Saturday, January 07, 2012

Puding Sagu


Assalamualaikum dan selamat petang semua..
Sudah agak lama juga saya tidak entry di blog.. kesibukan dan masa tidak mengizinkan.. selalu hanya buka blog rakan2 dan melihat menu yang ada.. itu pun hanya beberapa minit sahaja dapat tengok.. oklah hari ini saya menyediakan puding sagu.. ramai kawan2 pun telah tahu membuatnya kan.. sedap dimakan ketika sejuk..

Bahan-bahan:
1 cawan biji sagu
2 cawan air
Sedikit pewarna pandan

Satukan biji sagu dan air. Masak diatas api perlahan hingga pekat dan jernih. Masukkan kedalam tapis dan tuang air masak dan gaul dan tapis. Masukan sedikit pewarna pandan dan gaul rata. Masukan kedalam bekas atau acuan. Sejukkan.


Untuk kuah puding:
1 ketul gula melaka
3 cawan santan pekat
1 sudu besar gula
Sedikit garam
1 helai daun pandan

Satukan kesemua bahan dan kacau diatas api perlahan. kacau sehingga semua bahan larut. Sejukkan baru dihidang bersama puding sagu tadi.


5 comments:

  1. salam lina....1st time Liza tgk sagu berkuah cmni....jakun betul la...hihihihi

    ReplyDelete
  2. Wasalam Liza.. cuba la.. skrg ni musim panas lagi sedap makan sejuk2..

    ReplyDelete
  3. assalam Lina,
    sedap nampaknya dessert petang ni...suka makan tapi belumpernah buat!

    ReplyDelete
  4. kak lina...ini memang dessert kegemaran nani. kat rumah ni mesti sentiasa ada stok sagu. ini jela yg paling senang nak buat.

    ReplyDelete
  5. sedapnya biji2 sagu tu dikunyah-kunyah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...