjadi licin dan kental.
Angkat doh dan rehatkan selama 1/2 jam.
Biar doh mengembang 2x ganda.
Kemudian ulikan doh dan buangkan angin
Bulat-bulatkan doh dalam 40gm. Biar dalam 10 minit.
Goreng hingga kekuningan dan masak.
Gaul bersama gula castor.

Saturday, December 03, 2011

Talam Kacang Merah


Bahan-bahan utk lapisan bawah:
1 cawan kacang merah - direbus empuk dan kering
3 1/2 cawan santan
1 1/4 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
Sedkit garam
Sedikit pewarna merah

Panaskan pengukus dan letakan loyang 9x9'' yang beralas pastik.
Ambil 1/2 dari santan diatas untuk dikisar bersama kacang merah yang telah direbus.
Satukan semua bahan yang lain bersama santan dan tapis.
Kemudian satukan bersama kacang merah yang dikisar dan masakkan hingga naik wap.
Tuang keatas loyang dan tutup.Kukus dalam 10 minit.

Bahan-bahan untuk lapisan atas:
3 cawan santan
1 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
1/4 cawan gula
Sedikit garam

Satukan semua bahan dan tapis
Masakkan diatas dapur hingga keluar wap.
Garis2kan dgn menggunakan garfu dilapisan bawah sebelum tuang adunan atas.
Kukus hingga 20 atau 25 minit
Sejukkan dahulu baru dipotong.

Friday, December 02, 2011

Pancake Pisang


Pancake Pisang.. untuk sarapan pagi..

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonat
1/2 cawan gula
1 biji telur
Sedikit garam
1 cawan pisang lenyek
1 3/4 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung

Cara-cara:
Satukan semua bahan.
Kacau dengan menggunakan whisk sehingga sebati. Biarkan adunan dalam 10 minit.
Panaskan non stik pan dan tuang aduanan.
Buat hingga habis.
Sedia dihidang.

Thursday, December 01, 2011

Asam Pedas Daging


Asam Pedas Daging.. menu hari ini.. asam pedas merupakan lauk yang paling digemari saya sekeluarga.. tidak kira asam pedas ikan atau ayam.. hari ini saya menyediakan asam pedas daging yang bercampur sedikit tetel..

Bahan-bahan:
600 gm daging
400 gm tetel
8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 in belacan*
1 1/2 in halia*
1 1/2 in lengkuas*
1 in kunyit*
4 biji buah keras* (Semua bahan*dikisar)
1 cawan cili kisar
3/4 cawan air asam jawa
3 btg serai dititik
4 helai daun limau purut
Air secukupnya
Sedikit garam dan gula

Cara-cara:
Tumis semua bahan yang dikisar dan serai hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan kacau hingga naik minyak.
Masukkan daging dan sedikit air. Masak hingga empuk.
Masukkan air asam, daun limau, garam dan sedikit gula.
Masak hingga daging mendidih.
Sedia dihidang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...