Friday, August 29, 2014

Laksa Johor



Assalamualaikum semua dan selamat pagi..

Selamat bersarapan untuk semua.. Laksa Johor menjadi pilihan menu hari ini.. kepada yang tidak pernah membuatnya terasa payah penyediaannya.. tapi pada saya mudah kerana kerap juga membuatnya untuk keluarga dan rakan-rakan..
Laksa ini juga berasal dar Johor tapi sekarang makanan ini sudah menjadi kebiasaan untuk dari mana2 negeri..  Kebanyak sekarang ramai yang menyediakan menu ini untuk majlis perayaan dll.. Jom lihat resepi dari saya ini..

LAKSA JOHOR
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1 bungkus spaghetti - direbus empuk dan toskan
2 batang timun - buang kulit dan sagat
1 mangkuk taugeh
2 biji bawang besar - dihiris
Daun kesum
Daun selasih
Limau  kasturi
Lobak jeruk - dicincang

Bahan untuk kuah :
1 1/2 kg  tenggiri - direbus
10 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 in halia*
1 in lengkuas*
2 sudu besar ketumbar*
3 sudu besar udang kering *
3 batang serai* - semua bahan* dikisar halus
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar kerisik
1 cawan rempah kari
4 keping asam gelugur
Santan secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sedikit daun keson
1 batang bunga kantan

Cara-cara :
Ikan direbus diambil isinya dan kisar. Ketepikan.
Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan rempah kari. kacau hingga naik minyak.
Masukkan santan, sedikit daun kesu, bunga kantan dan asam gelugur. Masak dan kacau hingga mendidih.
Masukkan kerisik, garam dan gula.
Sedia dihidang.

Hidangkan bersama ulam-ulaman dan sambal belacan yang telah disediakan tadi.






Tuesday, August 19, 2014

Brokoli Masak Sos Tiram



BROKOLI MASAK SOS TIRAM
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
300 gm brokoli - dipotong
1 batang lobak merah - potong serong
200 gm isi ayam - dihiris
1 biji bawang merah - dicincang
4 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap manis
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dgn sedikit air
1 cawan air
1/2 sudu kecil gula
Garam secukupmya

Cara-cara :
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan ayam dan tumis hingga masak. Tuang sedikit air.
Masukkan serbuk lada hitam.
Masukkan carrot dan brokoli.
Masukkan sos tiram dan kicap manis.
Tuang air dan tepung jagung yang dibancuh.
Perasak garam dan gula secukupnya. Gaul rata.
Taburkan sedikir bawang goreng.
Sedia dihidang.



Monday, August 18, 2014

Paceri Telur



ACAR TELUR
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
8 biji telur
1 biji cili merah - potong panjang
1 biji cili hijau - potong panjang
2 pelepah daun kari
1 biji bawang besar - hiris
5 biji biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 in halia*
2 sudu besar udang kering* - semua bahan*dikisar
2 camca besar rempah kari
1 camca besar cili kisar
Rempah penumis - kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga
1 sudu kecil pes asam jawa ADABI
1 sudu besar kerisik
1/2 cawan santan
1 cawan air
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara :
Panaskan mimyak dan goreng telur hingga permukaaan telur sedikit perang. Angkat dan toskan.
Tumis rempah penumis, bawang besar dan daun kari hingga layu.
Masukkan bahan kisar, rempah kari dan cili kisar. Tumis hingga naik minyak.
Masukkan air, santan dan pes asam jawa ADABI.
Perasakan kerisik, garam dan gula secukupnya. Kacau.
Masukkan telur dan cili potong. Gaul rata dan mendidih.
Angkat dan hidangkan.



Saturday, August 16, 2014

Nasi Dagang, Gulai Ikan Tongkol, Sambal Udang Petai & Acar



Nasi Dagang, Gulai Ikan Tongkol, Sambal Udang Petai & Acar
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Nasi Dagang - (8 orang)
Bahan-bahan :
5 cawan beras siam wangi - direndam 4 jam dan toskan
6 biji bawang merah - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
2 in halia - dihiris
2 sudu besar halba
3 cawan santan pekat
3 cawan santan cair
Garam secukupnya

Cara-cara :
Panaskan pengukus.
Masukkan beras dan santan cair kedalam bekas. Kukus hinggan separuh masak.
Angkat beras dan masukkan bawang, halba dan garam. Masukkan santan pekat dan gaul rata.
Kukus sekali lagi hingga nasi betul2 masak dan lembut.
Sedia dihidang.




GULAI IKAN TONGKOL
Bahan-bahan :
2 ekor ikan tongkol
12 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 1/2 in halia*
1 in lengkuas*
2 in kunyit* - semua bahan dikisar
2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan sebuk jintan manis
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar kerisik
3 keping asam gelugur
3 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
Garam dan bgula secukupnya

Cara-cara :
Tumis semua bahan yang dikisar hingga masak.
Masukkan cili kisar, rempah kari, serbuk ketumbar dan serbuk jintan. masak hingga naik minyak.
Masukkan santan.
Masukka kerisik dan asam gelugur.
Masak kuah hingga mendidih dan masukkan ikan dan cili potong.
Perasakan garam dan gula secukupnya.



SAMBAL UDANG PETAI

Bahan-bahan :
800 gm udang - dibersihkan
4 papan petai
2 biji bawang besar - dihiris
1 sudu kecil pes asam jawa ADABI
2 in belacan
1 cawan cili kisar
Garam dan gula secukupnya

Tumis bawang besar hingga layu.
Masukkan belacan dan cili kisar.
Masak hingga garing.
Masukkan pes asam jawa, garam dan gula secukupnya.
Masuk udang gaul hingga udang masak.

ACAR TIMUN DAN LOBAK MERAH

2 batan timun - dihiris
1 batang lobak merah - dihiris
2 biji cili merah - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
Sedikit cuka
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara :
Gaul semuan bahan dan perasakan garam, cuka dan gula secukupnya.


Friday, August 15, 2014

Kuey Teow Goreng Udang


Menu untuk makan malam.. ringkas dan mudah.. sedap dimakan panas2.. Jom layan..

KUEY TEOW GORENG UDANG
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
500 gm kuey teow - dibersihkan
1 mangkuk taugeh
Daun kucai - secukupnya
1 biji telur - dikacau
300 gm udang
1 biji bawang besar - dicincang
4 ulas bawang putih - tumbuk kasar
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
Kicap manis secukupnya

Cara-cara :
Tumis bawang besar dan bawang putih.
Masukkan cili kisar, sos cili dan sos tiram dan gaul.
Masukkan udang dan kacau hingga udang masak. Pecahkan telur dan gaul hingga telur masak.
Masukkan kuey teow dan gaul rata.
Tuangkan kicap secukupnya.
Masukkan kucai dan taugeh dan gaul rata. Tutup api.
Sedia dihidang.



Monday, August 11, 2014

Daging Masak Beryani




DAGING MASAK BERYANI
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1 1/2 kg daging - potong kecil
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 1/2 in halia*
6 biji cili hijau*
3/4 cawan rempah beryani
Rempah tumis - kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga
1 pokok daun ketumbar
2 tangkai daun pudina
2 biji tomato - dipotong kasar
3/4 cawan sos cili
2 sudu besar tomato puree
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan bawang goreng
1/2 cawan kismis
Gajus goreng - jika suka
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara :
Tumis bahan yang dikisar dan rempah tumis hingga wangi.
Masukkan rempah beryani dan sedikit hingga masak hingga wangi.
Masukkan tomato, daun pudina dan daun ketumbar.
Masukjkan daging dan gaul rata. Tuang sedikit air masak hingga mendidih.
Masukkan sos cili dan tomato puree dan masak daging hingga empuk.
Tuangkan cili sos, tomato puree dan susu cair.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Masukkan susu cair dan bawang goreng..
Bila daging empuk dan kuah agak pekat masukkan kismis dan biji gajus.
Sedia dihidang.



Nasi Beryani





NASI BERYANI
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
4 cawan beras Basmathi - direndam 1/2 jam dan toskan
6 biji bawang merah dihiris
3 ulas bawang puith - dihiris
1 in halia - dihiris
2 sudu makan rempah beryani
1 pokok daun ketumbar
2 helai daun pandan
2 batang serai - dititik
2 batang cili hijau - dipatahkan 3
1/2 cawan kismis
1 cawan biji gajus - digoreng
Rempah penumis - kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga
3 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak jagung
5 cawan air
1/2  cawan susu cair
Garam dan sedikit gula - secukupnya
Pewarna kuning - jika suka

Cara-cara :
Panaskan minyak dan minyak sapi.
Masukkan bahan penumis, daun pandan, serai, daun ketumbar, cili hijau dan semua bahan yang dihiris. Kacau.
Masukkan rempah beryani dan kacau rata.
Tuangkan air serta susu cair. Perasakan garam dan sedikit gula secukupnya.
Masukkan beras dan biar hingga nasi masak.
Masukkan kismis dan gajus kacau rata.



Friday, August 08, 2014

Sambal Goreng Pengantin



SAMBAL GORENG PENGANTIN
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1 kg daging*
500 gm paru*
200 gm hati* - semua * bahan direbus empuk
2 biji bawang besar - dihiris halus
4 batang serai - dihiris halus
12 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*
2 1/2 in halia*
2 in lengkuas*
6 biji buah keras* - dikisar halus
3 biji cili merah*
3 biji cili hijau*
10 biji cili api* - semua bahan* dihiris halus
1 cawan cili kisar
Sedikit belacan
3 cawan santan pekat
2 cawan air @ secukupnya
2 sudu kecil pes asam jawa (ADABI)
1 cawan bawang goreng
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara :
Daging, paru dan hati yang telah direbus empuk dipotong dadu. Kemudian digoreng kering.
Tumis bawang besar dan serai hingga wangi.
Masukkan bahan yang dikisar dan cili kisar dan masak hingga garing.
Masukkan daging, paru dan hati dan gaul rata.
Masukkan sedikit air dan masak hingga rata.
Masukkan santan dan gaul.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Gaul hingga kuahnya agak pekat dan semua bahan sebati.
Masukkan bawang goreng. Gaul rata.
Sedia dihidang.




Wednesday, August 06, 2014

Biskut Dahlia




BISKUT DAHLIA
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Sumber : Mat Gebu

Bahan-bahan :
300 gm mentega
140 gm gula aising
2 biji kuning telur
1 sudu teh vanila
240 gm tepung gandum*
100 gm tepung jagung*
160 gm tepung kastard* - ayak sama

Cara-cara :
Putar mentega dan gula aising hingga berkrim.
Masukkan kuning telur dan esen vanila putar hingga kembang.
Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan lembut dan mudah ditekan.
Masukkan doh kedalam alat penekan biskut dahlia dan tekan keatas loyang hingga habis.
Hiaskan dengan ceri merah.
Bakar selama 15 - 20 minit dengan kepanasan 175C.
Sejukkan dulu biskut baru disimpan kedalam bekas kedap udara.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...