Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadan 1432H


Assalamualaikum buat kawan muslimin & muslimat sekelaian...

Sempena dibulan Ramadan ini saya mengucapkan selamat berpuasa.. semoga ditahun ini amalan kita lebih  bermakna dan mendapat ganjaran pahala dari Nya.. Insyaallah..
Saya memohon maaf andai diri ini tersentuh budi bicara dan kata2 gurauan di blog dan FB semasa memberi komen atau sebagainya..  Semoga Ramadan tahun ini yang terbaik buat kita semua dan dapat menjalankan ibadah puasa dengan kesihatan yang baik.. AMIN..

SALAM RAMADAN UNTUK SEMUA DARI SAYA SEKELUARGA..

Donut Gebu Tradisional


Assalamualaikum..

Donut tradisional ini sangat lembut dan gebu.. pembuatannya tidak banyak bahan.. sungguh ringkas dan mudah.. ianya juga menjadi kegemaran anak2.. resepi ini saya ambil dari dapur Norasikin Basri @ Resepi Masakan Barat Komersial.. terimakasih kerana berkongsi resepi yang sedap dan mudah..


Donut ini juga tahan kelembutannya 24 jam.. walaupun tidak mengandungi bahan pelembut..  kalau kawan semua ingin mencubanya lihat resepi ini..

Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
1 paket yeast (11gm)
2 camca besar susu pekat manis
1/2 camca teh garam
1/2 cawan minyak
550 ml air
Minyak utk mengoreng
Gula kastor utk salut

Cara saya membuatnya menggunakan mesin:
Masukkan semua bahan kedalam mangkuk. Gaul rata.
Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Angkat dan uli sedikit. Adunan ditutup dan biar adunan mengembang dlm 1/2 jam.
Uli lagi dan buangkan angin.
Bulat2kan adunan menjadi bebola yang licin dlm 40 gm. Biar dlm 10 minit.
Goreng hingga kekuningan.
Salut bersama gula.
Sedia dihidang.

Lemak Rebung Daging


Assalamualaikum..

Lemak Rebung Daging.. menu tengahari ni.. rebung ni sudah 2 hari saya simpan di petisejuk.. nak perhabiskan stok yang beli dulu baru boleh masak.. kawan anak saya Diyana yg memberinya.. selalunya kalau membeli dipasar berbau sikit yang ni tidak langsung.. kata Diyana mak kawannya tu menanam dan membuatnnya sendiri.. itulah tidak berbau.. sedap buat masak lemak bercampur daging..

Jom kita berkongsi resepi dari saya ni..

Bahan-bahan:
500 gm rebung
300 daging dihiris nipis
2 batang serai diketuk
20 biji cili api*
1 inci halia*
1 inci kunyit* ( Semua bahan* dikisar)
4 cawan santan
2 keping asam gelugur
Garam secukupnya

Cara-cara:
Rebus daging sehingga empuk kemudian dihiris nipis. Ketepikan.
Tuang santan kedalam periuk kemudian masukkan bahan kisar dan serai.
Masukkan daging dan garam kacau hingga mendidih.
Masukkan rebung dan garam secukupnya.
Kacau rata dan rasa garam.
Sedia dihidang

Friday, July 29, 2011

Kari Daging Kerisik


Kari daging kerisik.. saya menggunakan daging berserta tulang berdaging supaya kuahnya lebih rasa sedap lagi.. Kuah kari ini sedap dimakan bersama roti atau roti jala.. resepi ini saya ambil dari majalah saji..

Bahan-bahan:
1 kg daging
1/2 kg tulang berdaging
1 in halia - daging direbus dahulu bersama halia sehingga empuk
4 biji kentang dibelah
2 keping asam gelugur
1 cawan serbuk kari - digaul bersama sedikit air
4 sudu makan cili kisar
2 sudu makan kerisik
Rempah tumis
Santan secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 in halia

Cara-cara:
Rebus daging daging bersama halia sehingga empuk. Ketepikan.
Tumis bahan2 yang dikisar bersama rempah tumis hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan rempah kari. Kacau hingga naik minyak.
Masukkan daging dan tulang yg telah direbus bersama santan sekali. Biar seketika.
Masukkan kentang, asam keping, kerisik, garam dan gula. Kacau rata hingga kentang empuk.
Sedia dihidang.

Terung Berlada Udang Kering



Bahan-bahan:
3 biji terung bulat dipotong dan digoreng
2 biji cili merah
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu makan udang kering dicuci
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara:
Terung dipotong dan digoreng sebentar. Ketepikan.
Tumis semua bahanyang ditumbuk hingga wangi. masukkan garam dan gula secukupnya.
Masukkan terung dan gaul rata.
Sedia dihidang.

Thursday, July 28, 2011

Apam Coklat


Assalamualaikum..

Apam Coklat.. semalam apam hari ni apam.. tapi apam coklat hari ni utk anak saya Diyana membawanya kesekolah.. utk majlis perpisahan cikgu yang berpencen katanya.. buat la kuih yang senang2 dan bahan2nya pun sedia ada dirumah tak payah keluar mencarinya lagi.. rasanya sedap, lembut dan gebu..


Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan koko
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
1 cawan gula
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak - saya guna minyak jagung
1 cawan air panas

Cara-cara:
Satukan dan ayak tepung, koko, baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan.
Pukul telur dan gula hingga sebati.
Masukkan susu pekat dan minyak. Kacau sebati.
Masukkan tepung yang telah diayak bersama bahan2 lain kedalam adunan telur tadi kemudian masukkan air panas dan kacau rata.
Panaskan pengukus.
Tuang adunan kedalam acuan dan kukus selama 10 minit dgn api yang kuat.
Sejukkan dan hidang.

Apam Salju


Apam Salju menu hari ini.. kegemaran keluarga.. lembut dan mudah saja membuatnya..

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
3 cawan tepung beras
1 3/4 cawan gula
1 paket yeast segera
2 cawan nasi
3 cawan air
1/2 biji kelapa parut putih

Cara-cara:
Satukan tepung, gula dan yeast didalam bekas.
Kisar nasi dan air hingga halus kemudian masukkan kisaran nasi kedalam bekas yang berisi tepung.
Kacau kesemuanya hingga sebati.
Perapkan aduanan selama 1 jam kemudian dikukus didalam acuan yang telah disapu dgn minyak.
Kukus selama 10 minit dgn api yang kuat.
Sejukkan baru dihidang.


Tuesday, July 26, 2011

Bawal Masak Kuali


Assalamualaikum..

Selamat petang semua.. petang ni baru saya dapat entry menu tengahari tadi.. Bawal Masak Kuali.. saya ambil dari dapur Ita @ Masam Manis.. terimakasih Ita berkongsi resepi ini.. sedap jika disalut dgn apa2 ikan.. Jom layan resepi ini..

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal
4 sudu besar cili kisar
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
Sedikit belacan*
1/2 in halia*
1/2 in kunyit*
1/2 in lengkuas* ( Semua bahan* dikisar)
2 batang serai dititik
1 sudu kecil halba
1/3 cawan santan
2 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara:
Ikan dilumur bersama garam dan kunyit kemudian digoreng. Ketepikan.
Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi. Masukkan cili kisar dan kacau hingga naik minyak.
Masukkan serai dan halba diikuti santan. Kacau rata.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan ikan dan gaul sebati.
Sedia dihidang.



Monday, July 25, 2011

Tenggiri Masak Lemak


Bahan-bahan:
6 keping ikan tenggiri
2 btg serai dititik
2 keping asam keping
2 helai daun limau purut
4 cawan santan
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci kunyit*
2 biji cili merah*
10 biji cili api* ( Semua bahan*dikisar)

Cara-cara:
Masukkan santan, serai dan semua bahan yang dikisar. Masak sambil kacau hingga mendidih.
Masukkan ikan, asam keping dan daun limau purut. Kacau hingga masak.
Sedia dihidang.

Bingka Ubi


Bahan-bahan:
4 cawan ubi kayu parut
2 cawan santan
1 biji telur
3/4 cawan gula
4 sudu makan minyak
Sedikit pewarna kuning
Sedikit minyak utk disapu keatas loyang

Cara-cara:
Ubi kayu yang telah diparut diperah airnya.
Satukan ubi kayu, gula, telur, minyak dan minyak didalam bekas. kacau sehingga semuanya sebati.
Tuang kedalam loyang 9x9 yg disapu sedikit minyak.
Bakar 200C sehingga masak dlm 1 jam.
Sejukkan dahulu baru dipotong.

Saturday, July 23, 2011

Belia 1 Malaysia

Aktiviti keluarga hari ini melawat ke Fiesta Belia 1 Malaysia bertempat di Malaysia Agro Exposition Serdang (MAEPS). Seronok betul kerana saya bersama anak perempuan Diyana telah memasuki pertandingan menghias kek.. Ini adalah pertama kali saya menghias.. sebelum ni tidak pernah lgpun kurang berminat..tapi bila dah mencuba terasa ingin belajar pulak.. best tau..



Fiesta Belia 1 Malaysia ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri kita Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin..




Acara pertandingan makan durian yang terbanyak..




Acara menghias kek.. ini adalah pertama kali saya menghias.. bertemakan 1 Malaysia.. 


Kelakar tengokkan kek ni.. org yang menghiasnya kaku je tangan.. penghabiasan anak yang buat.. hehe
Kena belajar ni dgn pakar hias kek..

Kek yang sudah dihias.. haha

Walaupun mendapat saguhati tapi tetap menyeronokan..



Kepulangan dengan mendapat 2 hamper.. 1 utk saya 1 utk Diyana.. kek yg telah dihias tadi juga boleh dibawa balik utk dimakan bersama keluarga..  :)

Daging Goreng Ala Kaprau


Assalamualaikum..

Daging Goreng Ala Kaprau.. menu tengahari ini.. sedap masakan ni ringkas dan mudah saja... saya ambil dari dapur Kak Jee.. terimakasih Kak Jee berkongsi resepi yg sedap ini.. untuk bulan puasa ni boleh la nnti masak untuk bersahur.. mesti anak2 berselera makan sahur..

Bahan-bahan:
1/2 kg daging batang pinang dihiris nipis
4 sudu besar pes tomyam
6 biji cili api diketuk ( kalau nak pedas boleh tambah)
4 biji bawang besar dipotong kasar
4 sudu besar kicap manis - saya tambahkan lagi 2 sudu besar
2 sudu besar sos cili
Daun selasih secukupnya

Cara-cara:
Perap daging bersama pes tomyam selama 1/2 jam.
Tumis 2 biji bawang besar dan cili api hingga layu.
Masukkan daging yang telah diperap dan masak hingga kecut dan empuk.
Setelah kecut masukkan kicap dan sos cili. Gaul sebati hingga agak kering.
Masukkan lebihan bawang hiris dan daun selasih.
Sedia dihidang.

Tuesday, July 19, 2011

Ayam Masak Kicap Berempah


Ayam Masak Kicap Berempah.. kegemaran sekeluarga.. begitu ringkas dan mudah jer penyediaannya.. ptg ni masak cepat sikit kerana sekejap lagi nak keluar.. makanan dah tersedia diatas meja senang sikit anak2 nak makan malam nnti..


Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong
2 biji bawang besar dihiris bulat
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 1/2 sudu makan ketumbar*
1 sudu makan jintan manis*
1 sudu makan lada hitam* ( Semua bahan*dikisar)
Rempah tumis (4 sekawan)
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap pekat
4 sudu besar kicap manis
Daun ketumbar
Sedikit air
Garam secukupnya

Cara-cara:
Ayam dilumur bersama kunyit dan garam kemudian digoreng setengah masak. ketepikan
Tumis bahan yang dikisar dan rempah tumis hingga wangi. masukkan cili kisar.
Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap.
Masukkan ayam dan gaul sebati. Tuang sedikit air.
Rasa garam secukupnya. Tabur daun ketumbar dan bawang besar yg dihiris bulat. Gaul sebati.
Sedia dihidang.

Nasi Goreng Kampung


Assalamualaikum..

Hari ini terlalu bz bagi saya.. hanya nasi goreng kampung saja yang dapat saya sediakan untuk hari ini.. insyaallah petang nnti baru boleh masak yang berat sikit utk makan malam .. tak tau la dua tiga hari ni kelang kabut je dibuatnya..
Nasi Goreng Kampung style saya buat ni mmg mudah.. bahan2 pun mmg sedia ada di dlm petisejuk.. Jom layan nasi ni..

Bahan-bahan:
4 cawan nasi
1 biji bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih diketuk
5 biji cili api ditumbuk
1/2 cawan ikan bilis dicuci dan ditumbuk kasar
2 camca makan sos tiram
1/2 btg carrot dipotong dadu
4 btg kacang panjang dipotong kecil
1 biji telur
Bawang goreng
Garam secukupnya

Cara-cara:
Tumis bawang besar, bawang putih dan cili api, masukkan sos tiram dan telur.
Masukkan carrot dan kacang panjang.
Akhir sekali masukkan nasi dan gaul sebati hingga rata. Rasa garam secukupnya.
Tabur bawang goreng dan gaul lagi.
Sedia dihidang.

Sunday, July 17, 2011

Kole Kacang


Kuih kole kacang.. ingat lagi masa saya kecik2 mmg suka makan kuih ni.. kalau pergi pasar malam mesti beli kuih ni.. dulu harganya 4 kpg baru rm1.. murah kan.. skrg ni 1 kpg dah 40 sen.. lagipun harga bahan2 kuih pun skrg semua dah mahal... kalau nak murah dan dapat banyak kenalah buat sendiri.. lagi berbaloi kan.. tapi saya selalu membelinya saja kerana anak2 kurang mengemarinya..

Hari ini saja saya membuatnya.. pembuatan kuih ini sungguh senang.. hanya mengacau diatas api hingga pekat.. Jika kawan semua ingin mencubanya boleh lihat resepi ini dari saya..

Bahan-bahan:
2 3/4 cawan tepung kacang hijau
3/4 cawan gula
1 cawan air gula merah
6 1/2 cawan santan
Sedikit garam
Tahi minyak - tabur diatas kuih
Minyak kelapa - disapu diatas kuih

Cara-cara:
Satuka semua bahan kedalam periuk dan kacau sebati.
Kacau perlahan diatas api hingga pekat dan nampak berkilat.
Tuang kedalam loyang dan ratakan. Sejukkan.

Cara membuat tahi minyak:
2 cawan pati santan dikacau perlahan didalam periuk hingga menjadi tahi minyak kekuningan. Tapiskan minyak dan tahi minyak. Tahi minyak ini hendaklah disimpan di dlm bekas kedap udara. Kemudian sapu diatas kuih dan tabur tahi minyak sekali.
Tunggu sejuk baru dipotong.

Thursday, July 14, 2011

Kari Ayam Lengkuas


Assalamualaikum..

Kari Ayam Lengkuas ini adalah menu semalam saya.. pagi ini baru ada kesempatan utk entry.. sedap.. saya lupa dari dapur siapa saya ambil resepi ini.. terimakasih kepada yang empunya kerana berkongsi resepi ayam kari yang sedap ini..

Sedap dimakan bersama roti atau roti jala.. 

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
4 biji kentang
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 in kunyit*
1 in halia*
3 biji buah keras*
15 biji lada hitam* ( Semua bahan*dikisar)
3 biji bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 inci lengkuas hiris dan dititik
Rempah tumis ( 4 sekawan)
3 tangkai daun kari
2 keping asam gelugur
1/2 camca besar gula melaka
3 camca besar rempah kari dikacau dgn sedikit air
4 cawan santan
Garam secukupnya

Cara-cara:
Tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris, rempah tumis, daun kari hingga wangi. Masukkan bahan yang dikisar, rempah kari, lengkuas dan cili kisar dan kacau hingga naik minyak.
Masukkan ayam, kentang dan kacau hingga ayam kecut.
Masukkan asam gelugur, gula merah dan garam.
Masukkan santan dan masak hingga mendidih dan rasa garamnya.
Sedia dihidang.

Wednesday, July 13, 2011

Talam Keladi


Assalamualaikum..

Talam Keladi ni petang semalam saya membuatnya.. Rasa yang sedap, lemak dan lembut.. ianya juga tidak beberapa manis..
Jika nak mencubanya jom lihat resepi ni..

Bahan-bahan utk bhg bawah:
3 1/2 cawan santan
1 3/4 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung sagu
1/2 cawan gula
Sedikit garam
1 cawan keladi yg telah dipotong dadu dan dikukus @ direbus

Panaskan pengukus dan masukkan loyang yang telah dialas plastik.
Campurkan santan, keladi gula dan garam kemudian ditapis.
Kacau atas api perlahan sehingga keluar wap.
Masukkan kedalam loyang 9"x9" dan kukus selama 10 minit.

Bahan-bahan utk bhg atas:
3 cawan santan
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
2 biji telur
1/4 cawan gula
Sedikit garam
Pewarna purple @ pes keladi

Campurkan santan, telur, gula, pewarna dan garam kemudian ditapis.
Kacau diatas api perlahan hingga keluar wap.
Sebelum masukkan adunan ini garis2kan bhg bawah yang dikukus dgn garfu.
Tuang adunan diatas bhg bawah.
Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
Sejukkan dahulu baru dipotong.

Tuesday, July 12, 2011

Pulut Serawa Durian


Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. semalam ada kawan bagi durian dlm 7 biji semuanya.. semuanya elok2.. sedap dan lemak manis rasanya.. isinya pula kuning.. dia bawa dari kampung di Perak.. tengah musim durian disana.. bestnya kalau ada kampung yang ada dusun durian erkk.. musim durian je boleh duk kat pondok tunggu durian jatuh.. hehe..
2 biji saya telah buat kuah serawa dan 5 biji makan begitu saja..  ikutkan nak makan semua tapi dah lama tak makan serawa durian bersama pulut.. tu buat.. anak2 saya pulak suka makan bersama roti.. Jom tengok resepi saya ni..

Bahan utk pulut:
3 cawan pulut direndam 1 jam
1 1/ 2 cawan air
Sedikit garam

Masukkan pulut dan air kedalam bekas kemudian dikukus hingga masak. Dalam 20 minit kacau jika nampak jelatah lagi renjis-renjiskan sedikit air lagi dan kukus lagi hingga masak.

Bahan utk kuah serawa:
1 mangkuk isi durian
3 mangkuk santan pekat
1/2 cawan gula
2 helai daun pandan disimpul
Sedikit garam

Masukkan isi durian, daun pandan dan garam kedalam santan.
Kacau diatas api perlahan hingga mendidih dan pekat.
Sedia dimakan bersama pulut atau roti.

Sunday, July 10, 2011

Puding Roti Karamel


Assalamualaikum..

Hari ini teringin pulak nak makan puding.. intai2 di dapur DJ Dayang nampak pulak puding roti ni.. ianya tak memerlukan telur yang banyak kerana ada menggunakan roti. didalamnya... sedap dan lembut jer tengok.. tercapai juga nak makan puding ni.. sedap tak terasa telur.. mmg lembut jer bila masuk kemulut lebih2 lagi dimakan ketika sejuk..


Terimakasih DJ Dayang kerana berkongsi resepi puding yang sedap ni..

Bahan-bahan:
1/4 cawan gula pasir*
1/4 cawan air panas*
 - utk membuat keremel saya doublekan lagi gula & air panas semuanya jadi 1/2 cawan.

Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. kacau segerasupaya tidak berketul kemudian tuang kedalam loyang atau bekas yang bersesuaian. Sejukkan sebentar,

Bahan utk puding:
3 keping roti sandwic - disiat-siat - saya letak 5 keping suka rasa roti lebih
1 1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air suam
1/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
3 biji telur - dikacau perlahan jangan sampai berbuihsekiranya ingin kulit yg licin dan gebu

Blend semua bahan kecuali telur hingga halus. Kemudian masukkan telur dan kacau perlahan2 dan tapis,
Tuang kedalam karamel tadi.
Sediakan loyang yang agak besar berisi air panas kemudian letakkan loyang puding tadi ditengah2 loyang.
Bakar dalam 160C selama 50 min sehingga keperangan.
Setelah masak sejukkan dahulu baru boleh diterbalikkan.
Lebih sedap lagi sejukkan dahulu didalam petisejuk baru dihidang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...