Saturday, January 11, 2014
Acar Buah Jeruk
ACAR BUAH JERUK
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
1 kg buah-buahan jeruk
10 biji bawang merah - belah dua
8 ulas bawang putih- belah dua
2 in halia muda- dihiris halus
15 biji cili api
Bijan secukupnya
2 cawan gula
1/4 cawan cuka makan
1/2 cawan rempah kari
1 cawan cili kisar
1/2 cawan bijan
Bahan kisar:
8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 in halia* - semua bahan* dikisar
Cara-cara ;
Tumis bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan rempah kari dan tumis hingga wangi dan garing.
Masukkan gula dan cuka. masak hingga naik minyak.
Masukkan semua buah-buahan jeruk dan kacau hingga rata.
Tuangkan bijan.
Sejukkan dahulu baru diisi dalam bekas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nak cubalah..asik tak jadi je buat syok sendiri
ReplyDelete