Saturday, September 17, 2011

Choc Chips Cookies


Assalamualaikum dan selamat pagi..

Pagi ini saya ingin berkongsi biskut yang sedap dan rangup... Choc Chips Cookies.. yang diambil dari dapur DTS Mat Gebu.. semalam saya membuatnya utk menghabiskan bahan2 yg sedia ada.. mudah sahaja pembuatannya.. tapi saya ada menambah baik pulih utk kesedapan anak tekak saya.. terimakasih Cik Mat Gebu berkongsi resepi yang semuanya sedap2..

Bahan-bahan:
250 gm butter
160 gm gula perang
3 biji kuning telur
1/2 camca teh butter vanilla
1 camca teh coklat emulco
1 camca teh garam halus
150 gm choc chips
150 gm badam cincang
1 cawan kelapa kering
350 gm tepung gandum*
15 gm serbuk koko*
1/2 camca teh baking powder* (Satukan bahan* dan ayak)

Cara-cara:
Putar butter, gula dan garam sehingga sebati. Masukkan butter vanilla dan coklat emulco dan putar lagi.
Masukkan kuning telur satu persatu hingga habis sambil putar hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diikuti choc chips, badam dan kelapa kering. Gaul sebati.
Bentukkan bulat2 kedalam loyang dan bakar dlm 170C selama 20 minit atau sehingga masak.
Sejukkan dahulu baru diisi didalam balang.

2 comments:

  1. nanti penghujung raya boleh lah cuba buat ..dan menghabiskan stok ..selamat hari raya

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya Nazrah.. cuba la mmg sedap.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...