Monday, January 28, 2013
Spaghetti Goreng Berdaging
Assalamualaikum semua..
Sudah agak lama juga saya tidak bersiaran di Blog Rempah Ratus ni.. disebabkan tugas yang terlalu sibuk dan menjaga anak yang baru kemalangan.. Hari ini memandangkan ada tetamu hendak datang dan hari cuti, saya menyediakan spaghetti yang simple untuk dijamu.. Jika ingin mencuba lihat resepi yang ringkas dari saya di bawah ini..
SPAGHETTI GORENG BERDAGING
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
1 bungkus spaghetti - direbus dan tos
400 gm daging cincang
1 bungkus (10 btg) sausage - dihiris
1 biji cili capsicum merah - dihiris
1 biji capsicum hijau - dihiris
2 pokok daun ketumbar - dihiris
2 biji bawang holland - dicincang
6 ulas bawang putih - dicincang
3 sudu besar cili kisar
300 gm sos spaghetti tomato PREGO
5 sudu besar sos cili
Garam dan sedikit gula secukupnya
Cara-cara :
Tumis semua bahan yang dicincang hingga layu.
Masukkan cilikisar dan kacau hingga masak.
Masukkan daging cincang dan sausage. Kacau hingga daging masak.
Masukkan sos spaghetti dan sos cili. Perasakan garam dan sedikit gula.
Tuang spaghetti yang direbus, cili capsicum dan daun ketumbar. Kacau hingga sebati.
Sedia dihidang.
Monday, January 07, 2013
Sambal Goreng Jawa
SAMBAL GORENG JAWA
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
2 bungkus tempe - dipotong dadu
3 keping tauhu - dipotong dadu
3 papan petai
8 tangkai kacang panjang - dihiris serong
1 bungkus tauhu kering dan soon
300 gm udang sederhana besar
10 biji ciliapi - dihiris
2 biji cilimerah - dihiris
1 sudu kecil pes asam jawa Adabi
3/4 cawan santan pati santan
Sedikit air
Garam dan gula secukupnya
Bahan yang dikisar :
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 in halia
4 biji buah keras
2 btg serai
1 biji cili merah
Sedikit udang kering
Sedikit ikan bilis
Cara-cara :
Tauhu dan tempe digoreng hingga kekuningan. Ketepikan.
Tumis bahan yang dikisar hingga garing.
Masukkan santan dan sedikit air. Kacau sebati.
Masukkan pes asam jawa, garam dan sedikit gula.
Masukkan udang dan biar udang masak.
Masukkan semua sayuran, soon, tauhu kering dan bahan yang digoreng.
Gaul sebati hingga sebati dan kering.
Sedia dihidang.
Sunday, January 06, 2013
Ketam Goreng Bercili
Assalamualaikum & selamat tengahari semua..
Ketam Goreng Bercili.. menu untuk tengahari ini.. selalu masak lemak hari ini saya goreng bercili pula.. sedap dengan rasa pedas dan manis... isi ketam yang manis membuatkan sedap dibuat ratah sahaja..
KETAM GORENG BERCILI
Bahan-bahan :
6 ekor ketam
Sedikit garam dan kunyit
2 sudu besar tepung beras
1 pokok daun ketumbar - dihiris
1 sudu makan sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu makan cilikisar
2 sudu makan cuka
2 biji bawang besar dicincang
10 biji cili merah*
4 ulas bawang putih*
1 in halia* - semua bahan*dikisar
Garam dan gula secukupnya
Sedikit air
Cara-cara :
Ketam dibersihkan dan dilumur dengan kunyit dan garam. Masukkan tepung beras dan gaul sebati.
Panaskan minyak dan goreng ketam tersebut hingga garing.
Tumis bawang besar, cili kisar dan bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan semua sos, cuka, garam dan gula secukupnya.
Tuang sedikit air jika terlalu pekat.
Masukkan ketam dan gaul rata.
Masukkan daun ketumbar.
Sedia dihidang.
Saturday, January 05, 2013
Sup Tulang
SUP TULANG
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
1 1/2 kg tulang berdaging
1/2 kg daging
1 biji bawang besar dihiris kasar
6 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 in halia*
2 sudu besar ketumbar* - semua bahan*dikisar
3 sudu besar rempah sup
2 bunjut rempah sup tulang
1 sudu teh serbuk lada putih
Air secukupnya
Garam secukupnya
1 pokok daun ketumbar
Bawang goreng secukupnya
2 biji tomato
Limau nipis
Cara-cara :
Tulang, daging dan bunjut sup tulang direbus hingga empuk.
Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi. Masukkan rempah sup dan kacau rata.
Tuang kedalam rebusan tulang.
Masukan garam secukup rasa dan serbuk lada putih. Tuang air jika perlu.
Masukkan daun ketumbar dan bawang goreng.
Sedia dihidang.
Perah sedikit air limau nipis jika ingin sup masam,
Serimuka Durian
SERIMUKA DURIAN
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan untuk bhg bawah :
2 1/2 cawan beras pulut - direndam 2 jam
Santan paras pulut
Sedikit garam
Panaskan pengukus.
Pulut yang direndam ditoskan.
Kukus pulut dan masukkan santan paras pulut dan sedikit garam hingga lembut.
Angkat dan gaul sebati.
Masukkan pulut kedalam loyang 9x9 yang dialas plastik. Tekan-tekankan hingga rata. Biarkan sebentar.
Bahan untuk bhg atas :
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1 cawan isi durian
2 1/2 cawan santan
2 biji telur
1 cawan gula
1 helai daun pandan
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning
Semua bahan disatukan dan gaul hingga larut. Tapiskan.
Tuang kedalam periuk dan kacau diatas api perlahan hingga naik wap dan sedikit pekat.
Tuang adunan diatas pulut yang ditekan dan kukus hingga masak dalam 20 min.
Sejukkan dahulu baru dipotong.
Subscribe to:
Posts (Atom)