Monday, October 31, 2011

Ayam Harum Thai


Assalamualaikum semua dan selamat petang...

Ayam Harum Thai.. menu untuk makan malam saya hari ini.. ramai juga saya lihat kawan-kawan sudah mencubanya.. memang sedap rasa masam dan manis semua cukup.. baunya semerbak harum daun limau purut bila ditumis.. apalagi bila dihidang dgn nasi putih panas.. cukup menyelerakan.. Jom lihat resepinya..

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam dipotong kecil
2 batang serai diketuk
4 helai daun limau purut
2 biji cili benggala dipotong memanjang
6 biji cili api - saya tambah
Garam dan gula secukupnya
Minyak utk menumis

Bahan A
1 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 in halia* (Semua bahan dihiris halus)

Bahan B
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar pes tomyam
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap manis
1 biji limau nipis ambil jusnya
Daun ketumbar dihiris

Cara-cara:
Ayam dibersihkankan dan digaul bersama garam dan kunyit, Goreng dan ketepikan,
Tumis bahan A dan serai hingga layu.
Masukkan semua bahan B dan kacau hingga naik bau.
Masukkan ayam dan gaul rata. Rasa garam dan gula secukupnya.
Masukkan cili benggala, daun limau purut dan perahan jus limau.
Tabur daun ketumbar.
Sedia dihidang.

Lempeng & Sambal Tumis


Assalamualaikum semua..
Selamat pagi..  pagi ni saya bersarapan yang paling ringkas dan mudah.. lempeng cicah bersama sambal tumis.. ada lebih sambal tumis nasi lemak terus terfikir nak buat lempeng... memag sedap dan mengenyangkan..selain sambal tumis cicah bersama lauk kari juga sedap..

Bahan untuk lempeng::
2 cawan tepung gandum
1 biji telur dikacau sedikit
1 3/4 cawan air
Sedikt garam

Tepung dan telur disatukan. kemudian masukkan air sikit demi sedikit sambit dikacau menggunakan whisk sehingga sebati. Tapiskan adunan.
Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak dan tuangkan adunan. masak hingga habis.
Sedia dihidang.

Friday, October 28, 2011

Puteri Ayu


Assalamualaikum semua..
Cuaca panas yang sangat terik diluar sana.. kemungkinan petang hujan seperti biasa lebat sekali.. walaupun kepanasan didalam dapur.. masakan keluarga tetap juga dihidangkan.. sudah menjadi kewajipan memasak sebagai surirumah seperti saya.. menu untuk petang ini saya cuba membuat puteri ayu dua warna.. tengok di blog kawan2 nampak berseri-seri dan cantik..


Resepi puteri ayu ini saya ambil di dapur Yatie @ Sinar Kehidupanku.. yang banyak resepi kuih-muih yang semuanya sedap.. terimakasih Yatie kerana berkongsi resepi..

Bahan-bahan:
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu kecil ovellete
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 cawan santan pekat
Perisa pandan atau ikut citarasa masing2 - saya guna paste pandan & pewarna kuning

Inti kelapa
2 cawan kelapa parut putih*
1 sudu besar tepung ubi*
Sedikit garam* ( Semua bahan digaul sebati )

Cara-cara:
Pukul telur bersama gula hingga kembang. Masukkan ovellete dan pukul lagi hingga betul2 kembang.
Masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder berselang seli santan. Kacau sebati.
Bahagikan kepada dua warna.
Kelapa disatukan dgn tepung ubi dan garam.
Sapukan acuan dgn sedikit minyak dan masukkan kelapa dan tekan2 sedikit hingga rata.
Tuangkan adunan tadi hingga habis.
Kukus selama 15 minit dgn api sederhana.
Sedia dihidang.

Monday, October 24, 2011

Kedamaian Di Port Dickson



Selesa Beach Resort.. mmg selesa sekali disini..


Cuaca panas.. boleh berenang disini..




Pagi hari yg mendamaikan ... berjalan2 sambi menghirup udara ditepi pantai..




 Sebelum breakfast.. berjalan2 sambil menikmati udara pagi ditepian pantai..

Perahu dipesisiran pantai..





Friday, October 21, 2011

Bubur Kacang Hijau


Bubur Kacang Hijau.. menu petang.. sedap dimakan bersama cream creaker dan teh O panas.. cicah bersama roti pun sedap.. petang selalu hujan.. lagi menyelerakan kalau hidangkan utk famili kita.. betul tak.. :)

Bahan-bahan:
2 cawan kacang hijau direndam 2 / 3 jam.
4 cawan santan atau lebih ikut pekat
1/2 ketul gula melaka
Gula - ikut kemanisan masing2
Sedikit garam
2 helai daun pandan

Cara-cara:
Rebus kacang hijau yg direndam hingga empuk.
Masukan santan, gula melaka, gula pasir, daun pandan dan garam. Kacau hingga mendidih.
Sedia dihidang.

Thursday, October 20, 2011

Meehoon Goreng


Meehoon goreng.. menu pagi tadi.. simple saja.. tapi tetap menjadi kesukaan anak2.. bahan2nya pun apa yang ada didalam petisejuk..

Bahan-bahan:
1/2 bungkus meehoon direndam
2 keping fish cake dihiris
1 keping isi ayam dipotong kecil
3 pokok sawi
2 biji tomato dipotong nipis
1 biji telur dikacau
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng
4 biji bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
2 sudu makan udang kering* ( Semua bahan*dikisar)
2 sudu makan cili kisr
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan cili sos
1 sudu kecil sos ikan
Garam secukupnya

Cara:
Tumis bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan cili kisar, semua sos, telur dan sedikit garam. Kacau sebati.
Masukan sedikit air dan mee hoon. Gaul rata.
Masukan sawi, tomato, daun bawang dan bawang goreng.
Sedia dihidang.

Makan panas2.. bersama teh O panas.. :)



Wednesday, October 19, 2011

Tilapia Bersos Tomyam


Bahan-bahan:
2 ekor talapia merah
1 biji bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih dicincang
6 biji cili merah dikisar
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan pes tomyam
2 btg serai diketuk
2 tangkai daun limau purut
1 biji limau purut ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
Ikan dibasuh dan dilumur dgn garam dan kunyit. Kemudian digoreng.
Tumis serai, bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukka cili kisar, pes tomyam, daun limau purut dan tomato kacau rata.
Masukkan jus limau, garam dan gula.
Tuang ke atas ikan yg telah digoreng.
Sedia dihidang.

Tuesday, October 18, 2011

Pancake


Pagi ini saya menyediakan pancake untuk anak2 ke sekolah.. suka sangat diaorang makan bersama coklat cair.. untuk dibawa bekal pun juga.. selera budak2 bermacam2 kan.. kita sebagai ibu menyediakan aje.. lagipun mudah saja membuatnya..

Bahan-bahan:
1 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan gula
1 biji telur
1/4 cawan minyak jagung
1 cawan susu segar

Cara-cara:
Semua bahan2 kering disatukan. Masukkan telur yg telah dikacau.
Masukkan minyak dan kacau rata.
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit sambil kacau dgn menggunakan whisk supaya tidak bergentel. Kacau hingga sebati.
Biarkan adunan selama 10 minit.
Tuang sesenduk diatas non stick pan sehingga masak.
Sedia dihidang.

Monday, October 17, 2011

Moist Chocolate Cake


Assalamualaikum..

Moist Chocolate Cake.. semalam saya membuatnya bersama anak2 perempuan saya.. tengok semua mcm boring jer.. saya pun buat satu aktiviti yg berfaedah... JOM MAIN MASAK2 untuk diaorg.. lgpun mereka suka sangat dgn kek coklat... buatnya pun mudah dan semua bahan sudah tersedia ada.. resepi ini saya mencarinya di Myresepi.com.. yg banyak berkongsi resepi yang sedap2.. mungkin ramai kawan2 kita telah cuba membuat kek ini..
Kalau ingin menjadikan kek ini lebih lembap hendaklah simpan semalaman didalam bekas yg tertutup..

Bahan A
1 cawan serbuk koko*
1/2 cawan gula halus*
1 cawan air panas*
1/2 cawan susu cair* ( Semua bahan disatukan kemudian dimasak hingga larut)

Bahan B
250 gm butter
2 cawan gula halus
4 biji telur gred A
2 cawan tepung
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:
Satukan koko, gula halus dan air panas dan dikacau diatas api perlahan hingga larut kemudian masukkan susu cair. Tutup api dan biarkan.
Pukul butter dan gula hingga kembang. masukkan esen vanilla.
Masukkan telur satu persatu hingga habis.
Masukkan tepung yg bercampur baking powder sedikit demi sedikit berselang seli dgn bahan A hingga habis. kacau pelahan.
Tuang kedalam acuan 9x9'' yg disapu dgn butter dan beralas kertas.
Bakar 180C selama 50 minit sehingga kek masak.


Cara membuat toping yang mudah:
300 gm coklat masakan
1 camcateh butter
4 camca besar susu cair
Semua bahan disatuka dan buat secara double boiler


Saturday, October 15, 2011

Laksa Johor



Laksa Johor.. menu kami sekeluarga utk hari ini.. makanan negeri Johor yg skrg telah popular dimerata negeri.. biasanya laksa ni dijamu pada hari raya atau hari tertentu sahaja tapi skrg banyak restoran yang menjualnya.. senang didapati kalau teringin sangat nak makan..  mengguna spaghetti dan sedikit ulam-ulam dan sambal belacan..


Kalau yang biasa membuatnya tidaklah begitu rumit membuatnya.. cuma ikan yang perlu direbus kemudian diambil isinya itu yang membuatkan lama sikit penyediaannya... kalau hendak mencubanya boleh lihat resepi disini... untuk keluarga sedikt boleh kurangkan  1/2 drp bahan2nya..

Bahan-bahan:
1 kg ikan tenggiri / ikan kembung - dicuci dan direbus
8 biji bawang merah*
2 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
2 in halia*
2 in kunyit*
1 1/2 in lengkuas*
1/2 cawan udang kering*
6 biji buah keras*
2 sudu makan ketumbar*
6 btg serai* ( Semua bahan*dikisar)
1 1/2 cawan rempah kari ikan - dibancuh dgn sedikit air
1 sudu besar cili kisar
3 sudu makan kerisik
4 keping asam  gelugur
Santan secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara:
Ikan yang telah diasingkan isinya dikisar bersama air rebusan ikan hingga hancur. Biarkan.
Tumis semua bahan yang dikisar hingga wanggi.
Masukkan cili kisar dan serbuk kari yg dibancuh air dan kacau hingga naik minyak.
Masukkan santan, ikan yg dikisar,asam gelugur dan kerisik. Kacau hingga sebati dan mendidih.
Masukkan garam dan gula secukupnya.
Sedia dihidang.

Bahan-bahan ulaman:
Timun
Taugeh
Bawang merah
Lobak asin
Daun kesom
Daun selasih
Limau kasturi



Kuah yang pekat lagi sedap....


Spaghetti ini perlu direbus bersama sedikit minyak hingga lembut lebihkurang 15 minit kemudian ditoskan.


Selamat mencuba..

Friday, October 14, 2011

Ayam Kicap Ala Mamak


Assalamualaikum dan selamat pagi...

Ayam Kicap Ala Mamak.. masakan yang digemari anak2 saya.. jika dilihat bahan2nya pun lain dari masakan kicap yang biasa kita buat.. masakan ini juga dimakan bersama nasi kandar katanya.. saya mendapat resepi ni pun dari kawan karib.. sedap terasa bahan2 rempah spt jintan manis dan jintan putih..  Jika hendak mencuba jom lihat resepi disini..

Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong ikut suka
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 in halia*
1 sudu makan lada hitam*
1 sudu makan jintan manis*
1 sudu makan jintan putih* (Semua bahan*dikisar)
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan serbuk kari digaul dgn sedikit air
5 sudu besar kicap manis
Rempah tumis
2 btg serai dititik
1 biji limau nipis ambil jusnya
Sedikit air
2 biji cili hijau dipotong panjang
Bawang goreng utk tabur
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara:
Ayam yng telah dipotong digaul dgn kunyit dan garam. Goreng separuh masak. Ketepikan.
Tumis bahan2 yang telah dikisar, serai dan rempah tumis hingga wangi.
Masukkan serbuk cili, sos cili, sos tiram dan rempah kari kacau hingga naik minyak.
Masukkan kicap, sedikit air, garam dan gula.
Masukkan ayam dan gaul hingga ayam masak.
Masukkan jus limau nipis, cili hijau dan bawang goreng dan gaul rata.
Sedia dihidang.


Wednesday, October 12, 2011

Apam Mentega


Apam mentega.. sedap dan gebu.. rasanya pun mengikut citarasa saya yg tidak begitu manis.. resepi ini saya ambil dari dapur Ilahjy @ Resepi sumbangan JY.. terimakasih berkongsi resepi apamyg sedap ini..

Bahan A:
1 1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
250 gm mentega

Masak gula hingga cair dan kekuningan. masukkan air dan kacau sebati hingga semua gula larut. Masukkan mentega dan kacau hingga rata. Biarkan sebentar.

Bahan B:
3 cawan tepung*
2 sudu teh soda bicarbonat* ( Satukan dan ayak)
3/4 cawan gula halus
1 tin susu cair
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

Pukul telur, gula dan esen vanilla hingga kembang.
Masukkan air gula hangus yg telah dicairkan tadi. kacau sebati.
Masukkan tepung berselang seli dgn susu cair hingga habis. Kacau semuanya rata.
Biarkan adunan 1/2 jam.
Panaskan pengukus dan sapu acuan apam bersama sedikit minyak.
Panaskan acuan terlebih dahulu baru masukkan adunan 3/4 dari acuan apam.
Kukus selama 15 minit hingga masak.
Sejukkan dahulu baru dihidang.

Tuesday, October 11, 2011

Asam Pedas Ikan


Asam pedas ikan tenggiri... fav saya sekeluarga.. kalau masak asam pedas mesti semua seisi keluarga suka... makan mesti bertambah2 nasi dipinggan.. saya menggunakan ikan tenggiri.. yg rasanya mmg sedap.. pedas, masam dan manis terasa kuahnya.. bahan2nya pun senang sahaja..  Jom lihat resepinya...

Bahan-bahan:
5 keping isi ikan tenggiri
1 keping kepala ikan
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 in halia* 
4 biji buah keras* ( Semua bahan*dikisar)
2 sudu makan lada hitam yg ditumbuk
2 cawan cili kisar
1/2 sudu makan serbuk kunyit
3/4 cawan air asam jawa
3 cawan air
3 biji tomato
1 btg serai diketuk
Daun kesom secukupnya
Sedikit garam dan gula

Cara-cara:
Ikan dicuci dan toskan.
Tumis semua bahan yang dikisar dan serai hingga wangi. masukkan lada hitam dan serbuk kunyit.
Masukkan cili kisar dan masak hingga naik minyak.
Masukkan air asam dan air secukupnya. Biar mendidih.
Masukkan ikan, daun kesom, garam dan gula. Kacau perlahan hingga ikan masak.
Masukkan tomato dan tutup api.
Sedia dihidang.

Saturday, October 08, 2011

Nasi Tomato


Bahan-bahan:
4 cawan beras direndam dlm 1/2 jam dan toskan
2 sudu besar minyak sapi
Sedikit minyak jagung
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia* ( Semua bahan* dihiris)
Rempah tumis
1/2 cawan tomato puree
2 sudu makan sos tomato
1/2 cawan susu cair
5 cawan air
2 helai daun pandan
1/2 cawan kismis
Sedikit bawang goreng

Cara-cara:
Beras yang telah ditoskan masukkan kedalam periuk elektrik bersama air, susu cair dan daun pandan.
Tumis semua bahan  yang dihiris dan rempah tumis hingga wangi.
Masukkan tomato puree dan sos tomato. Tuang semua bahan ini kedalam periuk nasi. Rasa garam secukupnya dan tekan.
Tunggu hingga masak. Gaul dan masukkan kismis dan tutup sebentar. gaul rata.
Tabur bawang goreng dan hidang.


Ayam Masak Merah


Ayam masak merah.. saya makan bersama nasi tomato.. simple tapi sedap.. resepi ini saya ambil dari koleksi resepi lama saya.. kalau nak mencuba lihat resepi dibawah..

Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong
6 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
1 1/2 inci halia* (Semua bahan*dikisar)
1 inci lengkuas diketuk
2 btg serai diketuk
Rempah tumis
2 cawan cili kisar
1 cawan tomato puree
1 cawan sos tomato
1/2 cawan susu cair
sedikit daun ketumbar

Cara-cara:
Ayam dipotong dan dicuci. Lumurkan dgn garam dan kunyit. Goreng separuh masak dan biarkan.
Tumis bahan yang dikisar, rempah tumis, lengkuas dan serai hingga wamgi.
Masukkan cili kisar dan masak hingga naik minyak.
Masukkan tomato puree, sos tomato, susu cair, garam dan gula secukupnya.
Masukkan ayam dan gaul hingga sebati dan ayam masak sepenuhnya,
Tabur daun ketumbar dan gaul rata.
Sedia dihidang.

Dalca Daging


Bahan-bahan:
1/2 kg daging potong dicuci dan toskan
3 biji kentang*
10 btg kacang panjang*
2 batang terung*
1 btg carrot* ( Semua bahan*dipotong)
1 batang cili merah dan hijau
2 biji tomato dibelah dua
1 cawan kacang dhal direbus empuk
Santan secukupnya
3 keping asam gelugur

Bahan tumis:
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 1/2 in halia* (Semuanya* ditumbuk halus)
2 sudu makan cili kisar
2 sudu besar rempah kari daging
Rempah tumis
2 pelepah daun kari
Garam secukupnya

Cara-cara:
Tumis bahan yang ditumbuk, rempah tumis dan daun kari hingga wangi.
Masukkan rempah kari telah digaul dgn sedikit air dan cili kisar hingga naik minyak.
Masukkan daging dan santan cair. Masak hingga daging empuk.
Masukkan santan secukupnya, kacang dhal yg direbus, kentang dan carrot.
Masukkan terung, kacang panjang cili merah dan cili hijau.
Rasa garam secukupnya dan masak hingga mendidih.
Sedia dihidang.

Thursday, October 06, 2011

Apam Labu


Apam Labu.. menu petang.. perhabiskan separuh lagi labu yg duk lama kat petisejuk.. jengah ke dapur Yatie @ Sinar Kehidupanku.. nampak pulak resepi apam labu.. semua bahan2 yg lain memang sedia ada.. teruslah mengadun.. Alhamdulillah menjadi... lembut dan gebu.. Terimakasih Yatie berkongsi resepi ini.. Jom lihat resepinya..

Bahan A
3 sudu makan tepung gandum
2 sudu teh yeast segera
1 sudu teh gula castor
3 sudu makan air suam

Bahan B
240 gm labu dikukus / direbus
150 gm gula castor
1 biji telur
150 ml santan pekat

Bahan C
200 gm tepung gandum*
1 sudu teh baking powder* (Satukan dan ayak)

Cara-cara:
Campurkan semua bahan A dan kacau sebati. Biarkan dalam 10 minit.
Campurkan semua bahan B dan kisar halus. Tuankan kedalam mangkuk adunan.
Masukkan semua bahan C kedalam adunan bahan B yg dikisar sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
Masukkan bahan A tadi dan kacau hingga semua bahan sebati dan rata.Tutup dan biarkan adunan 1jam.
Panaskan pengukus dan sapu minyak keatas acuan dan panaskan sebentar.
Tuang adunan kedalam acuan dan kukus selama 15 minit.
Sejukkan dahulu baru dihidang bersama kelapa.
* Untuk menjadikan apam dikukus merekah bolehlah guna acuan kertas yg diletakkan kedalam acuan lompang. Jika gunakan acuan biasa ianya naik seperti biasa spt diatas.

Pancake


Pancake.. sarapan pagi tadi untuk anak2 kesekolah.. makanan yang simple dan ringan.. ianya sedap dimakan bersama madu atau peanut butter.. ikut citarasa masing2..

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
secubit soda bicarbonat
1/4 cawan gula
1 biji telur
1/4 cawan minyak jagung
1 cawan susu segar

Cara-cara:
Satukan kesemua bahan didalam sebuah bekas.
Kacau dgn menggunakan whisk sehingga sebati.
Biarkan dalam 10 minit.
Panaskan non stick pan kemudian tuang adunan. biar sehingga masak kemudian terbalikkan.
Sedia dihidang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...