Tuesday, September 20, 2011
Spaghetti Mackerel
Assalamualaikum..
Spaghetti Mackerel.. masakan yang simple dan ringan.. menu saya untuk pagi tadi.. bahan2nya pun yang mudah saja..
Bahan-bahan:
1 bungkus spaghetti - direbus dan tos
1 tin besar Mackerel - buang sos dan hancurkan mackerelnya
2 biji bawang besar dipotong dadu
4 ulas bawang putih dicincang
3 sudu makan cili kisar
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tomato
1 biji perahan air limau nipis
2 biji tomato dicincang
1 batang carrot dipotong dadu
Sedikit garam, gula dan lada sulah
Daun ketumbar
Bawang goreng
Cara-cara:
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. masukkan cili kisar, dan tumis hingga wangi.
Masukkan carrot, tomato cincang, mackerel hancur, sos cili dan sos tomato. Gaul dan masukkan air limau nipis.
Masukkan spaghetti yg direbus dan gaul rata.
Rasa garam, gula dan lada sulah.
Padam api dan tabur bawang goreng dan daun ketumbar.
Sedia dihidang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
best nya..nanti petang nak wat gak..guna sardin boleh ker..hehehe
ReplyDeleteboleh jer guna sardine.. cuma mackerel ni ikannya besar sikit :)
ReplyDeleteseddap gak kalau pakai sardinne kan?
ReplyDelete