Assalamualaikum..
Pembuatannya tersangat senang.. kawan semua pun tahu kan.. Jom tengok resepi saya ni..
Bahan-bahan:
1 sisir pisang awak @ pisang abu
3 sudu besar tepung rangup ( saya pakai Adabi)
4 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
3/4 cawan air
Sedikit garam
Satukan semua tepung bersama air. Gaul sebati.
Masukkan sedikit garam.
Panaskan minyak untuk mengoreng.
Goreng sampai kekuningan.
Angkat dan toskan minyak.
Sediakan dihidang.
kak lina, goreng pisang dan sambal kicap...teringat nostalgia ketika mula2 makan semasa belajar di JB...
ReplyDelete** nak gelak pun ada, tapi sekarang kalau ada peluang nak makan lagi...dan dah boleh buat sendiri... :)
kak lina : kalau guna tepung adabi, wangi semacam aje baunya..pendek kata bau sampai ke rumah jiran sebelah. tapi kalau sy buat guna tepung ni pon sy akan campur lagi dengan tepung gandum n tepung beras sebab taknak serap minyak sangat.
ReplyDeleteCheq Sue..diJB makan mmg dgn sambal kicap.. kalau keledek grg dan keladi grg pun lg sedap.. ::
ReplyDeleteNuwairani.. kalau pakai tpg rangup sesaje tak sedap serap minyak sgt kan.. tu akak campur tpg lain.. lgpun lebih sedap.. kan