Thursday, February 13, 2014
Mee Hoon Sup Ayam
MEE HOON SUP AYAM
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
1/2 bungkus mee hoon - rendam dan celur
1/2 ekor ayam
Taugeh
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Limau nipis
Sambal kicap
Bahan untuk buat sup:
1/2 ekor ayam - dibelah dua
6 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 in halia*
1/2 in lengkuas*
2 sudu makan lada hitam* - semua bahan* dikisar halus
Rempah tumis - kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga
2 sudu makan rempah sup
1 kiub pati ayam
2 1/2 liter air
Garam secukupnya
Cara-cara ;
Tumis semua bahan yang dikisar dan rempah tumis hingga wangi.
Masukkan rempah sup dan kacau rata.
Masukkan air dan ayam. Biar mendidih..
Perasakan garam secukupnya serta kiub pati ayam.
Masukkan sedikit daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
Keluarkan ayam dan carik halus.
Sedia dihidang bersama mee hoon yang telah dicelur.
Makan bersama sambal kicap.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam..
ReplyDeletesedapnya..ni memang kegemaran sya..boleh makan sampai bermangkuk-mangkuk..hehe..