Thursday, August 11, 2016

Kari Tulang Daging Kacang Dhall



KARI TULANG KACANG DHALL
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1 kg tulang berdaging
1/2 kg daging
4 biji cili hijau
1/2 cawan kacang dhall di rebus dan tos
1 biji bawang besar dihiris
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 1/2 halia* - dikisar
4 pelepah daun kari
2 sudu makan cili kisar
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu makan rempah kurma
4 sekawan : kayu manis, bunga lawang, bungaa cengkih dan buah pelaga
2 keping asam gelugur
Santan secukupnya
Air secukupnya
garam dan sedikit gula

Cara-cara:
Tumis bawang besar, daun kari dan 4 sekawan hingga wangi.
Masukkan bahan yang dikisar dan masak hingga naik minyak.
Masukkan cilikisar dan rempah kari dan rempah kurma.
Tuangkan sedikit air. Kacau hingga wangi.
Masukkan tulang dan daging dan tuang sedikit santan dan air.
Tutup dan masak hingga daging empuk.
Masukkan sekali lagi santan, dan kacang dhal.
Masukkan cili hijau dipotong dua.
Perasakan garam dan sedikit gula.
Sedia dihidang.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...