Assalamualaikum semua.. salam Jumaat yang indah ini..
Tengahari ni masak simple jer.. ada hal nak diuruskan sekejap lagi.. Sup Ayam Pedas Masam..
Suka sangat sup ni.. terasa pedas cili api dan masam jus limau purut.. selalu jugak saya buat sup ni.. Hanya rebus semua bahan2 yang ada.. tidak payah menumisnya..
Jom tengok resepi yg simple ni...
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam dipotong kecil
1 biji bawang holland dihiris kasar
1 inci halia dihiris halus
4 ulas bawang putih dihiris halus
7 biji cili api diketuk
1/2 sudu teh lada hitam tumbuk
1 sudu kecil rempah sup
1 kiub pati ayam
3 biji limau nipis ambil jusnya
2 biji kentang dipotong 6
1 batang carrot dipotong serong
Air secukupnya
Hirisan daun sup
Bawang goreng
Cara-cara:
Semua bahan disatukan dan dimasak hingga ayam, carrot dan kentang empuk.
Rasa garam secukupnya.
Masukkan jus limau.
Bila didih dan masak taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup.
Sedia dihidang.
Salam zalina.Makan sup panas-panas ,pedas dan masam.emmm sedapnya
ReplyDeleteCara tradisional ni...sedap!
ReplyDeletei suka soup. tapi saya tak boleh makan yg cam ni..
ReplyDeleteboleh kena heart burn..
sedapnye resepi ni..bole cuba buat ni..:-)
ReplyDelete