Monday, October 27, 2014

Pisang Goreng Bercoklat


Assalamualaikum semua..
Pisang Goreng Bercoklat menu untuk minum petang.. sedap dan digemari anak2anak.. lagi sedap lagi jika ditabur dengan sedikit keju parut.. Saya menggunakan pisang nangka kerana rasanya yang sedikit masam manis.. boleh juga menggunakan pisang tanduk..
Jom lihat resepi saya yang senang dan ringkas penyediaannya..

PISANG GORENG BERCOKLAT
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
1 sisir pisang nangka - dibelah dua
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung rangup ADABI
1 sudu teh air kapur
1 cawan air
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit - pewarna

Semua bahan dikacau rata hingga sebati.
Panaskan minyak.
Celupkan pisang keadunan tepung kemudian masukkan kedalam minyak .
Goreng hingga kekuningan dan angkat.
Cairkan coklat masakan dengan menggunakan double boiler hingga cair.
Masukkan kedalam plastik dan potong bucu kemudian dipicit dan letakkancoklat keatas pisang.
Sedia dihidang.

 



Monday, October 20, 2014

Soto Ayam



SOTO AYAM
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan Untuk Kuah Sup
1 ekor ayam dibelah 4 - dibersihkan
8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 in halia*
4 biji buah keras*
1 sudu besar ketumbar *
1 sudu makan jintan manis* - semua bahan* dikisar
5 batang serai - dititik
4 sudu besar rempah soto / sup
Rempah penumis - kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga
1/2 cawan santan
Air secukupnya
Garam - secukupnya
Sedikit gula - bahan perasa

Bahan-bahan lain
Taugeh
Daun sup & daun bawang
Soon - digoreng
Kacang tanah - dogoreng
Coli kicap

Cara-cara :
Tumis bahan penumis dan semua bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan rempah soto dan gaul hingga rempah naik bau.
Masukkan air secukupnya dan santan
Masukkan ayam, serai dan lengkuas.
Masukkan garm dan gula dan biar mendidih.
Bila ayam masak angkat ayam dan ketepikan.
Kuah sup tadi dimasak hinggan mendidih dan masukkan sedikit daun sup/ bawang dan bawang goreng. Tutup api.
Siat-siatkan ayam dan masukk kedalam pinggan.
Hidangkan nasi empit dan letakkan bahan-bahannya.
Sedia dimakan.



Friday, August 29, 2014

Laksa Johor



Assalamualaikum semua dan selamat pagi..

Selamat bersarapan untuk semua.. Laksa Johor menjadi pilihan menu hari ini.. kepada yang tidak pernah membuatnya terasa payah penyediaannya.. tapi pada saya mudah kerana kerap juga membuatnya untuk keluarga dan rakan-rakan..
Laksa ini juga berasal dar Johor tapi sekarang makanan ini sudah menjadi kebiasaan untuk dari mana2 negeri..  Kebanyak sekarang ramai yang menyediakan menu ini untuk majlis perayaan dll.. Jom lihat resepi dari saya ini..

LAKSA JOHOR
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1 bungkus spaghetti - direbus empuk dan toskan
2 batang timun - buang kulit dan sagat
1 mangkuk taugeh
2 biji bawang besar - dihiris
Daun kesum
Daun selasih
Limau  kasturi
Lobak jeruk - dicincang

Bahan untuk kuah :
1 1/2 kg  tenggiri - direbus
10 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 in halia*
1 in lengkuas*
2 sudu besar ketumbar*
3 sudu besar udang kering *
3 batang serai* - semua bahan* dikisar halus
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar kerisik
1 cawan rempah kari
4 keping asam gelugur
Santan secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sedikit daun keson
1 batang bunga kantan

Cara-cara :
Ikan direbus diambil isinya dan kisar. Ketepikan.
Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan rempah kari. kacau hingga naik minyak.
Masukkan santan, sedikit daun kesu, bunga kantan dan asam gelugur. Masak dan kacau hingga mendidih.
Masukkan kerisik, garam dan gula.
Sedia dihidang.

Hidangkan bersama ulam-ulaman dan sambal belacan yang telah disediakan tadi.






Tuesday, August 19, 2014

Brokoli Masak Sos Tiram



BROKOLI MASAK SOS TIRAM
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
300 gm brokoli - dipotong
1 batang lobak merah - potong serong
200 gm isi ayam - dihiris
1 biji bawang merah - dicincang
4 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap manis
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dgn sedikit air
1 cawan air
1/2 sudu kecil gula
Garam secukupmya

Cara-cara :
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan ayam dan tumis hingga masak. Tuang sedikit air.
Masukkan serbuk lada hitam.
Masukkan carrot dan brokoli.
Masukkan sos tiram dan kicap manis.
Tuang air dan tepung jagung yang dibancuh.
Perasak garam dan gula secukupnya. Gaul rata.
Taburkan sedikir bawang goreng.
Sedia dihidang.



Monday, August 18, 2014

Paceri Telur



ACAR TELUR
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
8 biji telur
1 biji cili merah - potong panjang
1 biji cili hijau - potong panjang
2 pelepah daun kari
1 biji bawang besar - hiris
5 biji biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 in halia*
2 sudu besar udang kering* - semua bahan*dikisar
2 camca besar rempah kari
1 camca besar cili kisar
Rempah penumis - kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga
1 sudu kecil pes asam jawa ADABI
1 sudu besar kerisik
1/2 cawan santan
1 cawan air
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara :
Panaskan mimyak dan goreng telur hingga permukaaan telur sedikit perang. Angkat dan toskan.
Tumis rempah penumis, bawang besar dan daun kari hingga layu.
Masukkan bahan kisar, rempah kari dan cili kisar. Tumis hingga naik minyak.
Masukkan air, santan dan pes asam jawa ADABI.
Perasakan kerisik, garam dan gula secukupnya. Kacau.
Masukkan telur dan cili potong. Gaul rata dan mendidih.
Angkat dan hidangkan.



Saturday, August 16, 2014

Nasi Dagang, Gulai Ikan Tongkol, Sambal Udang Petai & Acar



Nasi Dagang, Gulai Ikan Tongkol, Sambal Udang Petai & Acar
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Nasi Dagang - (8 orang)
Bahan-bahan :
5 cawan beras siam wangi - direndam 4 jam dan toskan
6 biji bawang merah - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
2 in halia - dihiris
2 sudu besar halba
3 cawan santan pekat
3 cawan santan cair
Garam secukupnya

Cara-cara :
Panaskan pengukus.
Masukkan beras dan santan cair kedalam bekas. Kukus hinggan separuh masak.
Angkat beras dan masukkan bawang, halba dan garam. Masukkan santan pekat dan gaul rata.
Kukus sekali lagi hingga nasi betul2 masak dan lembut.
Sedia dihidang.




GULAI IKAN TONGKOL
Bahan-bahan :
2 ekor ikan tongkol
12 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 1/2 in halia*
1 in lengkuas*
2 in kunyit* - semua bahan dikisar
2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan sebuk jintan manis
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar kerisik
3 keping asam gelugur
3 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
Garam dan bgula secukupnya

Cara-cara :
Tumis semua bahan yang dikisar hingga masak.
Masukkan cili kisar, rempah kari, serbuk ketumbar dan serbuk jintan. masak hingga naik minyak.
Masukkan santan.
Masukka kerisik dan asam gelugur.
Masak kuah hingga mendidih dan masukkan ikan dan cili potong.
Perasakan garam dan gula secukupnya.



SAMBAL UDANG PETAI

Bahan-bahan :
800 gm udang - dibersihkan
4 papan petai
2 biji bawang besar - dihiris
1 sudu kecil pes asam jawa ADABI
2 in belacan
1 cawan cili kisar
Garam dan gula secukupnya

Tumis bawang besar hingga layu.
Masukkan belacan dan cili kisar.
Masak hingga garing.
Masukkan pes asam jawa, garam dan gula secukupnya.
Masuk udang gaul hingga udang masak.

ACAR TIMUN DAN LOBAK MERAH

2 batan timun - dihiris
1 batang lobak merah - dihiris
2 biji cili merah - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
Sedikit cuka
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara :
Gaul semuan bahan dan perasakan garam, cuka dan gula secukupnya.


Friday, August 15, 2014

Kuey Teow Goreng Udang


Menu untuk makan malam.. ringkas dan mudah.. sedap dimakan panas2.. Jom layan..

KUEY TEOW GORENG UDANG
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
500 gm kuey teow - dibersihkan
1 mangkuk taugeh
Daun kucai - secukupnya
1 biji telur - dikacau
300 gm udang
1 biji bawang besar - dicincang
4 ulas bawang putih - tumbuk kasar
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
Kicap manis secukupnya

Cara-cara :
Tumis bawang besar dan bawang putih.
Masukkan cili kisar, sos cili dan sos tiram dan gaul.
Masukkan udang dan kacau hingga udang masak. Pecahkan telur dan gaul hingga telur masak.
Masukkan kuey teow dan gaul rata.
Tuangkan kicap secukupnya.
Masukkan kucai dan taugeh dan gaul rata. Tutup api.
Sedia dihidang.



Monday, August 11, 2014

Daging Masak Beryani




DAGING MASAK BERYANI
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1 1/2 kg daging - potong kecil
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 1/2 in halia*
6 biji cili hijau*
3/4 cawan rempah beryani
Rempah tumis - kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga
1 pokok daun ketumbar
2 tangkai daun pudina
2 biji tomato - dipotong kasar
3/4 cawan sos cili
2 sudu besar tomato puree
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan bawang goreng
1/2 cawan kismis
Gajus goreng - jika suka
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara :
Tumis bahan yang dikisar dan rempah tumis hingga wangi.
Masukkan rempah beryani dan sedikit hingga masak hingga wangi.
Masukkan tomato, daun pudina dan daun ketumbar.
Masukjkan daging dan gaul rata. Tuang sedikit air masak hingga mendidih.
Masukkan sos cili dan tomato puree dan masak daging hingga empuk.
Tuangkan cili sos, tomato puree dan susu cair.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Masukkan susu cair dan bawang goreng..
Bila daging empuk dan kuah agak pekat masukkan kismis dan biji gajus.
Sedia dihidang.



Nasi Beryani





NASI BERYANI
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
4 cawan beras Basmathi - direndam 1/2 jam dan toskan
6 biji bawang merah dihiris
3 ulas bawang puith - dihiris
1 in halia - dihiris
2 sudu makan rempah beryani
1 pokok daun ketumbar
2 helai daun pandan
2 batang serai - dititik
2 batang cili hijau - dipatahkan 3
1/2 cawan kismis
1 cawan biji gajus - digoreng
Rempah penumis - kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga
3 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak jagung
5 cawan air
1/2  cawan susu cair
Garam dan sedikit gula - secukupnya
Pewarna kuning - jika suka

Cara-cara :
Panaskan minyak dan minyak sapi.
Masukkan bahan penumis, daun pandan, serai, daun ketumbar, cili hijau dan semua bahan yang dihiris. Kacau.
Masukkan rempah beryani dan kacau rata.
Tuangkan air serta susu cair. Perasakan garam dan sedikit gula secukupnya.
Masukkan beras dan biar hingga nasi masak.
Masukkan kismis dan gajus kacau rata.



Friday, August 08, 2014

Sambal Goreng Pengantin



SAMBAL GORENG PENGANTIN
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1 kg daging*
500 gm paru*
200 gm hati* - semua * bahan direbus empuk
2 biji bawang besar - dihiris halus
4 batang serai - dihiris halus
12 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*
2 1/2 in halia*
2 in lengkuas*
6 biji buah keras* - dikisar halus
3 biji cili merah*
3 biji cili hijau*
10 biji cili api* - semua bahan* dihiris halus
1 cawan cili kisar
Sedikit belacan
3 cawan santan pekat
2 cawan air @ secukupnya
2 sudu kecil pes asam jawa (ADABI)
1 cawan bawang goreng
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara :
Daging, paru dan hati yang telah direbus empuk dipotong dadu. Kemudian digoreng kering.
Tumis bawang besar dan serai hingga wangi.
Masukkan bahan yang dikisar dan cili kisar dan masak hingga garing.
Masukkan daging, paru dan hati dan gaul rata.
Masukkan sedikit air dan masak hingga rata.
Masukkan santan dan gaul.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Gaul hingga kuahnya agak pekat dan semua bahan sebati.
Masukkan bawang goreng. Gaul rata.
Sedia dihidang.




Wednesday, August 06, 2014

Biskut Dahlia




BISKUT DAHLIA
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Sumber : Mat Gebu

Bahan-bahan :
300 gm mentega
140 gm gula aising
2 biji kuning telur
1 sudu teh vanila
240 gm tepung gandum*
100 gm tepung jagung*
160 gm tepung kastard* - ayak sama

Cara-cara :
Putar mentega dan gula aising hingga berkrim.
Masukkan kuning telur dan esen vanila putar hingga kembang.
Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan lembut dan mudah ditekan.
Masukkan doh kedalam alat penekan biskut dahlia dan tekan keatas loyang hingga habis.
Hiaskan dengan ceri merah.
Bakar selama 15 - 20 minit dengan kepanasan 175C.
Sejukkan dulu biskut baru disimpan kedalam bekas kedap udara.



Friday, June 13, 2014

Mee Kari




MEE KARI
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
Mee kuning - secukupnya
Taugeh - celur
Sawi - celur
Daun sup /daun bawang
Bawang goreng
Cili merah / hijau - secukupnya

Bahan untuk kuah kari :
300 gm isi ayam - hiris nipis
400 gm bebola ikan
100 gm taufu kering
2 batang serai - dititik
2 pelepah daun kari
2 tangkai daun kesom
1 biji bawang merah - dihiris
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 1/2 in halia* - semua bahan* dikisar
2 sudu makan cili kisar
3 sudu besar rempah kari
1 kiub pati ayam
1 batang kayu manis
4 biji bunga lawang
Santan secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara :
Tumis bawang besar, serai, kayu manis, bunga lawang dan daun kari hingga wangi.
Masukkan bahan yang dikisar, rempah kari dan cili kisar dan gaul hingga naik minyak.
Masukkan ayam yang dihiris dan bebola ikan.
Masukkan santan dan kacau hingga mendidih.
Masukkan taufu kering dan daun kesom.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Kacau mendidih dan sedia dihidang.



Wednesday, June 11, 2014

Puding Kastard Karamel




PUDING KASTARD KARAMEL
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan untuk karamel :
1/2 cawan gula
1/4 cawan air

Masukkan gula kedalam periuk. masak dann kacau hingga kekuningan menggunakan api sederhana.
Bila gula larut dan kekuningan perlahankan api dan masukkan air perlahan sambil kacau rata. Tutup api.
Masukkan kedalam loyang dan biarkan.

Bahan untuk membuat puding kastard:
10 gm agar-agar serbuk
4 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :
Campurkan kesemua bahan kedalam periuk kecuali serbuk agar-agar. Kacau hingga larut dan tapis.
Masukkan adunan tadi bersama serbuk agar-agar kedalam periuk. Kacau dengan menggunakan api sederhana hingga larut dan mendidih.
Tuang kedalam loyang yang berisi gula karamel tadi. Sejukkan sebentar.
Masukkan pula kedalam petisejuk selama 4 atau 5 jam hingga aduanan keras.
Tuang kedalam pinggan untuk dihidang sejuk.



Saturday, May 24, 2014

Ikan Patin Masak Tempoyak



IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1 ekor ikan patin (sederhana besar) - dibelah
1 ikat daun kesom
1 helai daun kunyit
1 biji timun - dipotong
2 batang serai - diketuk
1/2 cawan tempoyak
4 cawan air
3 biji bawang merah*
10 biji cili api merah*
1 biji cili merah*
1 1/2 in kunyit* semua bahan* ditumbuk atau kisar
Sedikit garam
Sedikit gula

Cara-cara :
Ikan dibelah dan dibersihkan bersama sedikit asam jawa. Cuci dan bersihkan.
Masukkan bahan yang telah ditumbuk kedalam periuk bersama tempoyak, air, serai, daun kesom dan daun kunyit.
Kacau dan masak hingga mendidih.
Masukkan ikan dan timun.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Sedia dihidang.



Tuesday, May 20, 2014

Kerabu Perut, Taugeh Dan Tomato



KERABU PERUT
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
500 gm perut - direbus
100 gm taugeh
100 gm tomato
1 biji bawang besar - dihiris
1 kuntum bunga kantan - dihiris halus
2 batang serai - dihiris halus
5 biji cili api - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1 tangkai daun ketumbar
1 sudu kecil sos ikan
1 biji limau nipis - ambil jus
Sedikit garam
Sedikit gula

Cara-cara :
Perut yang telah direbus dipotong.
Satukan taugeh dan tomato dan gaul rata.
Masukkan semua bahan yuang dihiris dan sos ikan.
Perasakan garam dan gula secukupnya. Perahkan jus limau.
Sedia dihidang.




Saturday, May 03, 2014

Talapia Merah Bakar Berempah



TALAPIA MERAH BAKAR BEREMPAH
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
2 ekor ikan talapia merah - dibersihkan
Daun pisang secukupnya
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 in halia*
1 in lengkuas*
3 batang serai * - semua bahan dikisar
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari
1 helai daun kunyit - dihiris
2 helai daun limau purut - dihiris
1 sudu kecil pes asam jawa ADABI
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara :
Ikan dibersihkan.
Daun pisang dibersihkan
Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan rempah kari.
Masukkan pes asam jawa.
Perasakan garam dan gula secukupnya. Kacau dan tutup api.
Gaulkan ikan bersama ikan tadi hingga rata.Balutkan ikan bersama daun pisang.
Susun diatas loyang yang beralas aluminium foil. Titiskan sedikit minyak dan bakar.
Perahkan sedikit jus limau kasturi dan dihidang.



Tuesday, April 29, 2014

Pancake Chocolate Chip



PANCAKE COKLAT CHIP
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
3 cawan tepung kek*
1 sudu kecil soda bicarbonat* - satukan dan ayak
1 sudu teh garam
4 sudu besar gula
1 sudu teh butter vanilla
2 biji telur - dikacau
3 sudu besar butter - dicairkan
2 1/2 cawan susu segar
Chocolate chip secukupnya

Cara -cara :
Masukkan tepung ke dalam bekas.
Satukan gula, garam dan telur.Tuangkan sedikit demi sedikit susu segar diikuti butter cair dan dikacau dengan menggunakan whisk hingga rata.
Biarkan adunan selama 10 minit.
Panaskan non stick pan.
Tuang adunan kedalam pan dan taburkan coklat chip.
Tuang sekali lagi adunan untuk menutupi coklat chip dan tunggu sehingga masak. balikkan sebentar dan angkat.
Sedia dihidang.



Friday, April 25, 2014

Spaghetti Cabonara Udang



SPAGHETTI CABONARA UDANG
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
250 gm spaghetti
250 gm udang - dicelur
150 gm jagung muda *
250 gm brokoli *
250 gm baby carrot * - dicelur
1 biji bawang holland - dicincang
4 ulas bawang putih - dicincang
250 gm cabonara cendawan  - PREGO
1 cawan susu cream
Sedikit butter untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit lada sulah
Sedikit garam

Cara -cara :
Spaghetti hendaklah direbus dengan sedikit butter selama 15 - 20 minit. Tos dan ketepikan.
Udang, brokoli, jagung muda dan baby carrot dicelur.
Panaskan butter didalam periuk.
Masukkan bawang besar dan bawang putih kacau hingga wangi.
Masukkan sos cabonara cendawan dan susu cream dan kacau.
Perasakan sedikit garam, lada sulah dan serbuk lada hitam.
Sediakan pinggan letakkan spaghetti bersama bahan-bahan yang dicelur. Kemudian tuang sos tadi atasnya.
Sedia dihidang.




Wednesday, April 23, 2014

Gulai Daging



GULAI DAGING
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan : (7 orang)
1 kg daging
3 biji kentang - dibelah
2 pelepah daun kari
Rempah tumis - kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga
2 sudu besar cili kisar
4 sudu besar rempah kari daging
1 sudu makan kerisik
Santan secukupnya - ikut kepekatan
Garam dan gula secukupnya

Bahan hiris:
1 biji bawang besar - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris

Bahan yang dikisar :
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 in halia
1 in kunyit
1 in lengkuas

Cara -cara :
Panaskan minyak dalam periuk.
Tumis bawang hiris, rempah tumis dan daun kari hingga wangi.
Masukkan bahan yang dikisar dan kacau.
Masukkan cili kisar dan rempah kari dan kacau hingga garing.
Masukkan daging dan sedikit air dan masak hingga daging empuk.'
Masukkan santan, kerisik, gatam dan sedikit gula.
Masukkan kentang dan masak hingga empuk.
Sedia dihidang.





Tuesday, April 22, 2014

Nasi Goreng Cili Api



NASI GORENG CILI API
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
4 cawan nasi sejuk
Sedikit carrot - potong dadu
1 biji telur - dikacau
1 biji bawang besar - dicincang
3 ulas bawang putih - dicincang
4 -5 biji cili api  merah - hiris halus
Segenggam ikan bilis - cuci dan tumbuk kasar
1/4 kuib pati ikan bilis
Garam secukupnya

Cara-cara :
Panaskan minyak.
Tumis bawang besar, bawang putih, cilicapi dan ikan bilis tumbuk. Gaul rata.
Masukkan telur dan gaul hingga telur masak.
Masukkan nasi dan kiub pati ikan bilis. Gaul nasi hingga rata.
Perasakan garam secukupnya. Sedia dihidang.



Monday, April 21, 2014

Ungkep Ayam



UNGKEP AYAM
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1 ekor ayam - dipotong
3 batang serai - dititik
2 keping asam gelugur
Garam dan gula secukupnya
8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 1/2 in halia*
1 in lengkuas*
1 in kunyit*
4 biji buah keras*
10 biji cili api* - tambah jika ingin pedas
2 sudu besar ketumbar*
1 sudu makan jintan manis*
1 sudu makan jintan putih* - semua bahan dikisar

Cara-cara :
Ayam dibersihkan dan dipotong ikut suka.
Satukan kesemua bahan kedalam kuali kecuali garam dan gula.
Masukkan sedikit air dan kacau hingga masak.
Perasakan garam dan gula secukupnya.Tutupkan sebentar supaya ayam masak rata.
Kacau hingga pekat.
Sedia dihidang.


Sunday, April 20, 2014

Kek Coklat Moist





KEK COKLAT MOIST
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
Bahan A
80 gm koko
1 tin susu cair
250 gm susu pekat
250 gm gula perang
200 gm minyak jagung

Semua bahan A disatukadan dimasak diatas api perlahan.
Kacau sehingga semua bahan larut dan tidak perlu mendidih.

Bahan B
4 biji telur

Telur dipukul hingga kembang.
Masukkan adunan A sambil dipukul rata.

Bahan C
170 gm tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
1/2 sudu teh soda bikarbonat* - diayak
1/2 sudu teh garam

Masukkan tepung sedikit demi sedikit kedalam adunan tadi sambil dikacau dengan menggunakan spatula hingga semua bahan larut dan sebati.

Panaskan pengukus.
Masukkan adunan kek ke dalam loyang 9" bulat yang disapu sedikit butter.
Tutup adunan dengan menggunakan aluminium foil.
Kukus adunan kek selama 1 jam - masak.
Sejukkan dahuklu baru dipotong.
Hias kek mengikut cita rasa sendiri.

Lapisan cheese krim
150 gm cheese cream
30 gm mentega
60 gm gula icing
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh pes lemon

Pukul chees krim dan gula icing hingga kembang.
Masukkan mentega, esen vanila dan pes lemon dan pukul sebati.

Topping coklat :
100 mi whipping cream
300 gm coklat masakan
25 gm butter

Semua bahan dimasak dengan menggunakan double boiler.
Kacau adunan hingga larut dan sebati.





Ikan Cencaru Bakar Berempah



IKAN CENCARU BAKAR BEREMPAH
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
3 ekor ikan cencaru besar - dibersihkan
Daun pisang - secukupnya
8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 in halia*
1 in lengkuas*
4 batang serai* - semua bahan dikisar
5 sudu besar cili kisar
3 sudu besar rempah kari ikan
1 helai daun kunyit - dihiris
2 helai daun limau purut - dihiris
1 sudu kecil pes asam jawa ADABI
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara :
Ikan dibersihkan dan dibelah belakang.
Daun pisang dibersihkan.
Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan rempah kari dan kacau rata.
Masukkan pes asam jawa.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Masukkan daun kunyit dan daun limau dan kacau. Tutup api.
Masukkan rempah keatas ikan hingga rata dan balut bersama daun pisang.
Susun diatas loyang yang dialas dengan aluminium foil. Titiskan sedikit minyak keatas ikan.
Bakar hingga ikan masak.
Sedia dihidang.



Thursday, April 17, 2014

Ikan Pari Masak Sambal Tempoyak



IKAN PARI MASAK SAMBAL TEMPOYAK
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
7 ketul ikan pari*
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam* semua bahan disatukan
1 biji bawang besar - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
5 biji cili merah*
5 biji ciliapi*
Sedikit belacan* - dikisar
2 sudu besar tempoyak
1 helai daun limau purut - dihiris
Garam dan gula secukupnya
Limau nipis- ambil jus

Cara-cara :
Ikan yang diperap bersama serbuk kunyit dan garam digoreng hingga masak.
Angkat dan toskan.
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
Masukkan cili kisar dan masak hingga garing.
Masukkan tempoyak dan kacau.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Masukkan ikan dan daun limau. Kacau rata.
Perahkan sedikit limau diatas sambal.
Sedia dihidang.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...