Monday, October 20, 2014

Soto Ayam



SOTO AYAM
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan Untuk Kuah Sup
1 ekor ayam dibelah 4 - dibersihkan
8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 in halia*
4 biji buah keras*
1 sudu besar ketumbar *
1 sudu makan jintan manis* - semua bahan* dikisar
5 batang serai - dititik
4 sudu besar rempah soto / sup
Rempah penumis - kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga
1/2 cawan santan
Air secukupnya
Garam - secukupnya
Sedikit gula - bahan perasa

Bahan-bahan lain
Taugeh
Daun sup & daun bawang
Soon - digoreng
Kacang tanah - dogoreng
Coli kicap

Cara-cara :
Tumis bahan penumis dan semua bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan rempah soto dan gaul hingga rempah naik bau.
Masukkan air secukupnya dan santan
Masukkan ayam, serai dan lengkuas.
Masukkan garm dan gula dan biar mendidih.
Bila ayam masak angkat ayam dan ketepikan.
Kuah sup tadi dimasak hinggan mendidih dan masukkan sedikit daun sup/ bawang dan bawang goreng. Tutup api.
Siat-siatkan ayam dan masukk kedalam pinggan.
Hidangkan nasi empit dan letakkan bahan-bahannya.
Sedia dimakan.



2 comments:

  1. AsSalam Kak Zalinah,

    Terliur tengok soto ni maklumlah makanan kegemaran saya..

    Thank you Kak sbb sudi share resepi..

    ReplyDelete
  2. Gila bayang nanti saya ni ... adedeeehhh soto memang salah satu menu kegemaran saya! Sluurrrpppp! Habis 4-5 ketul pegedil!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...