Sunday, July 03, 2011

Pisang Goreng Rangup


Assalamualaikum..

Malam2 cam ni entry pisang goreng pulak. tadi tak sempat banyak sangat kerja yang hendak dibereskan.. petang tadi buat jugak kerana dah nak makan sangat.. saya jarang membeli pisang goreng.. selalunya banyak sangat minyak kalau beli.. buat sendiri lagi berbaloi.. pulak tu makan cicah dgn sambal kicap untuk menambahkan lagi kesedapannya..

Pembuatannya tersangat senang.. kawan semua pun tahu kan.. Jom tengok resepi saya ni..

Bahan-bahan:
1 sisir pisang awak @ pisang abu
3 sudu besar tepung rangup ( saya pakai Adabi)
4 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
3/4 cawan air
Sedikit garam

Satukan semua tepung bersama air. Gaul sebati.
Masukkan sedikit garam.
Panaskan minyak untuk mengoreng.
Goreng sampai kekuningan.
Angkat dan toskan minyak.
Sediakan dihidang.

3 comments:

  1. kak lina, goreng pisang dan sambal kicap...teringat nostalgia ketika mula2 makan semasa belajar di JB...
    ** nak gelak pun ada, tapi sekarang kalau ada peluang nak makan lagi...dan dah boleh buat sendiri... :)

    ReplyDelete
  2. kak lina : kalau guna tepung adabi, wangi semacam aje baunya..pendek kata bau sampai ke rumah jiran sebelah. tapi kalau sy buat guna tepung ni pon sy akan campur lagi dengan tepung gandum n tepung beras sebab taknak serap minyak sangat.

    ReplyDelete
  3. Cheq Sue..diJB makan mmg dgn sambal kicap.. kalau keledek grg dan keladi grg pun lg sedap.. ::


    Nuwairani.. kalau pakai tpg rangup sesaje tak sedap serap minyak sgt kan.. tu akak campur tpg lain.. lgpun lebih sedap.. kan

    ReplyDelete