Friday, August 05, 2016

Macaroni Goreng



Macaroni Goreng
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

2 cawan macaroni direbus dan tos
1 batang carrot dipotong dadu
2 biji tomato dipotong dadu
1 tin cendawan butang dihiris
Sedikit daun ketumbar dihiris
1 biji bawang besar dicincang
3 ulas bawang putih dicincang
1 cawan daging cincang
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar cili sos
3 sudu besar sos Prego
Minyak zaitun untuk menumis

Cara-cara :
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan pes cili kisar dan kacau.
Masukkan daging cincang dan  kacau hingga daging masak.
Masukkan carrot dan cendawan butang, sos cili dan sos prego.
Tuangkan macaroni dan daun ketumbar gaul sebati.
Perasakan garam secukupnya.
Sedia dihidang.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...