Wednesday, December 07, 2011

Bun Kelapa


Assalamualaikum dan selamat pagi...
Bun Kelapa.. sedap dan lembut.. nak perhabiskan inti kelapa yang lalu buat kuih ketayap.. roti ni sedap dimakan untuk minum pagi dan petang.. resepinya adalah resepi koleksi simpanan saya..


Sedap dimakan panas2 yang baru keluar dari oven.. fav anak2 semasa cuti sekolah ni ada je permintaan untuk saya buatkan sesuatu untuk mereka..

Bahan-bahan:
600 gm tepung berprotin tinggi
60 gm gula halus
2 sudu bear tepung susu
2 sudu teh bread improver
11 gm yeast
1 sudu kecil garam
1 biji telur
2 50 ml air sejuk (+ -)
70 gm butter

Cara-cara:
Satukan semua bahan kecuali air dan butter.
Uli hingga rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan sebati.
Masukkan butter dan uli hingga licin dan kental.
Tutup doh dgn towel dan perap hingga doh naik berganda.
Angkat doh dan uli sambil tumbuk2kan untuk buang angin didalam doh.
Bentukkan bulat dalam anggaran 50gm dan isi inti kelapa.
Rehatkan dalam 10 minit. Sapu telur dan tabur kelapa kering diatasnya.
Bakar didalam oven 170C dalam 20 minit hingga kekuningan.

3 comments:

  1. Bulat menggebu je bun kelapa ni...bak seketul dua...leh gak mengunyah cecah air kopi...:)

    ReplyDelete
  2. Salam Lina...gebunya bun kelapa tu..tentu sedap pekena minuman panas...boleh la kita cuba ni..

    ReplyDelete
  3. Sedap dimakan bersama keluarga dan anak cucu..boleh ke saya nak order

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...