Tuesday, June 07, 2011

Nasi Lemak Pandan

Assaalamualaikum semua..

Sudah lama juga saya tidak bersiaran disini.. bukan apa ada hal yang tak dapat dielakkan.. baru balik dari Ipoh kerana ibu mertua saya meninggal dunia pada 3 Jun yang lepas.. mood untuk memasak pun malas jer.. Hari ini baru ada mood..
Nasi Lemak Pandan adalah menu saya sekeluarga untuk hari ini.. ringkas dan mudah bahan yang perlu disediakan.. dimakan bersama sambal tumis ikan bilis, ayam goreng berempah, timun dan telur rebus..


Bahan-bahan-
5 cawan beras dicuci dan toskan
2 cawan santan pekat
4 1/2 cawan air daun pandan
2 biji bawang besar*
4 biji bawang putih*
1 inci halia* ( Semua bahan*dihiris)
Rempah tumis
2 batang serai dititik
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk halus
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Cara-cara-
Beras yang telah dicuci dimasukkan kedalam rice cooker.
Tumis rempah tumis, bahan yang dihiris dan serai hingga wangi. Masukkan kedalam periuk nasi yang berisi beras.
Masukkan santan, air daun pandan, lada hitam tumbuk, daun pandan dan garam. Kacau sebentar.
Masak nasi seperti biasa.
Bila masak sedia dihidang.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...