Thursday, July 11, 2013
Kuih Ketayap
KUIH KETAYAP
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan untuk inti kelapa :
1 biji kelapa parut putih
1 ketul gula melaka - dicincang halus
1 sudu kecil tepung sagu
3 sudu besar gula pasir
2 helai daun pandan
Semua bahan disatukan kedalam kuali.
Masakkan dengan menggunakan api perlahan dan kacau sehingga semua sebati dan sedikit kering.
Masukkan tepung ubi dan gaul rata. Sejukkan
Bahan untuk tepung :
2 cawan tepung
1 biji telur
2 cawan air
1 cawan susu cair
1 sudu kecil pewarna pandan
1 sudu kecil pes pandan
1 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak
-Minyak untuk disapu dikuali
Semua bahan disatukan dan dikisar halus. Tapiskan.
Cara-cara :
Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak.
Tuang adunan tepung dalam 1senduk dan goyangkan supaya aduanan bulat.
Biarkan masak dan angkat,
Masukkan inti kelapa dan gulung.
Sedia dihidang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment