Saturday, September 15, 2012

Rendang Ayam Tua



Assalamualaikum dan selamat malam..

Rendang Ayam Tua.. hari ni masak rendang ayam tua yang lama ayam tu berada dalam peti sejuk.. belum ada masa sebelum ni.. nak masak ayam tua ni makan masa juga la nak tunggu empuk.. tu asyik tertangguh je nak masak.. Resepi dibawah untuk 2 ekor ayam..

Rendang Ayam Tua
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan:
2 ekor ayam tua dipotong
1 helai daun kunyit - disiat
2 helai daun limau purut dihiris
2 keping asam gelugur
4 sudu besar kerisik
4 sudu besar cili kisar
1 sudu besar rempah kari
Santan secukupnya
12 biji bawang merah*
6 biji bawang putih*
2 in halia*
1 1/2 in lengkuas*
1 1/2 in kunyit*
6 btg serai*
6 biji buah keras*
2 sudu besar ketumbar*
1 sudu besar jintan manis* (Semua bahan dikisar halus)

Cara-cara:
Masukkn bahan yang dikisar, cili kisar, rempah kari dan ayam didalam kuali.
Masukkan sedikit air dan masak hingga ayam kecut.
Masukkan santan, asam gelugur dan kerisik.
Perasakan garam dan gula secukupnya. Masak hingga ayam empuk dan kuah agak kering.
Masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
Sedia dihidang.

Friday, September 14, 2012

Bubur Nasi Berdaging



Assalamualaikum semua..

Bubur Nasi Berdaging.. menu tengahari.. ubah selera selalu makan nasi.. saya hidangkan bubur nasi pula, makanan tak kira orang sakit atau sihat pun selera kalau nikamti bubur nasi berdaging ini.. Selalu juga saya membuatnya untuk keluarga kerana semua mengemarinya..

Bubur Nasi Berdaging
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan:
2 cawan beras dicuci
400 gm daging dicincang
Air secukupnya
5 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 in halia* ( Semua bahan dikisar)
Rempah tumis
2 sudu makan rempah sup
1 kiub daging
2 sudu besar bawang goreng
1/4 cawan kacang dhal dicuci
1/2 batang carrot dipotong dadu
Daun sup & bawang secukupnya
Garam secukupnya

Cara-cara:
Tumis bahan-bahan yang dikisar dan rempah tumis hingga wangi kemudian masukkan rempah sup.
Masukkan daging yang dicincang. Tuang air secukupnya.
Masukkan beras dan kacang dhal biar hingga masak sambil selalu dikacau.
Masukkan kiub daging, carrot, bawang goreng dan daun sup serta daun bawang. Kacau rata dan menjadi bubur yang dikehendaki.
Sedia dihidang. Tabur sekali lagi daun sup dan bawang goreng.

Thursday, September 13, 2012

Pancake Pisang



Assalamualaikum dan selamat pagi..

Pancake Pisang.. sesuai untuk minum pagi atau petang.. lembut dan lemak manis rasanya.. pasti anak2 mengemarinya.. Jom kita lihat resepinya..

Pancake Pisang
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan:
3 cawan tepung naik sendiri
1 biji telur
1 biji pisang dilenyek
1/4 cawan gula
1/4 cawan minyak jagung
2 1/2 cawan susu segar
5 biji pisang dihiris
Sedikit garam

Cara-cara:
Semua bahan disatukan kecuali susu segar dan pisang hiris. Gaul rata.
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit.
Dengan menggunakan whisk kacau hingga adunan menjadi halus. Biar adunan dalam 15 minit.
Panaskan kuali yang tidak melekat dan tuang sesenduk adunan pancake.
Letakkan hirisan pisang dan balik2kan sehingga pancake masak.
Sedia dihidang.


Wednesday, September 12, 2012

Biskut Kacang Mazola



Biskut Kacang Mazola.. biskut yang paling saya gemar.. senang, mudah dan tidak menggunakan banyak bahan..

Biskut Kacang Mazola
Dari dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan:
750 gm tepung gandum - diayak
600 gm kacang tanah
2 1/4 cawan gula castor
2 cawan minyak jagung Mazola ( + - )
Sedikit garam

Cara-cara:
Kacang tanah dibakar dahulu kemudian sejukkan kemudian dikisar.
Masukkan tepung, kacang tanah yang dikisar, gula castor dan sedikit garam. Gaul rata.
Masukkan sedikit demi sedikit minyak mazola hingga adunan menjadi doh. Perap dalam 1/2 jam.
Bulat2kan atau menggunakan acuan untuk membentuknya.
Letakkan kacang diatas biskut dan sapu kuning telur.
Bakar dalam kepanasan 170C selama 20 min.
Sejukkan dahulu baru masukkan kedalam bekas kedap udara.



Laksa Goreng Tomyam



Assalamualaikum semua dan selamat pagi..

Laksa Goreng Tomyam.. menu sarapan kami sekeluarga.. selalu goreng mee atau meehoon kali ini beri kelainan pulak goreng laksa.. lebih sedap dari mee kuning.. kalau ingin mencuba lihat resepi dari saya ni..

Laksa Goreng Tomyam
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1 kg laksa basah
300 gm isi ayam dihiris
200 gm kobis dihiris halus
1 kuntum bunga kantan dihiris
1 helai daun limau purut dihiris
5 biji cili api dihiris
Daun salad dihiris
4 biji bawang merah*
4 biji bawang putih*
2 sudu makan udang kering* (Semua bahan dikisar)
2 sudu besar cili kisar
3 sudu makan pes tomyam
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos ikan
3 sudu besar sos thai
2 sudu makan jus limau nipis
Garam secukupnya

Cara-cara :
Laksa dicuci dan toskan. Ketepikan.
Tumis bahan yang dikisar  dan cili kisar hingga wangi. Letak isi ayam dan gaul hingga ayam masak.
Masukkan pes tomyam, semua bahan sos dan kicap. Perasakan sedikit garam.
Masukkan laksa dan kobis yang dihiris dan perah jus limau. Gaul sebati.
Masukkan semua bahan sayuran yang dihirs dan gaul rata. Tutup api.
Sedia dihidang.


Tuesday, September 11, 2012

Masak Lemak Nenas & Ikan Masin


Assalamualaikum semua..

Masak Lemak Nenas & Ikan masin.. menu tengahari tadi.. sudah lama juga tak makan masakan macam ni.. lebih2 lagi digandingkan dengan sambal belacan dan sedikit ulam.. memang menyelerakan.. Jom lihat resepi yang mudah dan senang disediakan..

Masak Lemak Nenas & IkanMasin
Dari Dapur : Zalinah & Rempah Ratus

Bahan-bahan:
1 biji nenas sederhana kecil dipotong
Ikan masin - ikut suka
1 helai daun kunyit
2 btg serai dititik
1 keping asam gelugur
4 cawan santan
Sedikit garam & gula
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 in kunyit*
Sedikit ikan bilis* anggaran 2 sudu makan
6 biji cili api merah*
1 in kunyit* (Semua bahan* ditumbuk halus)

Cara-cara:
Masukkan santan kedalam periuk.
Masukkan bahan yang ditumbuk sambil kacau diatas api perlahan.
Masukkan ikan masin, asam keping, serai dan nenas. Perasakan garam dan gula secukupnya.
Masukkan daun kunyit sambil kacau hingga mendidih.
Sedia dihidang.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...