Thursday, March 06, 2014
Kari Ayam Kerisik
KARI AYAM KERISIK
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
1 ekor ayam - dipotong
4 biji kentang - dipotong
1 biji bawang besar - dihiris
4 1/2 cawan santan
1/4 cawan cili kisar
1/2 cawan rempah kari daging
2 keping asam gelugur
2 sudu besar kerisik
1 pelepah daun kari
Kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga
Garam dan gula secukupnya
Bahan kisar :
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 1/2 in halia
1/2 in lengkuas
Cara-cara :
Tumis bawang besar, daun kari dan semua rempah tumis hingga wangi.
Masukkan bahan yang dikisar dan kacau rata.
Masukkan cili kisar dan rempah kari. Tuangkan sedikit air. kacau hingga naik minyak.
Masukkan sedikit santan, ayam dan kentang. Masak ayam hingga kecut.
Masukkan asam gelugur dan baki santan.
Perasakn garam dan gula secukupnya.
Masukkan kerisik dan kacau hingga mendidih.
Sedia dihidang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment