Sunday, May 08, 2011

Yee Mee My Style

Assalamualaikum..
Selamat Hari Ibu semua.. ibu saya berada di Johor Bahru.. tak dapat meraikan bersama.. cuma memberi kata ucapan di telepon jer.. Terimakasih ibu kerana memberi kasih sayang dan dibelai manja hingga dewasa.. Ku sentiasa berdoa kesejahteraan utk ibuku..

Okey la.. tentang menu saya utk malam ni adalah Yee Mee.. tapi saya tak pakai hot plate.. saya guna pinggan biasa jer.. Bolehlah tahan rasanya lebih kurang sama yg dijual diluar sana.. hehe


Bahan-bahan-
1 bungkus yee mee ( 5 gulung mee)
1 ikat sawi dipotong dan dicelur
2 biji bawang besar dicincang halus
10 ulas bawang putih ditumbuk kasar
1 inci halia dihiris halus
9 tangkai cili kering dipotong 3 dan buang biji
15 biji cendawan kering direndam
2 keping dada ayam dipotong
4 susu besar sos tiram
4 sudu besar kicap cair
4 susu besar kicap pekat
2 sudu makan lada hitam yg telah ditumbuk halus
3 titik minyak bijan
3 sudu makan tepung jagung dibancuh dgn sedikit air.
5 cawan air atau lebih

Cara-cara-
Tumis bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia hingga naik bau.
Masukkan ayam dan masak hingga empuk.
Masukkan air, sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam biar hingga mendidih.
Masukkan cendawan dan tepung jagung yg dibancuh dgn air.
Titikan minyak bijan kemudian masukkan mee.
Hidang didalam pinggan bersama sawi yg telah dicelur.

1 comment:

  1. dah lama tak masak yee mee..akak suka buat untuk minum petang..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...