Tuesday, July 23, 2013
Kuih Badak Berendam
KUIH BADAK BERENDAM
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan untuk inti kelapa :
1/2 biji kelapa parut putih
1/2 ketul gula melaka - dicincang halus
2 sudu makan gula pasir
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
Cara-cara :
Semua bahan disatukan kedalam kuali.
Masak dengan menggunakan api perlahan dan kacau sehingga semua bahan sebati dan gula hancur.
Angkat dan sejukkan.
Bahan untuk membuat doh :
1 cawan tepung pulut hitam
1 cawan tepung pulut putih
1/4 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 sudu teh garam
Cara-cara :
Satukan semua tepung dan garam didalam bekas.
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh lembut.
Bulat-bulatkan doh anggaran 25gm sehingga habis.
Panaskan air ke dalam periuk hingga mendidih.
Doh bulat tadi diisi inti kelapa dan masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
Bila doh timbul bermakna sudah masak.
Angkat dan tos kemudian masukkan ke dalam kuah santan.
Bahan untuk membuat kuah santan.
2 cawan santan pekat
1 sudu teh tepung beras
1 sudu teh garam
1 helai daun pandan
Semua bahan disatukan dan kacau diatas api perlahan sehingga mendidih.
Masukkan ke dalam bekas.
Tuang adunan doh ke dalam kuah santan.
Sedia dihidang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment