Thursday, January 19, 2012

Meehoon Sup


Assalamualaikum dan selamat pagi..

Meehoon Sup.. makanan yang paling ringkas dan mudah penyediaannya.. memandangkan sekarang cuaca panas.. meehoon sup adalah pilihan sekeluarga bagi menyelerakan untuk yg tak selera makan nasi.. makan bersama sambal kicap atau cili jeruk..

Meehoon Sup
By: Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan:
400 gm meehoon dicelur
1 biji bawang merah dicincang
6 ulas bawang putih dicincang
400 gm bebola ikan
1 bungkus keping fish cake dihiris
1 kiub pati ikan bilis
2 sudu makan serbuk lada putih
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Daun sup & bawang dihiris
Taugeh
Bawang goreng
Jeruk lobak asin dicincang
Sambal kicap / cili jeruk

Cara-cara:
Celur meehoon dan tapis. ketepikan.
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan air secukupnya dan pati ikan bilis.
Masukkan sedikit jeruk lobak asin, garam dan serbuk lada putih. Biar mendidih.
Masukkan fishball dan fishcake.
Masukkan sedikit bawang goreng dan sup/bawang.
Sedia dihidang.


Wednesday, January 18, 2012

Ayam Goreng Halia


Ayam Goreng Kunyit.. sedap dimakan bersama nasi panas2 atau dimakan begitu sahaja.. Selalunya isi ayam anak2 tidak beberapa gemar digoreng tapi kali ini saya buatkan untuk mereka gemar.. potong kecil dan digoreng dibuat ayam goreng halia.. barulah makan dan sekarang menjadi kegemaran mereka.. Bahannya pun mudah sahaja.. Jom lihat resepi ini..

500 gm isi ayam dipotong kecil
2 camca besar tepung jagung
1 biji putih telur dikacau
1 biji bawang besar dicincang 
2 ulas bawang besar dicincang
3 in halia muda dihiris panjang dan halus
2 camcabesar jus lemon / cuka
3 camca besar sos tomato/ cili - ikut suka
Sedikit daun ketumbar dihiris
Sedikit cili api diketuk - jika ingin pedas
Carrot dihiris panjang
Garam dan gula secukupnya
1 sudu makan tepung jagung dibancuh dgn 1/4 cwn air

Cara-cara:
Ayam yang dipotong kecil disalut bersama telur dan tepung jagung kemudian digoreng garing. Buat sampai habis. Ketepikan.
Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan jus dan sos tomato.
Masukkan garam, gula dan sedikit bancuhan air tepung jagung
Tuangkan ayam dan gaul rata,
Tabur kan daun ketumbar dan carrot dan hidang.

Wednesday, January 11, 2012

Ayam Masak Kurma


Ayam Masak Kurma.. menu tengahari..

Bahan-bahan:
1 ekor ayam dibelah 14
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 1/2 in halia*
4biji cili hijau*
5 biji buah keras* ( Semua bahan*dikisar)
Rempah tumis (Kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga & bunga lawang)
4 sudu besar rempah kurma - bancuh dgn sedikit air
2 btg serai dititik
2 biji bawang besar dihiris
4 biji kentang dibelah 4
3 biji tomato dibelah
2 biji cili hijau dibelah
2 sudu besar bawang goreng
2 sudu besar kerisik
Santan secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara:
Tumis semua bahan yang dikisar, bawang besar dihiris, serai dan rempah tumis hingga wangi.
Masukkan rempah kurma dan kacau hingga naik minyak.
Masukkan ayam dan kacau hingga sebati.
Tuangkan santan dan kentang. Masak hingga kentang lembut.
Masukkan bawang goreng, kerisik, tomato dan cili hijau. kacau hingga rata.
Sedia dihidang.


Happy Birthday Raida


Selamat hari ulangtahun untuk anakku Arinah Raidah... hari ini 11 Jan 2012 genaplah Raida berumur 14 tahun... dilahirkan di Seremban.. seorang yang pendiam dan agak pemalu..

Mama doakan semoga menjadi anak yang soleha dan cemerlang dalam hidup.. menghormati kedua ibubapa dan  berusaha hingga berjaya dalam pelajaran supaya tercapai cita-cita yang diingini.. Usaha itu tangga kejayaan... Sayang Raida selalu..



Tuesday, January 10, 2012

Kuih Kaswi


Assalamualaikum dan selamat petang...

Kuih Kaswi.. menu petang ini.. agak lama juga tidak membuatnya.. petang ni terasa nak makan kuih kaswi terus mencari bahan2 yang sedia ada dan terus mengadun dan kukus.. mudah sekali.. resepi ini saya ambil dari kawan karib.. sedap dimakan bersama kelapa parut putih..

Bahan-bahan:
1 cawan gula*
1 cawan gula merah*
5 1/2 cawan air*
2 helai daun pandan* ( Semua bahan disatukan dalam periuk)
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras
1 sudu kecil kapur makan dilarutkan 1/4 cawan air
1 sudu makan garam
1 sudu besar chocolate paste
Kelapa parut putih - utk salut

Cara-cara;
Bahan-bahan* yang disatukan dimasak diatas api hingga gula larut. Sejukkan.
Panaskan pengukus.
Masukkan semua bahan* dan tepung, garam, chocolate paste dan air kapur. Kacau bersama whisk hingga sebati.
Tapiskan adunan dan masak hingga keluar wap.
Masukkan kedalam loyang atau acuan dan kukus hingga masak dalam 20 atau 30 minit.
Sejukkan baru dipotong.


Monday, January 09, 2012

Nasi Goreng Kicap


Nasi Goreng Kicap.. menu sarapan pagi yang mengenyangkan.. mudah dibuat jika semua bahan sedia ada..

Bahan-bahan:
4 cawan nasi
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Sedikit ikan bilis*
5 biji cili api* (Semua bahan*ditumbuk)
1 sudu makan sos tiram
1 biji telur dikacau
1/2 btg carrot dihiris panjang
3 tangkai kacang panjang dihiris
Kicap secukupnya
Sedikit garam

Cara-cara:
Tumis bahan yang ditumbuk hingga wangi. Masukkan sos tiram.
Pecahkan telur dan gaul higga masak.
Masukkan carrot dan kacang panjang.
Tuang nasi dan gaul rata.
Masukkan kicap secukupnya.
Sedia dihidang.


Sunday, January 08, 2012

Urap Pegaga & Taugeh


Assalamualaikum semua..
Urap Pegaga & Taugeh.. menu untuk tengahari saya.. sedap diratah begitu saja atau digaul bersama nasi putih.. menyelerakan sekali dan dihidangkan bersama lauk asam pedas ikan.. pegaga dan taugeh juga adalah ulam yang baik sekali untuk mengelak penyakit darahtinggi..

Bahan-bahan:
1 ikat daun pegaga dihiris kasar
1 mangkuk taugeh dicelur
5 btg kacang panjang dipotong dan dicelur
1/2 biji kelapa parut putih*
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Sedikit kunyit*
Sedikit cekur*
3 biji cili merah*
3 biji cili api*
1/2 cawan udang kering* (Semua bahan* dikisar/ tumbuk)
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara:
Semua bahan * digaul bersama garam dan gula.
Masukkan kedalam kuali dan masak hingga rata dan kering.
Sedia dihidang.


Saturday, January 07, 2012

Puding Sagu


Assalamualaikum dan selamat petang semua..
Sudah agak lama juga saya tidak entry di blog.. kesibukan dan masa tidak mengizinkan.. selalu hanya buka blog rakan2 dan melihat menu yang ada.. itu pun hanya beberapa minit sahaja dapat tengok.. oklah hari ini saya menyediakan puding sagu.. ramai kawan2 pun telah tahu membuatnya kan.. sedap dimakan ketika sejuk..

Bahan-bahan:
1 cawan biji sagu
2 cawan air
Sedikit pewarna pandan

Satukan biji sagu dan air. Masak diatas api perlahan hingga pekat dan jernih. Masukkan kedalam tapis dan tuang air masak dan gaul dan tapis. Masukan sedikit pewarna pandan dan gaul rata. Masukan kedalam bekas atau acuan. Sejukkan.


Untuk kuah puding:
1 ketul gula melaka
3 cawan santan pekat
1 sudu besar gula
Sedikit garam
1 helai daun pandan

Satukan kesemua bahan dan kacau diatas api perlahan. kacau sehingga semua bahan larut. Sejukkan baru dihidang bersama puding sagu tadi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...