Monday, May 16, 2011

Mee Hoon Goreng Putih

Assalamualaikum semua..

Selamat pagi.. Alhamdulillah berjumpa lagi di pagi Isnin yang ceria ini.. semoga Allah memberi kita kesihatan yang baik untuk melakukan kerja seharian dgn mudah dan tenang..
Untuk pagi ini saya menyediakan mee hoon goreng putih yg simple jer.. sedap dan tidak pedas.. kesukaan anak2 saya.. kalau nak pedas boleh hiriskan cili padi dan makan bersama kicap manis utk sesiapa yg suka pedas..


Bahan-bahan-
400 gm mee hoon direndam dan toskan
2 biji bawang merah dihiris
5 ulas bawang putih ditumbuk kasar
2 sudu makan lada hitam ditumbuk halus
2 sudu makan udang kering ditumbuk halus
250 gm udang dibersihkan
1 keping dada ayam dipotong kecil
200 gm taugeh
50 gm kucai
2 biji telur dikacau
1 biji cili merah dihiris halus
Daun bawang & daun sup
Bawang goreng

Cara-cara-
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih hingga wangi.
Masukkan udang kering, udang, ayam dan sedikit air. Rasa garam secukupnya.
Apabila semua sudah masak masukkan mihun dan lada hitam. Goreng hingga mihun menyerapair dan menjadi kering. Tutup api.
Ambil kuali lain letak sedikit minyak dan masukkan telur yg dikacau. Kacau hingga telur masak. Masukkan telur kedalam mihun dan gaul sebati.
Akhir sekali masukkan taugeh, kucai dan cili hiris. Tabur daun sup & bawang dan bawang goreng.
Sedia dihidang.

2 comments:

  1. lepas makan nanti amik award ni ye..

    http://yan-yanjournal.blogspot.com/2011/05/best-friend-award.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...