Semoga hari Jumaat yang mulia ini dipenuh dengan keberkatan hendaknya.. segala kerja berjalan dengan lancar dan terurus.. hari ni saya sekeluarga makan laksa asam.. agak lama tak membuatnya.. ambil dari buku resepi koleksi saya.. kira agak senang gak.. main campak2 dan bahan semua direbus je.. ok la jom kita menjamu selera disini ye..
Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung direbus dan ambil isi*
10 tangkai cili kering*
8 biji bwang merah*
3 ulas bawang putih*
2 inci belacan* (semua bahan * dikisar halus)
2 batang serai diketuk
1 inci lengkuas diketuk
6 keping asam gelugur2 batang bunga kantan
Daun kesum ikut suka
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Bahan ulam-
Laksa dicelur
1 batang timun dipotong panjang
Nenas dipotong kecil
Daun salad
Limau kasturi dipotong 2
Bawang besar dihiris halus
Cili padi dihiris
Cili merah dihiris
Daun pudina
Cara-cara-
Rebus ikan dan ambil isinya kemudia dikisar bersama air rebusan ikan.
Kisar bahan-bahan untuk membuat kuah kemudian tuangkan kedalam periuk. Masukkan isi ikan dan tambah air dan masak hingga mendidih.
Masukkan garam dan sedikit gula ikut rasa. Biar mendidih dan sedikit pekat.
Ambil laksa dan bahan ulam kemudian tuangkan kuah asam laksa.
Hidangkan.
salam.....
ReplyDeletesinggah folo blog puan..**4
salam..
ReplyDeletesinggah sini dan dah jadi follower ke 5
suka baca blog masak memasak nie..boleh buat rujukan..