Bahan-bahan-
500 gm daging dipotong kecil
2 sudu makan kerisik
2 cawan santan pekat
2 sudu makan gula merah
2 keping asam gelugur
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Rempah tumis
Bahan yang dikisar
20 tangkai cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
7 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
Cara-cara-
Masukkan rempah tumis dan masak hingga wangi diikuti bahan yang dikisar.
Masukkan cili kisar dan rempah kari. Masak hingga garing.
Masukkan daging dan sedikit air biar daging empuk.
Masukkan santan, garam,gula merah dan kerisik.
Masak hingga pekat.
Hidangkan.
No comments:
Post a Comment