Assalamualaikum semua..
Sudah sarapan ke semua? Pagi ni saya menyediakan Macaroni Goreng Blackpaper.. berat sikit la utk pagi ni kerana utk tengahari lewat sikit ke dapur.. ada urusan sikit hari ini.. nnti tak la anak2 kelaparan sementara saya masak utk lunch nnti..
Bahan-bahannya-
500 gm macaroni
3 biji bawang besar diotong dadu
6 ulas bawang putih*
1 sudu makan jintan manis* ( Semua bahan*ditumbuk halus)
2 sudu makan lada hitam yg ditumbuk
2 sudu makan sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
500 gm daging cincang
1 tin cendawan butang dihiris
1/2 biji green capsicum dihiris
1/2 biji red capsicum dihiris
1/2 batang lobak dipotong panjang
Hirisan daun sup & daun bawang
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara-
Macaroni direbus hingga kembang. Tos dan ketepikan.
Tumis bawang besar, bawang putih, jinta dan lada hitam hingga wangi.
Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili. Kacau sebati.
Masukkan daging cincang dan kacau sehingga daging masak.
Masukkan macaroni, green capsicum, red capsicam dan carrot.
Kacau sebati dan masukkan garam dan sedikit gula. Rasa secukupnya.
Sedia dihidang dan tabur daun sup & daun bawang.
sedaonya..yaya nak try buat la ..ada macaroni kat rumah..tp kena beli daging cincang..
ReplyDelete