Saturday, July 02, 2011

Sup Ayam Berempah


Assalamualaikum semua..

Sup Ayam Berempah.. menu tengahari ni.. simple dan mudah disediakan.. fav seisi keluarga..
Cuaca panas skrg ni sedap menghirup sup.. terasa segar jer.. lagipun dua org anak saya demam tu masak sup kesukaan mereka.. selera sikit makan nanti..


Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong kecil
3 biji kentang dipotong kiub
1 batang carrot
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1 sudu makan ketumbar*
1 sudu kecil jintan manis*
1 sudu kecil lada hitam* ( Semua bahan *dikisar)
2 sudu makan rempah sup
Rempah tumis
1 kiub pati ayam
Air secukupnya
Garam
Daun ketumbar
Bawang goreng

Cara-cara:
Tumis bahan yang dikisar hingga wangi. masukkan rempah sup dan rempah tumis. Kacau.
Masukkan ayam, carrot dan kentang.
Bila ayam nampak kecut masukkan air secukupnya.
Masukkan garam dan biar ayam, kentang dan kentang empuk.
Masukkan bawang goreng dan daun ketumbar.
Sedia dihidang.


1 comment:

  1. Salam Lina...

    kak cek suka sgt sup2 ni...kalau tak de selera nak makan...dapat hirup2 suppun kira ok dah...slurp...slurp...emmm...sedapnya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...