Tuesday, August 19, 2014

Brokoli Masak Sos Tiram



BROKOLI MASAK SOS TIRAM
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
300 gm brokoli - dipotong
1 batang lobak merah - potong serong
200 gm isi ayam - dihiris
1 biji bawang merah - dicincang
4 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap manis
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dgn sedikit air
1 cawan air
1/2 sudu kecil gula
Garam secukupmya

Cara-cara :
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan ayam dan tumis hingga masak. Tuang sedikit air.
Masukkan serbuk lada hitam.
Masukkan carrot dan brokoli.
Masukkan sos tiram dan kicap manis.
Tuang air dan tepung jagung yang dibancuh.
Perasak garam dan gula secukupnya. Gaul rata.
Taburkan sedikir bawang goreng.
Sedia dihidang.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...