Tuesday, September 20, 2011
Spaghetti Mackerel
Assalamualaikum..
Spaghetti Mackerel.. masakan yang simple dan ringan.. menu saya untuk pagi tadi.. bahan2nya pun yang mudah saja..
Bahan-bahan:
1 bungkus spaghetti - direbus dan tos
1 tin besar Mackerel - buang sos dan hancurkan mackerelnya
2 biji bawang besar dipotong dadu
4 ulas bawang putih dicincang
3 sudu makan cili kisar
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tomato
1 biji perahan air limau nipis
2 biji tomato dicincang
1 batang carrot dipotong dadu
Sedikit garam, gula dan lada sulah
Daun ketumbar
Bawang goreng
Cara-cara:
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. masukkan cili kisar, dan tumis hingga wangi.
Masukkan carrot, tomato cincang, mackerel hancur, sos cili dan sos tomato. Gaul dan masukkan air limau nipis.
Masukkan spaghetti yg direbus dan gaul rata.
Rasa garam, gula dan lada sulah.
Padam api dan tabur bawang goreng dan daun ketumbar.
Sedia dihidang.
Saturday, September 17, 2011
Choc Chips Cookies
Assalamualaikum dan selamat pagi..
Pagi ini saya ingin berkongsi biskut yang sedap dan rangup... Choc Chips Cookies.. yang diambil dari dapur DTS Mat Gebu.. semalam saya membuatnya utk menghabiskan bahan2 yg sedia ada.. mudah sahaja pembuatannya.. tapi saya ada menambah baik pulih utk kesedapan anak tekak saya.. terimakasih Cik Mat Gebu berkongsi resepi yang semuanya sedap2..
Bahan-bahan:
250 gm butter
160 gm gula perang
3 biji kuning telur
1/2 camca teh butter vanilla
1 camca teh coklat emulco
1 camca teh garam halus
150 gm choc chips
150 gm badam cincang
1 cawan kelapa kering
350 gm tepung gandum*
15 gm serbuk koko*
1/2 camca teh baking powder* (Satukan bahan* dan ayak)
Cara-cara:
Putar butter, gula dan garam sehingga sebati. Masukkan butter vanilla dan coklat emulco dan putar lagi.
Masukkan kuning telur satu persatu hingga habis sambil putar hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diikuti choc chips, badam dan kelapa kering. Gaul sebati.
Bentukkan bulat2 kedalam loyang dan bakar dlm 170C selama 20 minit atau sehingga masak.
Sejukkan dahulu baru diisi didalam balang.
Friday, September 16, 2011
Sambal Kacang Daging
Sambal Kacang Daging.. saya letakkan daging untuk menjadi rasa manis lagi kuah didalam sambal kacang saya.. resepi ini diambil dari emak saya.. dari dulu lagi inilah sambal kacang menjadi kesukaan keluarga saya ketika menjamu selera dihariraya.. mmg sedap.. jika ingin mencuba jom lihat resepi ini..
Bahan-bahan:
10 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 1/2 in halia*
1 in lengkuas*
3 batang serai*
2 sudu besar ketumbar*
1 sudu makan jintan manis*
1 sudu makan jintan putih*
4 biji buah keras* ( Semua bahan*dikisar)
2 cawan cili kisar
Air secukupnya
1 kg daging dipotong kecil
1 kg kacang tanah digoreng dan dikisar
Air asam jawa
Sedikit gula merah
Garam dan gula secukupnya
Cara-cara:
Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi. Masukkan cili kisar dan kacau hingga naik minyak.
Masukkan daging dan air. Masak hingga daging empuk.
Masukkan kacang tanah goreng yang dikisar dan kacau hingga mendidih.
Masukkan air asam jawa, gula merah, garam dan gula. kacau hingga naik minyak
Sedia dihidang.
Sayur Lodeh
Sayur Lodeh.. menu tengahari ini.. sedap dimakan bersama ketupat, sambal kacang dan rendang.. waktu hariraya ianya menjadi menu utama bagi keluarga saya selain sambal kacang dan rendang..
Bahan-bahan:
7 batang kacang panjang
1 batang carrot dipotong
Kobis dihiris
3 keping tauhu dipotong dan digoreng
1 bungkus tempe dipotong dan digoreng
1 bungkus tauhu kering direndam
1 bungkus soon direndam
1 keping asam gelugur
2 batang serai dititik
Santan secukupnya
Garam
Bahan-bahan dikisar:
8 biji bawang merah
4 biji ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 in halia
1 in kunyit
Ikan bilis
Udang kering
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
Cara-cara:
Tumis semua bahan yang dikisar dan serai hingga wangi.
Masukkan santan dan garam. kacau hingga mendidih.
Masukkan semua sayuran, tauhu kering, soon dan bahan yg digoreng.
Rasa dan sedia dihidang.
Wednesday, September 14, 2011
Rendang Tok
Assalamualaikum..
Rendang Tok... sedap dimakan bersama lemang dan ketupat.. kalau di Perak ianya menjadi makanan utama pada hariraya.. resepi ini diambil dari resepi koleksi saya.. ianya juga sedap dimakan bersama nasi panas2.. lagi lama rendang ini, lagi sedap rasanya kalau dipanaskan sehingga kering..
Bahan-bahan:
1 kg daging dipotong
8 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 1/2 in halia*
1 in kunyit*
1 in lengkuas*
2 batang serai*
3 sudu makan ketumbar*
1 sudu makan jintan manis*
1 sudu makan jintan putih*
1 sudu makan biji lada hitam* ( Semua bahan*dikisar halus)
Rempah tumis
2 sudu besar cili kisar
Daun kunyit
Daun limau purut
Santan secukupnya
2 sudu besar kerisik
Gula merah
Garam dan gula secukupnya
Cara-cara:
Tumis bahan2 yang dikisar, cili kisar dan rempah tumis hingga wangi. Masukkan daging dan sedikit air.
Masak dengan api perlahan sehingga daging empuk.
Masukkan santan, kerisik, gula merah, garam dan sedikit gula pasir. Kacau rata.
Masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
Sentiasa kacau hingga nampak pekat dan sedikit kering.
Sedia dihidang.
Tuesday, September 13, 2011
Mee Goreng Blackpapper
Assalamualaikum semua...
Selamat malam.. menu untuk malam ini begitu ringan dan ringkas.. ini juga diatas permintaan seisi dirumah.. Mee Goreng Blackpapper.. mmg sedap.. fav famili saya.. lain dari mee goreng yg kita selalu buat.. bahan2nya pun mudah saja.. sedap dimakan bersama cili jeruk.. jika nak pedas boleh tambah serbuk lada hitam lagi..
Kalau ingin mencubanya.. jom lihat resepi dibawah ini..
Bahan-bahan:
1 bungkus mee kuning - dicuci dan toskan
1 biji bawang besar dicincang
4 ulas bawang putih dicincang
Isi ayam dihiris nipis
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
2 sudu besar sos blackpapper
2 sudu bear kicap manis
1 sudu makan lada hitam tumbuk
1/2 batang carrot dipotong panjang
Kobis dihiris
Daun ketumbar
Bawang goreng
Cara-cara:
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan isi ayam, semua sos dan kicap.
Masukkan mee, serbuk lada hitam,carrot dan kobis digaul rata.
Tabur daun ketumbar dan bawang goreng.
Sedia dihidang.
*Mee goreng ini tidak memerlukan garam kerana semua sos sudah terasa kemasinannya.
Saturday, September 10, 2011
Kek Buah Kukus
Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu.. hari ini ramai sungguh orang membuat jamuan rumah terbuka.. tentu sibuk kan.. tidak lupa ada majlis perkahwinan.. waktu ini lah peluang untuk bertemu saudara mara dan sahabat handai.. bukan itu saja banyak menu makanan yang sedap2 dijamukan utk tetamu yang datang.. seronok tengok..
Hari ini saya ingin berkongsi resepi kek kukus buah.. resepi ini sudah lama saya simpan tapi semalam baru tiba rajin membuatnya.. sedap dan tidak terlalu manis.. lembab setelah semalamam saya menyimpannya..
lagipun ada petua untuk kek kukus buah ini lebih lembab balut dgn plastik dan menyimpannya 2 atau 3 hari baru dipotong.. resepinya sgt simple jer.. saya membuat 1/2 dari adunan yg diberikannya..Bahan-bahan: (Utk 2 loyang 7x7 in)
450 gm butter
1 3/4 cawan brown sugar
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh coklat emulco
600 gm tepung gandum*
2 sudu teh soda bicarbonat*
2 sudu teh cream of tartar*
400 gm sultana*
Sedikit serbuk buah pala* ( Satukan semua dan gaul rata)
Kertas alas kuih
Aluminium foil utk menutup aduanan kek bila dikukus
Untuk gula hangus
2 cawan gula
1/2 cawan air
Cara-cara:
Panaskan air dikukusan terlebih dahulu.
Ambil dalam 3 sudu makan tepung gandum digaul bersama sultan bagi mengelakkan buah sultana tidak mendak kebawah bila dikukus.
Tepung, soda dan cream of tartar disatukan.
Putar butter, gula dan esen vanilla hingga rata. masukkan telur satu persatu hingga habis. Putar rata.
Dengan menggunakan senduk kayu masukkan adunan tepung dan buah sultana gaul perlahan hingga rata.
Masak gula hingga keperang dgn menggunakan api perlahan. Bila sudah larut dan mendidih masukkan air sedikit2 dan kacau hingga gula larut.
Masukkan kedalam adunan kek dan kacau hingga gula hangus sebati bersama adunan kek. Kacau perlahan2.
Masukkan kedalam 2 loyang 7x7 in. Tutup adunan dgn aluminium foil supaya air tidak masuk kedalam adunan semasa dikukus.
Kukus selama 4 jam. Saya mengukusnya selama 3 jam sahaja.
Tuesday, September 06, 2011
Tart Nenas Gulung
Bahan-bahan:
250 gm butter
30 gm gula aising
1 sudu teh esen vanila
2 biji kuning telur
340 gm tepung gandum (- +)
20 gm tepung jagung
Jem Nenas - saya guna readymade
Untuk sapu
1 biji kuning telur
1 sudu teh susu pekat
sedikit garam
sedikit air
Cara-cara:
Pukul butter, esen vanila dan gula aising hingga sebati. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
Masukkan tepung gandum dan tepung jagung . Gaul hingga menjadi doh lembut.
Masukkan kedalam acuan tart dan tekan. Masukkan jem nenas yg telah digentel dan gulung.
Sapu kuning telur hingga habis.
Bakar selama 20 minit 170C.
Sejukkan baru diisikan kedalam balang.
Tart nenas gulung adalah biskut kegemaran saya. Tiap2 tahun ianya menjadi biskut utama..
Monday, September 05, 2011
Salam Aidilfitri 1432H
Seminggu yang lalu kita telah meninggaklan 1 Syawal.. begitu cepat sekali masa berlalu.. tapi suasana berhariraya masih lagi terasa.. ramai yang akan membuat rumah terbuka dihujung minggu ini.. untuk meraikan saudara-mara dan sahabat handai..
Saya bersama keluarga beraya di Johor Bahru.. dirumah orangtua saya.. sempat juga beraya dirumah mak dan pak saudara yang terdekat.. mmg seronok sekali sekala berjumpa.. anak2 pula dapat mengenali lebih rapat lagi.. maklum la setahun sekali berjumpa tengok2 semua dah besar..
Setiap tahun akan bertukar tempat bila hariraya.. Johor dan Perak.. mmg seronok dapat beraya dikedua2 negeri.. tapi tahun ini saya dan keluarga hanya beraya di Johor Bahru saja kerana kedua mertua saya sudah tiada lagi..
Selamat hariraya utk semua.. maaf zahir & batin.. Semoga berjumpa ditahun hadapan...
Subscribe to:
Posts (Atom)