Wednesday, November 20, 2013
Nasi Goreng Dan Ayam Goreng Madu
NASI GORENG DAN AYAM GORENG MADU
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan untuk nasi : (6 orang)
6-7 cawan nasi sejuk
1 biji bawang besar - dicincang
4 ulas bawang putih - dicincang
Ikan bilis secukupnya - ditumbuk
2 biji telur - dikacau
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos tiram
Garam secukupnya
Cara-cara ;
Tumis bawang hingga layu. masukkan ikan bilis dan cili kisar.
Masukkan sos tiram. Kacau rata.
Masukkan telur yang dikacau dan gaul hingga telur masak.
Masukkan nasi dan perasakan garam secukupnya. Gaul rata.
Bahan untuk ayam goreng :
6 ketul peha ayam - dibersihkan
4 ulas bawang putih*
1 in halia* bahan* ditumbuk lumat.
Sedikit serbuk kunyit.
1 sudu kecil lada hitam tumbuk
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar madu
Cara-cara ;
Satukan kesemua bahan bersama ayam. perap selama 1/2 jam.
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak.
Sedia dimakan bersama nasi goreng tadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment