Friday, June 10, 2011

Kaswi Pandan


Assalamualaikum..

Sekejap jer dah hari Jumaat.. dua hari lagi anak2 akan kembali kesekolah.. begitu sekejap masa berlalu.. dua minggu bercuti pun banyak kerja sekolah yang perlu diaorang buat.. Alhamdulillah dapat juga habiskan kerja yg diberi cikgu..

Ok la.. Menu untuk pagi saya menyediakan Kaswi Pandan.. sedap dan terasa perasa jus pandan.. selalunya kita makan kaswi gula merah.. hari ini kita tukar selera pula perasa dari daun pandan..

Bahan-bahan-
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan air kapur
1 cawan gula
1 camca teh garam
6 cawan air jus pandan ( 10 helai daun pandan dikisar)
Sedikit perwarna pandan
Kelapa parut putih

Cara-cara-
Semua bahan disatukan kemudian dikisar. Tapis.
Masukkan kedalam periuk dan kacau diatas api hingga keluar wap. Tutup api.
Tuang kedalam acuan atau loyang.
Kukus jika dlm acuan kecil dalam 15 minit dan loyang dalam 20 minit hingga masak.
Sejukkan baru dikeluarkan dari acuan atau dipotong.
Sedia dihidang dengan kelapa parut putih.

1 comment:

  1. Salam Kak..Wahhhh menarik gak ni bila sesekali ubah dia nye flavor kannnn....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...