Wednesday, June 29, 2011

Kacang Panjang Tumis Udang

Kacang Panjang Tumis Udang.. Sedap diratah.. dgn kerangupan dan kemanisan kacang panjang ini atau dimakan bersama nasi panas2.. memang selera..


Bahan-bahan:
10 batang kacang panjang dipotong serong
2 keping tauhu dipotong dadu dan digoreng
1 bungkus kecil soon direndam dan toskan
20 ekor udang
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 biji cili merah *
1 biji cili hijau* ( Semua bahan*dihiris)
1 sudu besar sos tiram
1/2 inci belacan dilarutkan dgn sedikit air
Garam secukup rasa

Tumis bahan yang dihirs hingga layu.
Masukkan sos tiram dan air belacan sambil kacau.
Masukkan udang dan kacau hingga masak diikuti soon dan kacang panjang.
Rasa garam secukupnya.
Sedia dihidang.


Nasi Goreng Nenas


Assalamualaikum semua..

Nasi Goreng Nanas.. menu untuk anak2 saya tengahari ini.. paling mudah dan simple kerana saya terlalu sibuk hari ini mengejar masa.. Alhamdulillah dapat juga masakkan untuk anak2 untuk pergi dan balik sekolah nanti..
Sesiapa yang nak mencuba jom tengok resepi dibawah ni..

Bahan-bahan:
4 cawan nasi
1/2 batang carrot dihiris panjang
1/2 tin nenas dalam tin dipotong kecil - toskan airnya dahulu
Sedikit daun sup
1 biji telur
100 gm udang
100 gm sotong dipotong
Sedikit isi ayam dipotong dadu
2 biji bawang besar dicincang
3 ulas bawang putih dicincang
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan lada hitam ditumbuk
Marjerin untuk menumis
Garam secukupnya

Cara-cara:
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan cili kisar dan kacau hingga garing.
Masukkan udang, sotong, dan isi ayam. kacau hingga semua masak. Masukkan telur.
Masukkan nasi, carrot, nenas, sos ikan dan lada hitam. Kacausebati.
Taburkan daun sup.
Bila semua digaul rata boleh dihidang.

Donut Ball

Donut yang bersalut coklat .. kegemaran anak2.. mmg sedap donut ni.. lembut dan gebu..

Ini pula kegemaran saya dan suami.. 

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
1 1/2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu besar yeast mauripan + 1/4 cawan air (direndam hingga berbuih)
1 sudu kecil ovellete
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu besar marjerin
1/3 cawan air atau susu segar (-/+)
Gula saduran
** jika guna susu segar, tidak perlu susu tepung

Masukkan kesemua bahan kecuali gula saduran. Uli hingga sebati menjadi doh.
Jika terlembik, boleh tambahkan dengan sedikit tepung.
Rehatkan doh hingga naik dalam 20 minit.
Bahagikan doh dan bulat2kan dalam 20gm berbentuk ball.
Goreng hingga kekuninggan.
Ikut cita rasa masing2. Bersalut coklat atau bersalut gula.
Boleh dihidang.


Ikan Masam Manis


Bahan-bahan:
1 ekor ikan - ikut citarasa
1/2 biji capsicum merah dipotong
1/2 biji capsicum hijau dipotong
1 cawan nenas yang dipotong kecil
1/2 batang carrot dipotong dadu
Beberapa biji baby tomato
Daun ketumbar dihiris kasar
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1/2 inci halia* ( Semua bahan*dihiris halus)
1 sudu makan cili kisar
3 sudu makan tomato sos
1 sudu makan sos tiram
1 sudu besar jus lemon
Sedikit air - jika perlu
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara:
Ikan dilumur kunyit dan garam kemudian digoreng. Ketepikan.
Tumis semua bahan yang dihiris hingga layu.
Masukkan semua sos dan jus lemon kacau sebati. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.
Kemudian masukkan carrot, capsicum, daun ketumbar dan nenas. Rasa garam dan gula secukupnya.
Gaul sebati dan hidang. Tabur lebihan daun ketumbar.

Monday, June 27, 2011

Ayam Lemak Cili Api


Assalamualaikum..

Pasti semua dah makan tengahari kan.. apa agaknya menu kawan semua masak erkk.. yg bekerja makan diluar tu apa yang dimakan utk tengahari ni..
Hari ni saya menyediakan Ayam Lemak Cili Api..  style saya ada bawang merah.. kalau di Negeri Sembilan tidak menggunakannya.. hanya cili api dan kunyit saja.. masakan ayam lemak cili api ni adalah kegemaran anak bujang yg sulung Afifi.. kalau makan mesti bertambah2.. sedap sangatlah agaknya tu.. setiap anak mesti ada lauk kegemaran masing2 kan..
Ok la jom lihat resepi ni..

Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong
2 batang serai diketuk
1 inci lengkuas diketuk
3 cawan santan pekat
2 keping asam keping
1 helai daun kunyit
Garam secukunya

Bahan utk dikisar:
15 biji cili api
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 bij buah keras
1 inci kunyit

Cara-cara:
Masukkan ayam kedalam periuk. Tuangkan semua bahan yang dikisar, serai. daun kunyir dan lengkuas. Masak hingga ayam kecut.
Masukkan santan, asam keping dan garam secukupnya sambil kacau hingga mendidih.
Sedia dihidang.

Acar Timun


Bahan -bahan:
2 batang timun dpotong panjang
1 batang carrot dpotong panjang
1 sudu makan biji sawi
Sedikit cuka atau air limau nipis
Garam dan gula secukupnya
2 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 biji buah keras*
 2 sudu makan udang kering dicuci* ( Semua bahan*dikisar)
Sedikit serbuk kunyit
5 biji bawang merah dbelah 4
1 biji cili merah dipotong panjang
1 biji cili hijau dipotong panjang

Cara-cara:
Tumis biji sawi diikuti tumis bahan yang dikisar hingga garing.
Masukkan serbuk kunyit, bawang merah, cili merah dan cili hijau.
Masukkan garam, gula dan cuka atau perahan limau. rasa secukupnya.
Setelah semua bahan yang ditumis hampir layu, masukkan timun dan carrot. gaul sebati.
Sedia dihidang.

Sunday, June 26, 2011

Mee Bandung


Assalamualaikum semua..

Mee bandung ni adalah menu sekeluarga untuk makan malam nanti.. dah siap.. tu terus entry.. ianya juga adalah kegemaran kami semua.. cara pembuatannya mudah dan simple.. saya ambil dari koleksi buku resepi saya.. setiap nak buat mee bandung cara ni  yg selalu saya gunakan..
Siapa yang hendak membuatnya boleh salin resepi dari saya ni..


Bahan-bahan untuk buat kuah:
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 sudu besar udang kering yang dicuci* ( Semua bahan*dikisar)
4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
4sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili
Air secukupnya
Garam & gula secukupnya
Isi ayam
Sotong
Udang
Mee kuning
Sawi
Carrot
Bunga kobis
Daun sup
Bawang goreng
Telur

Cara-cara:
Tumis semua bahan yang dikisar dan cili kisar hingga wangi.
Masukkan sos tiram, soso tomato dan sos cili.
Masukkan ayam, sotong dan udang.
Tuang air secukupnya.
Rasa garam dan gula secukupnya
Sayuran semuanya saya celur dahulu tidak dicampur kedalam kuah.
Masukkan sedikit kuah mee kedalam kuali bila mendidih pecahkan telur kedalam kedalam kuah hingga separuh masak.
Masukkan telur tadi kedalam mangkuk yang telah berisi mee, sayuran dan kuah.
Tabur daun sup dan bawang goreng.
Sedia dihidang.


Mee bandung ini boleh  dimakan untuk tengahari atau malam..  Mmg sedap..

Saturday, June 25, 2011

Bingka Jagung



Assalamualaikum dan selamat petang...

Cuaca yang panas membuatkan mengantuk jer duduk dirumah.. Bingka Jagung.. buatkan diri ini terus tak jadi nak tidur.. saya membuatnya selepas makan tengahari tadi.. skrg ni dah sejuk baru la boleh potong..
Cara saya membuatnya jagung dikisar bersama santan kerana anak2 kurang suka makan terasa biji jagung.. kalau ingin mencubanya.. ikut la citarasa sendiri yer..

Bahan-bahan:
5 cawan santan
1 tin jagung cream dlm tin
3 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur
3/4 cawan gula
2 sudu makan butter yang dicairkan
Sedkit garam
Pewarna kuning
1 sudu kecil pes jagung

Cara-cara:
Panaskan loyang yang dilenser dgn minyak sebentar.
Ambil secawan santan dari 6 cawan santan tadi untuk dikisar bersama jagung cream. Tapiskan.
Campurkan kesemua bahan dgn santan dan tapsan air jagung. Kisarkan sekali lagi. Tapis.
Tuang kedalam loyang yang dipanaskan sebentar.
Masukkan kedalam oven dan bakar dalam 1 jam 200C.
Sejukkan dahulu baru dipotong.
Sedia dihidang.

Ikan Goreng Cili Api



Bahan-bahan:
3 ekor ikan digoreng
5 biji bawang merah dihiris
1 cawan cili api*
4 batang cili hijau* ( Semua bahan*dikisar)
2 inci belacan dibakar
1/2 cawan jus asam jawa
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara:
Tumis bawang, belacan dan cili yang dikisar hingga garing.
Masukkan jus asam, garam dan gula secukupnya.
Masukkan ikan dan gaul sebati.
Perahkan jus limau nipis. Sedia dihidang.

Khailan Ikan Masin


Bahan-bahan:
350 gm khailan dipotong dan dicuci
1 biji bawang besar dihiris
5 ulas bawang putih diketuk
5 biji cili api diketuk
5 potong ikan masin kurau yg kecil
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil sos ikan
Perahan jus limau

Cara-cara
Tumis bawang merah, bawang putih, cili api dan ikan masin hingga wangi.
Masukkan semua sos sambil kacau.
Masukkan sayur khailan dan jus limau.
Sedia dhidang.

Friday, June 24, 2011

Sup Ayam Pedas Masam


Assalamualaikum semua.. salam Jumaat yang indah ini..
Tengahari ni masak simple jer.. ada hal nak diuruskan sekejap lagi.. Sup Ayam Pedas Masam..
Suka sangat sup ni.. terasa pedas cili api dan masam jus limau purut.. selalu jugak saya buat sup ni.. Hanya rebus semua bahan2 yang ada.. tidak payah menumisnya..
Jom tengok resepi yg simple ni...

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam dipotong kecil
1 biji bawang holland dihiris kasar
1 inci halia dihiris halus
4 ulas bawang putih dihiris halus
7 biji cili api diketuk
1/2 sudu teh lada hitam tumbuk
1 sudu kecil rempah sup
1 kiub pati ayam
3 biji limau nipis ambil jusnya
2 biji kentang dipotong 6
1 batang carrot dipotong serong
Air secukupnya
Hirisan daun sup
Bawang goreng

Cara-cara:
Semua bahan disatukan dan dimasak hingga ayam, carrot dan kentang empuk.
Rasa garam secukupnya.
Masukkan jus limau.
Bila didih dan masak taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup.
Sedia dihidang.

Thursday, June 23, 2011

Apam Tepung Gandum


Assalamualaikum semua..

Apam Tepung Gandum.. kuih untuk berbuka puasa nanti.. semalam tengok dapur kawan2 ada yang membuatnya.. tu teringin pulak.. Apam ni dulu2 mak saya selalu buat untuk kami sekeluarga minum pagi.. dah jadi kesukaan anak2 saya pulak.. Setengah org panggil apam kampung.. tapi saya panggil apam tepung gandum jer..

Bahan-bahan:
500 gm tepung gandum
3/4 cawan brown sugar
2 cawan air
11 gm yeast segera + 1/2 cawan air dilarutkan
Sedikit garam
Kelapa parut putih + sedkit garam

Cara-cara:
Masukkan tepung dan brown sugar didalam sebuah bekas. Gaul rata.
Tuangkan bancuhan yeast tadi.
Tambah air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata supaya tidak bergentel.
Masukkan kedalam loyang 10x10 yang disapu sedkit minyak. Biarkan adunan naik selama 1 jam.
Kukus selama 45 minit.
Sejukkan dahulu baru dipotong.

Wednesday, June 22, 2011

Pecal


Selamat tengahari semua..

Tengahari ni saya ratah pecal je.. tak mau makan nasi.. bukan diet.. tapi mmg terlalu suka ratah sayur2an spt ni.. mmg layannn..
Pecal ni adalah makan orang Jawa tapi skrg berbagai2 bangsa dah tau makan pecal.. di restoran2 masakan kampung pun banyak menjualnya.. tapi kalau buat sendiri lebih sedap.. terasa kuah pecalnya dgn cekur yg membuatkan kuahnya sedap.. sayur2an ikut citarasa sendiri.. 

Jom kita semak resepi dari saya ni..

Sayur-sayuran:
Kangkung
Kacang panjang
Timun
Sengkuang
Taugeh
Tauhu digoreng
Tempe digoreng

Bahan-bahan utk kuah:
1 1/2 cawan kacang tanah
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
15 biji cili api* ( Semua bahan* digoreng dahulu)
1 inci belacan - dibakar
2 inci cekur
2 sudu makan cili kisar
Jus asam jawa
Garam & gula secukupnya

Cara-cara:
Kacang tanah digoreng hingga masak kemudian dikisar kering atau ditumbuk.
Satukan bahan yang digoreng, belacan, cekur dan cili kisar kedalam blender. Blend hingga halus.
Masukkan kedalam periuk dan masakkkan bahan2 semua dan kacang hingga mendidih.
Masukkan jus asam, garam dan gula. Kacau hingga masak. Tuang air jika terlalu pekat.
Sedia dihidang.

Monday, June 20, 2011

Kari Ikan Bawal


Assalamualaikum semua..

Semuanya sudah makan malam ke? Apakah menu malam ni.. diharap kawan semua menyediakan masakan kegemaran keluarga yang lazat2 hendaknya.. malam ni saya menyediakan kari ikan bawal.. kegemaran seisi keluarga.. kalau ada sambal belacan dan ulam2 lagi menyelerakan.. betul tak?


Bahan-bahan:
2 ekor ikan bawal dibersihkan dan ditos
15 batang bendi
2 bji tomato dibelah 4
2 batang cili merah dibelah 2
1/2 cawan air asam jawa
Air secukupnya
4 cawan santan

Bahan untuk tumis:
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia* ( Semua bahan dihiris)
1/2 inci lengkuas diketuk
1 sudu teh halba
3 pelepah daun kari
2 sudu makan cili kisar
3 sudu besar rempah kari ikan
Garam secukupnya

Cara-cara:
Tumis bahan yang dikisar, daun kari dan lengkuas hingga wangi.
Rempah kari dibancuh dgn sedikit air Masukkan rempah kari dan cili kisar kedalam bahan yang ditumis dan kacau hingga naik minyak.
Masukkan santan, air asam dan garam. Masak hingga mendidih. rasa garam secukup rasa.
Masukkan ikan, tomato, bendi dan cili.
Sedia dihidang.

Kerabu Tomato & Ikan Bilis


Kerabu ni sedap diratah begitu sahaja.. terasa tomato yang manis, pedas cili api dan masam jus lemon.. mmg sedap..


Menu saya pada petang ini.. dah lama juga tidak membuat kerabu ni..  kalau nak mencubanya lihatlah resepinya dibawah..

Bahan-bahan:
2 bji tomato
Segenggam ikan bilis digoreng dan ditumbuk kasar
1 biji bawang besar dihiris
10 biji cili api
1 batang serai dihiris halus
5 helai daun limau purut dihiris
Jus limau purut / lemon
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara:
Semua bahan disatukan.
Masukkan jus lemon, garam dan gula. Gaul sebati.
Sedia dihidang.

Talam Kastard Jagung


Talam kastard jagung.. boleh dibuat untuk menu pagi atau petang.. begitu lembut dan tidak begitu manis..Cara membuatnya mudah sahaja seperti talam yang lain..


Bahan-bahan utk lapisan bawah-
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kastard
3 1/2 cawan santan
1/2 cawan gula
1 cawan jagung cream dlm tin
Pewarna kuning
Sedikit garam

Panaskan loyang dalam pengukus. Alaskan plastik.
Semuan bahan dsatukan kecuali jagung cream. Tapiskan.
Masak adunan yang telah ditapis dan jagung ke dalam periuk dan kacau hingga keluar wap.
Tuang kedalam loyang dan kukus.

Bahan-bahan utk lapisan atas:
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung sagu
1 cawan air daun pandan
2 cawan santan pekat
2 biji telur
1/4 cawan gula
Pewarna hijau pandan
Sedikit garam

Semua bahan disatukan kemudian ditapis.
Masukkan kedalam periuk dan kacau hingga keluar wap.
Tuang keatas lapisan bawah tadi. Sebelun itu digaris2 dgn garfu diatas permukaan kuih itu.
Kukus hingga masak dalam 20 minit.
Apabila masak, sejukkan dahulu baru dipotong.
Sedia dihidang.

Saturday, June 18, 2011

Rendang Ayam Pindang


Rendang Ayam Pindang.. masakan saya untuk tengahari ni.. mmg sedap dan bau semerbak baunya satu rumah bila dimasak.. masing2 tak sabar untuk menikmatinya tadi..


Kalau masakan dari ayam semuanya suka.. tak kira la masak apa pun.. janji masak ayam.. anak2 punya selera terpaksa buatkan juga kan...  Jom kita lihat resepi  yang simple ni..

Bahan-bahannya-
1 ekor ayam dipotong
8 bii bawang merah*
6 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
1 1/2 inci kunyit*
1 inci lengkuas*
6 batang serai*
25 biji cili api* ( Semua bahan* dikisar)
2 cawan santan
2 keping asam gelugor
Beberapa helai daun limau purut
Garam & gula secukupnya

Cara-cara-
Tumis bahan yang dikisar hingga wangi dan garing.
Masukkan santan, asam keping dan daun limau purut sambil kacau sebati.
Masukkan ayam, garam dan gula. kacau hingga masak dan pekat.
Sedia dihidang.

Friday, June 17, 2011

Sup Bebola Ketam


Sup Bebola Ketam.. resepi yang paling mudah disediakan.. anak2 yang nak belajar masak pun boleh membuatnya.. spt anak saya Diyana.. skrg ni mula berjinak nak belajar masak..

Cuaca panas macam sekarang ni mmg anak2 tak berapa nak makan nasi.. mungkin terlalu banyak minum air.. perut pun dah kenyang air.. Hari ini saya menyediakan menu yang paling digemari anak2 saya.. Sup bebola Ketam.. diaorang semua suka lauk yang berkuah.. lebih2 lagi apa2 sup..


Bahan-bahannya-
400 gm bebola ketam
2 biji kentang dibelah 6
1 batang carrot dipotong serong
300 gm bunga kobis
Daun ketumbar
Bawang goreng
2 biji bawang besar dipotong dadu
4 ulas bawang putih diketuk
1/2 inci halia dihiris halus
1/2 sudu kecil lada hitam ditumbuk
5 biji cili api dihiris halus - jika nak pedas
1 kiub pati ayam
6 cawan air
Garam secukupnya

Cara-cara-
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
Masukkan air, kuib ayam, ladfa hitam, kentang, carrot dan bebola ketam. Biar hingga kentang dan carrot empuk.
Masukkan bunga kobis dan garam secukupnya.
Bila mendidih masukkan daun ketumbar dan bawang goreng.
Sedia dihidang.

Green Carpet Cake


Baru mencuba kek ni.. sedap dan lembut.. tapi tak berapa cantik sangat.. kena cuba lagi..
Kek ini saya ambil resepinya dari DapurKu Sayang.. DJ Dayang.. terimakasih kerana berkongsi resepi yang sedap..


Bahan-bahannya-
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur A
225 gm butter
3/4 cawan gula halus
4 sudu besar tepung biskut Marie ( kira2 5 keping biskut dikisar)
3 sudu besar Horlicks
1 1/2 sudu kecil pes pandan/ pandan emulco
1/4 cawan susu pekat manis

Cara-cara-
Panaskan pengukus dan sapu loyang dgn butter dan tabur sedikit tepung.
Pukul mentega dan gula hingga kembang, putih dan gebu.
Masukkan telur satu persatu hingga habis.
Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
Masukkan tepung yang disatukan dgn horlicks dan tepung biskut Marie sedikit demi sedikit hingga habis sambil putar perlahan.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu adunan dikacau dgn pes pandan.
Kemudian masukkan kedalam loyang 7x7 secara berselang-seli.
Tutup adunan dgn kertas foil.
Kukus dalam 1 jam 20 minit.
Bila sejuk baru dipotong.

Thursday, June 16, 2011

Mee Hoon Goreng Tomyam


Mee Hoon Goreng Tomyam.. memang sedap makan panas2.. kalau nak tahu boleh la rasa..
Macam mane nak rasa erkk??  tengok gambar jer le.. kalau nak rasa boleh la mencubanya sendiri yer..
Bahan2 yang saya gunakan pun senang didapati.. mungkin didalam petisejuk kawan2 semua mesti ada..

Ini adalah menu saya tengahri ni.. ringkas jer..

Bahan-bahan-
1 bungkus meehoon
20 ekor udang
5  ekor sotong dipotong
1 cawan isi ayam dipotong kecil
6 biji bawang merah ditumbuk
5 ulas bawang putih ditumbuk kasar
2 sudu makan udang kering dicuci dan ditumbuk
3 sudu besar cili kisar kalau nak pedas tambah lagi
2 sudu makan sos cili
4 sudu makan pes tomyam
Sedikit air
2 batang serai dihiris halus
4 helai daun limau purut dihiris
Kobis dipotong halus
Carrot dipotong panjang
Daun saderi
Limau kasturi

Cara-caranya-
Meehoon direndam hingga lembut dan toskan.
Tumis bawang merah, bawang putih, udang kering dan serai hingga wangi. Masukkan cilikisar, sos dan pes tomyam. kacau.
Masukkan ayam, sotong dan udang. Kacau hingga masak.
Masukkan garam dan gula. Rasa sesedapnya.
Masukkan meehoon dan kacau hingga semua sebati.
Tuang sedikit air jika diperlukan.
Masukkan kobis, carrot dan hirisan daun limau purut. Gaul lagi.
Sedia dihidang. Taburkan daun saderi dan perahkan limau kasturi.

Wednesday, June 15, 2011

Talam Beras Gula Merah


Talam Gula Merah.. menu petang saya.. pembuatannya sama seperti talam2 yang lain.. begitu mudah kan kalau dah biasa buat..


Suka sangat dengan kuih talam ni.. terasa lemak dibahagian atas dan manis gula merah dibawahnya pula.. begitu lembut bila dimakan.. Kalau hendak mencuba bolehlah lihat resepinya..

Bahan-bahan untuk bhg bawah-
3 cawan air
1/2 cawan air gula merah
1 3/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula
1/2 sudu kecil kapur makan

Sedikit garam
Panaskan loyang didalam pengukus.
Semua bahan disatukan kemudian ditapis.
Masukkan kedalam periuk dan masak hingga wap naik.
Tauang kedalam loyang yang beralas plastik.
Kukus hingga masak.

Bahan-bahan untuk bhg atas-
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung sagu
Sedikit garam
Semua bahan disatukan dan ditapis.
Masak hingga keluar wap.
Garis2 kan dgn garfu adunan gula merah baru tuang adunan ini ke atasnya.
Kukus sehingga masak hingga 20 minit.
Sejukkan baru dipotong.

Tuesday, June 14, 2011

Urap Pucuk Manis & Taugeh


Urap adalah masakan dari orang Jawa.. sedap diratah atau dimakan bersama nasi panas.. kalau ada ikan kering lagi la layan.. mcm kita makan Nasi Ambang.. sedap kan..

Bahan-bahan-
Pucuk Manis - dicelur
Taugeh - dicelur
1 biji kelapa parut putih
1/2 cawan udang kering dicuci*
7 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
4 biji cekur*
1 1/2 inci kunyit hidup*
1/2 cawan cili kisar*
5 biji cili api - kalau nak pedas*
2 sudu makan jintan manis* ( Semua bahan dikisar halus)
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara
Kelapa dan semua bahan kisar digaul rata.
Masukkan kedalam kuali dan di sangai hingga semua bahan sebati.
Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sesedap rasa,
Dimakan bersama pucuk manis dan taugeh yang telah dicelur tadi.


Selar Kuning Masak Singgang

Assalamualaikum..

Dah habis masak ke semua? Mana yang dah makan senang hati la yer..
Singgang ikan selar menu tengahari saya hari ni.. simple jer.. tekak tengah sakit ni hirup kuah singgang ni terasa segar jer.. masam2 manis rasa kuahnya.. makan dgn nasi panas atau nasi lembik.. mmg menyelerakan sekali.. nak tau cuba la.. Cara membuatnya mmg terlalu senang..


Bahan-bahannya-
4 ekor ikan selar ( ikut citarasa sendiri)
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas* ( Semua bahan dihiris halus)
1 inci kunyit hidup - ditumbuk halus
2 batang serai dititik
Cili padi - jika nak pedas
Cili merah dibelah dua
5 keping asam gelugur
5 cawan air
Garam secukupnya

Cara-cara-
Tuang sedikit minyak kedalam periuk. Tumis bahan yang dihiris halus, serai dan kunyit hingga wangi.
Masukkan air, garam dan asam keping. Masak hingga mendidih.
Masukkan ikan dan kacau sebentar. Rasa garam secukup rasa.
Tutup api dan boleh dihidang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...