CUCUR KELAPA MANIS
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan kelapa parut putih
1/2 sudu kecil soda bicarbonat
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
1 1/4 cawan air
Cara-cara ;
Satukan tepung, kelapa parut, gula, garam dan soda bicarbonat. Gaul sebati.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil gaul hingga adunan sebati.
Biarkan adunan dalam 15 min.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuninggan.
Sedia dihidang.
Sedapnya... cuaca sejuk ni, enak betul makan cucur dengan minuman panas!
ReplyDelete