Tuesday, July 10, 2012

Ayam Sambal Daun Limau Purut




Ayam Sambal Daun Limau Purut
Resepi : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong ikut citarasa - diperap bersama garam & kunyit
6 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 1/2 in halia*
1 in lengkuas*
2 batang serai*
4 biji buah keras* ( Semua bahan dikisar halus )
6 helai daun limau purut - Ambil  sehelai dihiris halus
3/4 cawan cili kisar
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar  sos cili
2 sudu besar jus limau
1/2 cawan pati santan
Sedikit air - jika perlu
Garam & gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
Ayam yang telah diperap digoreng separuh masak. Ketepikan.
Tumis semua bahan yang dikisar hingga naik minyak. Masukkan sedikit air.
Masukkan cili kisar dan kacau hingga wangi.
Masukkan sos cili dan sos tomati dan kacau sabati.
Masukkan pati santan dan jus limau dan perasakan garam dan gula.
Masukkan ayam dan daun limau purut.
Gaul hingga kuah menyerap kedalam ayam dan sedikit pekat.
Sedia dihidang.

4 comments:

  1. Selamat malam Zalina..
    sangat menyelerakan ayam masak sambali limau tu..

    ReplyDelete
  2. Selamat pagi Zalina,
    bila diteliti bahan yang digunakan, semuanya mudah didapati, dan memang kombinasi semua bahan tu menerbitkan rasa yang enak... tambah pula ada aroma daun limau purutnya!

    ReplyDelete
  3. Salam kak lina....wow banyaknya makanan sedap2 disini, semuanya nampak sungguh sedap...tq kak lina sbb sudi join blog saya yg tak seberapa tu : )

    ReplyDelete
  4. ada haruman daun limau purut, mmg mengasyikkan...suka tauuu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...