Friday, December 04, 2015

Meehoon Kuah Santan



MEEHOON KUAH SANTAN
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
Meehoon secukupnya dicelur
Timun
Taugeh
Limau kasturi - dipotong
4 biji cili merah *
5 biji ciliapi *- ditumbuk

500 gm udang basah dibersihkan
400 gm bebola udang
400 gm bebola ketam
Daun ketumbar
2 batang serai dititik
2 keping asam gelugur
1 in lengkuas dititik
Santan secukupnya

10 biji bawang bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 in halia*
4 biji buah keras*
1/2 cawan udang kering dibersihkan*
2 biji cili merah* - semua bahan dikisar
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara  membuat kuah santan:
Tumis bahan yang dikisar. Kemudian masukkan serai dan lengkuas.
Masukkan sedikit santan dan kacau.
Masukkan bebola udang dan ketam.
Tuangkan santan secukupnya dan masukkan asam gelugur.
Perasakan garam dan sedikit gula.
Masukkan udang dan sedikit daun ketumbar kacau hingga mendidih.





Kek Marble



KEK MARBLE
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan : loyang 9x9 in
350 butter
320 gm gula castor
6 biji telur grad A
2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil ovellate
330 tepung gandum*
1 1/2 baking powder* bahan* diayak
4 sudu makan penuh susu pekat manis
2 sudu koko - digaul sedikit dengan air suam

Pukul butter hingga kembang.
Masukkan gula dan ovellate pukul lagi.
Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
Pukul hingga gebu dan putih.
Dengan menggunakan spatula masukkan tepung sedikit demi sedikit diikutu susu pekat manis.
Gaul rata.
Bahagi kepada 2 bahangisn. Satu bahagian dimasukkan koko tadi dan gaul rata.Masukkan loyang yang beralaskkan kertas dan disapukan sedikit marjerin.
Tuang adunan kek berselang seli warna hingga habis.
Bakar dengan kepanasan 170C dalam 45 hingga 1 jam atau sehingga masak.




Tuesday, November 17, 2015

Bingka Pandan



Assalamualaikum semua..

Semalam hujan lebat.. saja jengah ditepi rumah..
Sambil menglihatkan pokok pandan hidup segar menghijau.. teringin pulak nak makan bingka pandan.. memandangkan bahan2nya pun tersedia ada didapur.. resepinya pun mudah dan ringkas..

BINGKA PANDAN
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
3 3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
2 sudu teh garam
3 biji telur - kacau
3 sudu besar minyak jagung
2 cawan air daun pandan - 8 helai daun pandan dikisar bersama air
4 cawan santan pekat
Sedikit pewarna pandan

Cara-cara :
Satukan tepung, gula, garam dan telur.
Masukkan air daun pandan dan minyak.
Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga habis dan sebati.
Sapukan loyang dengan mentega.
Masukkan adunan kedalam loyang dan bakar 200C dalam 45 min atau 1 jam. sehingga atas dan bawah permukaan kuih kekuningan.
Angkat dan sejukkan baru dipotong.




Saturday, November 07, 2015

Puding Roti



PUDING ROTI
Dari Dapur :  Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan:

8 keping roti sandwich
500 ml susu segar
1/2 cawan gula
2 biji telur - dikacau rata
1 sudu teh esen vanilla
1/2 susu teh serbuk kulit kayu manis
2 sudu besar butter - dicairkan
sedikit kismis - untuk tabur


Untuk Sos Kastard
1 tin susu cair
1/2 tin susu air
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula - ikut citarasa


Cara-cara:
Sediakan satu bekas dan sapu sedikit butter.
Koyak-koyakkan roti dan susun bersama kismis hingga habis.
Dalam sebuah bekas satukan susu segar, telur, esen vanilla, kulit kayu manis dan butter cair. Kacau hingga rata.
Tuang adunan kedalam bekas roti tadi untuk direndam hingga kembang.
Panaskankan oven dalam 170C.
Masukkan kedalam oven dan bakar hingga masak dan kekuningan lbhkurang 30 min.
Sejukkan dahulu puding baru dituang sos.

Untuk Sos:
Satukan kesemua bahan dan kacau rata diatas api perlahan.
Masakkan hingga mendidih dan sejukkan.






Thursday, November 05, 2015

Masak Lemak Perut Dan Kacang Panjang



MASAK LEMAK PERUT DAN KACANG PANJANG
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan:
1 kg perut direbus dan dipotong
6 tangkai kacang panjang dipotong
1 batang serai dititik
2 keping asam gelugur
3 cawan santan ikut kepekatan
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 in halia*
10 biji ciliapi* - ditumbuk
1 helai daun kunyit

Cara-cara:
Masukkan santan, asam gelugur, serai dan bahan yang ditumbuk kedalam periuk.
Masukkan perut dan masakkan diatas api perlahan hingga mendidih.
Perasakan garam dan sedikit gula.
Masukkan kacang panjang dan daun kunyit, gaul hingga mendidih.
Sedia dihidang.



Bubur Candil Keladi



BUBUR CANDIL KELADI
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
Untuk membuat biji tepung
2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
Sedikit garam
Sedikit pewarna keladi
Sedikit biji sago
1 cawan air lebih atau kurang ikut kelembutan
- semua bahan disatukan dan masukkan air sedikit demi sedikit hingga lembut
1 biji keladi cina dipotong dadu dan dikukus
5 cawan santan - ikut kepekatan
1 helai daun pandan
1 cawan gula
Sedikit garam

Cara- Cara :
Panaskan air hingga mendidih sambil bulatkan2 biji candil kemudian bulat2kan adunan tadi dan masukkan kedalam air mendidih tadi. bila biji tepung tadi timbul angkat dan toskan. Buat sehingga habis. Biarkan.
Masakkan santan, gula dan daun pandan.
Masukkan biji sago, keladi dan biji tepung tadi.
Kacau hingga mendidih.
Sedia dihidang.





Thursday, April 09, 2015

Karipap Sardin Dan Kentang



KARIPAP SARDIN DAN KENTANG
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan untuk inti :
1 tin besar sardin - dihancurkan
500 gm kentang - potong dadu
2 biji bawang merah - dicincang
3 ulas bawang putih - cincang
1/2 in halia - tumbuk
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan rempah kari
Sedikit daun sup dan bawang
Perahan limau kasturi
Garam dan gula secukupnya

Yumis bawang hingga layu.
Masukkan cilikisar dan rempah kari dan kacau hingga wangi.
Masukkan kentang dan kacau hingga kentang empuk.
Masukkan sardin hancur dan masak hingga kering.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Masukkan daun bawang dan sup.Sejukkan.

Bahan pastri :
500 gm tepung gandum
1/2 cawan minyak*
1/4 cawan butter* - panaskan hingga cair
1 sudu gula
1 sudu garam
3/4 cawan air sejuk + -

Masukkan minyak dan butter cair dan gaulkan kedalam tepung.
Ramas hingga sebati.
Masukkan air sedikit demi sedikit hingga doh lembut.
Biarkan 5 min.

Buatkan doh untuk dijadikan karipap.




Friday, April 03, 2015

Pulut Kuning



PULUT KUNING
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
500 gm beras pulut*
Sedikit kunyit*
1 keping asam gelugur*
Air secukupnya  - direndam 4 jam
1 cawan santan cair
1 cawan pati santan + sedikit garam
1 helai daun pandan

Cara-cara :
Panaskan pengukus.
Cuci beras pulut dan toskan.
Masukkan kedalam loyang dan gaulkan dengan santan cair. Kukus separuh masak.
Angkat dan gaulkan dengan pati santan dan daun pandan. Gaul rata.
Kukus semula hingga menjadi pulut lembut.
Hidangkan bersama rendang atau serunding.






Saturday, March 21, 2015

Apam Pisang Coklat



APAM PISANG COKLAT
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum*
1/4 cawan koko*
2 sudu teh baking powder* - semua bahan* diayak
3/4 cawan gula
4 biji telur
3/4 minyak sayuran
1 1/4 cawan pisang lenyek*
1 sudu teh soda bicarbonat*
1 sudu teh garam* - semua bahan* digaul rata dan biarkan

Cara-cara :
Panaskan pengukus.
Pukul telur dan gula hingga kembang.
Masukkan minyak dan pukul lagi.
Masukkan tepung dan koko serta minyak berselang seli hingga habis.
Kacau adunan hingga rata dan biarkan dalam 10 minit.
Masukkan kedalam loyang yang disapu sedikit minyak.
Kukus dalam 1/2 jam atau 40 minit hingga masak. Kalau menggunakan acuan kecil kukus selama 15 minit.
Sejukkan baru dihidang.



Thursday, March 19, 2015

Gulai Udang Dan Rebung Madu



GULAI UDANG DAN REBUNG MADU
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

500 gm udang
500 gm rebung madu
6 biji bawang merah- hiris
4 ulas bawang putih - hiris
1 in halia - hiris
2 batang serai - dititik
2 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan cili kisar
2 keping asam gelugur
4 cawan santan
Garam secukupnya

Cara-cara :
Tumis semua bahan yang dihiris dan serai hingga wangi.
Masukkan rempah kari dan cili kisar. Kacau rata.
Masukkan santan dan kacau mendidih.
Masukkan rebung.
Perasakan garam secukupnya.
Kacau mendidih dan masukkan udang dan biarkan sebentar.
Sedia dihidang.



Tuesday, March 17, 2015

Agar-agar Sirap Rose Bandung



AGAR-AGAR SIRAP ROSE BANDUNG
Dari Dapur : Zalinah @ Rempahg Ratus

Bahan-bahan :
25 gm agar-agar bertali - rendam lembut
5 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
2 sudu makan sirap rose
Sedikit pewarna merah

Cara-cara :
Masak agar-agar bersama air.
Masukkan gula dan kacau hingga larut. Tapiskan.
Masukkan susu cair, sirap rose dan pewarna merah.
Kacau kesemua hingga mendidih.
Tuang kedalam acuan dan biar agar-agar mengeras.
Sejukkan kedalam petisejuk.
Sedia dihidang.



Wednesday, March 11, 2015

Lempeng Kelapa




Assalamualaikum semua..
Menu minum pagi.. lempeng kelapa cicah sambal tumis ikan bilis.. lempeng kelapa ini saya letakkan sedikit baking powder untuk melembutkan lagi lempeng ini.. terasa lemak dan cukup lembut sekali.. Jom cuba..

LEMPENG KELAPA
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
2 cawan tepung
1 1/2 sudu kecil baking powder
2 cawan kelapa parut putih
2 cawan air
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu makan gula

Cara-cara ;
Satukan semua bahan dan gaul hingga sebati.
Biarkan adunan dalam 10 minit.
Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak.
Masukkan adunan dalam 2 senduk.
Terbalikkan hingga kekuninagan dan masak.
Angkat dan hidangkan.





Monday, March 09, 2015

Rendang Pedas Ayam Tua



RENDANG PEDAS AYAM TUA
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1 ekor ayam tua - dipotong
1kg santan pekat
Air secukupnya
1 helai daun kunyit - dikoyak
2 helai daun limau purut - dihiris
2 batang serai - dititik
2 sudu besar cili kisar
2 keping asam gulugur
3 sudu besar kerisik
Garam dan gula secukupnya

Bahan untuk kisar :
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
30 biji cilicapi merah(Thai)
2 in halia
2 in kunyit
1 in lengkuas
2 batang serai
5 biji buah keras

Cara-cara :
Masukkan ayam kedalam kuali.
Tuang semua bahan yang dikisar, serai titik dan masak diatas api sederhana. Gaul rata.
Masukkan sedikit air dan separuh santan pekat.
Masak hingga kecut.
Masukkan santan, asam gelugur, garam dan gula secukupnya.
Masak hingga mendidih.
Masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut.
Gaul rata sehingga kuah pekat dan ayam empuk.
Sedia dihidang.




Saturday, March 07, 2015

Apam Pisang



APAM PISANG
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Sumber : FIZA'S COOKING

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandam*
2 sudu teh baking powder* - diayak bersama
3/4 cawan gula
4 biji telur
3/4 cawan minyak sayur
1 cawan pisang lenyek*
1 sudu teh soda bicarbonet*
1 sudu teh garam* - semua bahan * digaul rata dan biarkan

Cara-cara :
Panaskan pengukus.
Pukul telur bersama gula hingga kembang.
Masukkan minyak dan pukul lagi.
Masukkan tepung dan pisang lenyek sedikit demi sedikit hingga habis.
Kacau hingga rata. Biarkan adunan dalam 10 minit.
Sapu acuan dengan sedikit minyak dan panaskan didalam pengukus beberapa minit.
Tuang adunan kedalam acuan hingga habis.
Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
Jika mengunakan acuan loyang besar kukus selama lbhkurang 45 minit.
Sejukkan dahulu kemudian dihidang.



Friday, February 27, 2015

Kek Marble



KEK MARBLE
Dari Dapur Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
250 gm butter
190 gm gula perang
2 sudu teh ovelatte
5 biji telur gred A
1 sudu teh butter vanila
240 gm tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder* - bahan* ayak
3 sudu besar susu pekat
2 sudu besar susu cair
Pewarna hijau
Coklat emulco

Cara-cara :
Panaskan oven 180C.
Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan ovelatte dan pukul lagi.
Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis. Masukkan butter vanila.
Masukkan susu pekat dan susu cair berselang seli dengan tepung.
Kacau menggunakan spatula dan gaul rata.
Bahagikan adunan kepada 3 bahangian.
Masukkan pewarna keatas setiap adunan tersebut.
Masukkan aduanan berselang seli mengikut warna kedalam loyang  8x8in.
Bakar aduana dalam 45 min hingga kekuninggan dan kek masak.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...