Wednesday, July 04, 2012
Nasi Ayam Hainan
Assalamualaikum..
Nasi Ayam Hainan.. sedap dan mudah kerana ayam tidak perlu digoreng.. lama juga tidak membuatnya.. sambil melayari internet terjumpa resepi Nasi Ayam Hainan.. resepi ini saya ambil dari dapur Resepi Raidah.. terimakasih berkongsi resepi nasi ayam yang sedap ini..
Nasi Ayam Hainan
Dari Dapur : Resepi Raidah
Bahan-bahan untuk sup:
1 ekor ayam dibersihkan - potong 4
Air secukupnya untuk membuat sup
1 in halia - dihiris
4 biji bawang putih - diketuk
1 kiub pati ayam
Bawang goreng
Daun sup & daun bawang
Garam secukupnya
Cara-cara:
Semua bahan disatukan. Masak hingga mendidih dan ayam masak.
Angkat ayam dan ketepikan.
Untuk nasi:
4 cawan beras - dibersihkan dan tos
5 3/4 cawan sup ayam
1 inci halia - dihiris
3 ulas bawang putih - diketuk
2 helai daun pandan
1 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak
Garam secukupnya
Cara-cara:
Panaskan minyak dan mentega. Masukkan bawang putih, halia dan daun pandan.
Masukkan beras dan gaul rata.
Tuang air rebusan ayam tadi kedalam periuk nasi.
Tanak hingga nasi masak.
Bahan sos cili :
10 biji cili merah dibuang biji
1 in halia
3 ulas bawang putih
2 camca besar jus limau nipis
1/2 botol sos cili Thai
Sedikit air
- Satukan semua bahan kemudian dikisar halus.
Masukkan kedalam periuk dan masak hingga mendidih
Bahan untuk sos kicap :
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
5 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu besar gula
- Satukan semua bahan dan masak hingga mendidih
Bahan sampingan:
Sayur salad, timun & tomato
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Waw..nampak sungguh menyelerakan nasi ayam hainan itew..
ReplyDeleteSedapnya nasi ayam... nasi ayam hainan pula tu! Waduh...
ReplyDeleteas-salam kak lina
ReplyDeletemlm2 dtg tgk nasi ayam buat perut lapar lagi..sedapnye nasi ayam hainan tu kak...
Salam, minta izin untuk saya cuba masakan ini.
ReplyDeletesalam... sedap sangat... tq
ReplyDeletesalam kak,mintak izin cube resepi ni ye..
ReplyDelete