JEMPUT-JEMPUT PISANG
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
1 cawan pisang lecek
2 sudu makan gula
1 sudu teh garam
1 1/4 cawan tepung gandum*
1/2 sudu teh soda bikarbonat* - bahan* disatukan
Cara-cara :
Pisang lecek disatukan bersama gula. Gaul hingga gula hancur.
Masukkan tepung, soda bikarbonat dan garam.
Gaul semua hingga sebati.
Biarkan adunan dalam 15 - 20 minit baru digoreng.
Panaskan minyak dan jemput-jemputkan dengan menggunakan jari dan masak hingga kekuningan. Angkat.
Sedia dihidang
Dapat 3 ketul jemput-jemput pisang bolat ni...kenyang!
ReplyDeleteas-salam
ReplyDeletekasilah sikit nak rasa jemput2 pisang tu kak..