Wednesday, October 12, 2011

Apam Mentega


Apam mentega.. sedap dan gebu.. rasanya pun mengikut citarasa saya yg tidak begitu manis.. resepi ini saya ambil dari dapur Ilahjy @ Resepi sumbangan JY.. terimakasih berkongsi resepi apamyg sedap ini..

Bahan A:
1 1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
250 gm mentega

Masak gula hingga cair dan kekuningan. masukkan air dan kacau sebati hingga semua gula larut. Masukkan mentega dan kacau hingga rata. Biarkan sebentar.

Bahan B:
3 cawan tepung*
2 sudu teh soda bicarbonat* ( Satukan dan ayak)
3/4 cawan gula halus
1 tin susu cair
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

Pukul telur, gula dan esen vanilla hingga kembang.
Masukkan air gula hangus yg telah dicairkan tadi. kacau sebati.
Masukkan tepung berselang seli dgn susu cair hingga habis. Kacau semuanya rata.
Biarkan adunan 1/2 jam.
Panaskan pengukus dan sapu acuan apam bersama sedikit minyak.
Panaskan acuan terlebih dahulu baru masukkan adunan 3/4 dari acuan apam.
Kukus selama 15 minit hingga masak.
Sejukkan dahulu baru dihidang.

3 comments:

  1. Nampak gebu je apam tu..mesti lemak2 dan lembut kan..sebab guna butter 250 gm kan..

    ReplyDelete
  2. ohhh..apam gula hangus, memang kegemaran ni....

    ReplyDelete
  3. as-salam
    comel2 apam tu..npk gebu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...