Saturday, November 17, 2012
Soto Daging & Tulang
Soto Daging & Tulang.. menu tengahari.. lama juga tak makan soto daging bercampur tulang ni.. hari minggu begini baru dapat membuatnya kerana semua ada di rumah.. lagipun dengan keadaan cuaca hujan ini sedap dan nyaman rasanya dapat menghirup sup panas..
SOTO DAGING & TULANG
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan untuk kuah soto :
1 kg daging
1 kg tulang berdaging
1 biji bawang besar - dihiris
8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 in halia*
1 in lengkuas*
1 sudu besar ketumbar*
4 biji buah keras* - semua bahan dikisar
2 sudu besar rempah soto
4 batang serai - diketuk
Rempah tumis - 4 sekawan
1 bungkus sup bunjut
Air secukupnya
Garam secukupnya
Bahan-bahan lain :
Nasi impit
Taugeh
Carrot disagat
Daun sup & bawang
Bawang goreng
Limau nipis
Cili kicap
Cara-cara :
Tumis bahan yang dikisar dan rempah ratus hingga wangi. Masukkan serai dan rempah soto.
Tuang air secukupnya.
Masukkan sup bunjut, daging dan tulang. Perasakan garam secukupnya.
Masak hingga daging empuk. Angkat daging dan potong nipis untuk dimakan bersama nasi impit.
Masukkan sedikit daun bawang, daun sup dan bawang goreng kedalam kuah soto.
Sedia dihidang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sedapnya! sesuai betullah hirup kuah sooto daging tulang time hujan gini....
ReplyDeletesedapnya soto, akak mmg suka sngt soto, hari-hari mkn pun tak per.., suka tengok hasil tangan lina cntik2 kueh-muehnya, menjadi sangat..
ReplyDeleteYummy
ReplyDelete