Saturday, October 08, 2011

Nasi Tomato


Bahan-bahan:
4 cawan beras direndam dlm 1/2 jam dan toskan
2 sudu besar minyak sapi
Sedikit minyak jagung
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia* ( Semua bahan* dihiris)
Rempah tumis
1/2 cawan tomato puree
2 sudu makan sos tomato
1/2 cawan susu cair
5 cawan air
2 helai daun pandan
1/2 cawan kismis
Sedikit bawang goreng

Cara-cara:
Beras yang telah ditoskan masukkan kedalam periuk elektrik bersama air, susu cair dan daun pandan.
Tumis semua bahan  yang dihiris dan rempah tumis hingga wangi.
Masukkan tomato puree dan sos tomato. Tuang semua bahan ini kedalam periuk nasi. Rasa garam secukupnya dan tekan.
Tunggu hingga masak. Gaul dan masukkan kismis dan tutup sebentar. gaul rata.
Tabur bawang goreng dan hidang.


2 comments:

  1. Assalamualaikum akak..
    sedapnya tgk nasi nie... boleh cuba nie nnt..

    ReplyDelete
  2. Diana.. mmg sedap anak2 akak suka.. senang jer buatnya.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...