Tuesday, December 06, 2011
Kuih Ketayap
Kuih Ketayap.. makan panas2 waktu sarapan pagi atau minum petang.. kuih lama yang sedap dan mudah dibuat..
Bahan-bahan:
2 cawan tepung
1 biji telur
Sedikit garam
1 cawan air
1 cawan air daun pandan
Sedikit pewrna pandan
Semua bahan dikisar halus.
Panaskan kuali dan sapu sedikit minyak.
Masukkan adunan.
Bila masak masukkan inti kelapa dan gulung.
Bahan inti:
1 biji kelapa parut putih
1/2 buku gula melaka
Gula ikut kemanisan
2 sudu makan tepung ubi
Sedikit garam
2 helai daun pandan
Satukan semua bahan kedalam kuali.
Masak hingga sebati dan kering.
Biarkan sejuk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment