Thursday, November 17, 2011
Gado-Gado Peranakan
Assalamualaikum..
Gado-gado.. lama juga saya tidak membuatnya.. terus menjengah di dapur DTS yang banyak resepi pecal atau rojak yang sedap-sedap.. saya memiih untuk membuat gado-gado kerana bahan-bahannya pun dah sedia ada.. makanan ini juga mengenyangkan.. yang mana kawan kita ingin berdiet bagus juga memcubanya..
Terimakasih Cik Mat @ Dapur Tanpa Sempadan kerana berkongsi resepi gado-gado yang sedap ini.. Jom lihat resepinya..
Bahan untuk kuah:
250 kacang tanah dipanggang / sangai
200 ml pati santan
350 ml air
1/3 cawan jus asam jawa
5 sudu besar gula
Garam secukupnya
15 tangkai cili kering*
10 biji bawang merah*
2 batang serai*
1/2 in kunyit*
1 in lengkuas*
1 camcabesar udang kering dicuci dan ditos* (Semua bahan* dikisar)
Tumis semua bahan yang dikisar hingga naik minyak.
Masukkan air dan kacang yang dikisar.
Masukkan air asam, garam dan gula. Kacau rata.
Masukkan pati santan dan kacau hingga pekat.
Rasa garam dan gula secukupnya.
Boleh dihidang.
Bahan-bahan sayuran:
100 gm kacang panjang dipotong dan dicelur
250 gm kobis dihiris dan dicelur
3 biji kentang direbus dan buang kulitnya
1 biji timun
2 keping tempe digoreng
3 keping tauhu digoreng
5 biji telur direbus
Selamat mencuba...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Satu lagi menu fav kak cek...mkn lak ngan sambal kacang ..uihhh! memang sedappp...:D
ReplyDeletecik cek.. saya makan ni saja hari ni tak makan nasi.. sudah mencukupi dan mengenyangkan..
ReplyDeleteu nak tau tak.. i punya lah malas nak buat kuah kacang ni. beli ready made je..heee..
ReplyDeletelagi suka kalau ada rasa cekur tu...