Seharian saya selalu begitu sibuk jer.. masak pun ala kadar.. semenjak dua menjak ni.. tapi hari ni teringin pulak nak makan mee hoon sup utara.. lagipun cuaca panas kalau dpt menghirup sup mmg segar sekali..
Mee hoon sup ni saya ikut citarasa dan kesedapan saya sendiri.. boleh tahan sedap.. anak2 pun semua suka..
.
Ikutkan mee sup utara ni tak banyak bahan2 lain utk dimakan bersama sup.. tapi saya sediakan bahan2 yg disukai keluarga.. Jom intai resepi saya ni..
Bahan-bahan utk sup-
1 kg daging bercampur sedikit lemak
1/2 kg tulang
6 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 inci halia*
1 sudu makan lada hitam* ( Semua bahan*dikisar)
Rempah tumis
1 1/2 inci lengkuas dititik
2 bungkus sup bunjut
1 sudu besar rempah sup
Air secukupnya
Garam secukupnya
Bawang goreng
Daun sup & daun bawang
Cara-cara-
Tumis bahan yang dikisar, rempah tumis dan rempah sup hingga wangi.
Masukkan air, daging dan tulang, rebus hingga daging empuk.
Masukkan garam secukupnya.
Jika kurang air tambah lagi.
Masukkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
Bahan-bahan lain-
1 bungkus mee hoon direndam dgn sedikit serbuk kunyit.
Celur dan toskan.
Daging dihiris nipis
Taugeh
Limau kasturi
Lobak jeruk dicincang
Bawang goreng
Daun sup & daun bawang
Sos sambal-
1 cawan cili kisar
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan cuka
4 ulas bawang putih ditumbuk halus
Garam dan gula secukupnya
Semua bahan disatukan dan dimasak. Jika dimakan dgn cili jeruk pun sedap.
Sedap bihun sup tu , campur sambal lebih mesti...ummmm
ReplyDeletesalam ziarah..sudilah kiranye tumpangkan link di blog list anda.....Blog anda dah disediakan D DAPUR >>> Ucu Bakery....TQ
sedapnya kakak..memang bihun sup utara lah..bukan ala-ala lagi :)
ReplyDeleteSalam... rindunya nak makan... kalau dulu selalu beli kat pasar malam Jalan Putra...
ReplyDelete