Friday, October 04, 2013
Puding Triffle
PUDING TRIFFLE
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
Kek swiss roll - perasa pandan
1 tin buah-buahan campuran
1 bungkus kristal jelly - perasa strawberry
400 ml susu sejat*
200 ml air*
1/2 cawan tepung kastard*
1/4 cawan gula*
1 sudu kecil esen vanilla*
2 biji kuning telur* - satukan dan kacau dan tapis
Cara-cara ;
Sediakan bekas.
Potong kek gulung dan susun diatas bekas kaca hingga rata.
Tuangkan sedikit air buah-buahan campuran keatas kek untuk basahkan kek.
Kacau bahan* diatas api perlahan hingga likat dan berkilat.
Tuangkan keatas potongan kek gulung tadi. Biarkan seketika.
Tuangkan buah-buahan campuran diatas kastard dan ratakan keseluruhannya.
Masukkan serbuk kristal jelly kedalam bekas. Masukkan 400ml air dan gaulkan diatas api perlahan hingga larut dan mendidih.
Tuang keatas buah-buahan campuran.
Sejukkan dahulu baru dihidang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment