Saturday, December 17, 2011
Soto Ayam
Assalamualaikum semua...
Soto Ayam... menu saya sekeluarga untuk hari ini.. sudah agak lama tidak membuatnya.. mudah sahaja penyediaanya jika semua bahan telah sediaada dipetisejuk.. sedap dimakan jika sup panas bersama bergedil daging dan sambal kicap.. Jom lihat resepi dari saya...
Bahan untuk sup:
1 ekor ayam dipotong empat
8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 in halia*
4 biji buah keras*
1 sudu besar ketumbar* (Semua bahan dikisar)
3 sudu besar rempah soto Mak Siti
2 in lengkuas dititik
5 btg serai diketuk
Rempah tumis
Air secukupnya
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Garam secukupnya
Sedikit gula
Tumis semua bahan yang dikisar dan rempah tumis hingga wangi. Diikuti rempah soto dan kacau hingga masak.
Masukkan air, serai, lengkuas, garam, gula dan ayam dan biar mendidih.
Masukkan daun bawang dan bawang goreng.
Angkat ayam dan sejukkan sebentar dan siatkan halus.
Nasi empit secukupnya direbus hingga masak. Sejukkan baru dipotong kiub.
Bahan-bahan yang lain:
Bergedil daging
Sambal kicap
Taugeh
Ayam yang telah disiat
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Soon goreng
Kacang tanah goreng
Selamat mencuba pasti sedap...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Lina,kak Ros suka soto tapi tak penah buat sendiri.
ReplyDeleteAssalam Zalinah,
ReplyDeletesalam kenal,
sedapnya soto... nak buatnya kena makan masa, kena buat banyak2 ni biar boleh makan berkali2 dalam sehari,paling sedaplah begedik nya tu!
salam lina....peberet akak ni tp xprnh buat pun coz hubby ngan anak2 xsuka....huhuhuhu
ReplyDelete