Showing posts with label Bubur dan Pengat. Show all posts
Showing posts with label Bubur dan Pengat. Show all posts
Thursday, November 05, 2015
Bubur Candil Keladi
BUBUR CANDIL KELADI
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
Untuk membuat biji tepung
2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
Sedikit garam
Sedikit pewarna keladi
Sedikit biji sago
1 cawan air lebih atau kurang ikut kelembutan
- semua bahan disatukan dan masukkan air sedikit demi sedikit hingga lembut
1 biji keladi cina dipotong dadu dan dikukus
5 cawan santan - ikut kepekatan
1 helai daun pandan
1 cawan gula
Sedikit garam
Cara- Cara :
Panaskan air hingga mendidih sambil bulatkan2 biji candil kemudian bulat2kan adunan tadi dan masukkan kedalam air mendidih tadi. bila biji tepung tadi timbul angkat dan toskan. Buat sehingga habis. Biarkan.
Masakkan santan, gula dan daun pandan.
Masukkan biji sago, keladi dan biji tepung tadi.
Kacau hingga mendidih.
Sedia dihidang.
Friday, March 14, 2014
Bubur Barli
BUBUR BARLI
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
200 gm biji barli - direbus empuk
2 cawan air
3 cawan pati santan
Gula - ikut suka
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
Cara-cara :
Barli dibersihkan.
Rebus biji barli hingga empuk.
Masukkan santan, daun pandan, gula dan garam. kacau hingga mendidih.
Sedia dihidang.
Sunday, July 21, 2013
Pengat Keladi
PENGAT KELADI
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
400 gm keladi cina - potong dadu
4 1/2 cawan santan
3 sudu besar biji sagu - cuci dan tos
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
Cara-cara :
Satuka santan, gula, garam dan daun pandan. Masak dan kacau hingga semua larut.
Masukkan keladi dan biji sagu kacau hingga keladi empuk.
Sedia dihidang.
Saturday, July 06, 2013
Pulut Serawa Durian
PULUT SERAWA DURIAN
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan untuk pulut :
2 cawan beras pulut - direndam selama 2 jam
1 1/2 cawan santan cair
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
Cara-cara:
Panaskan pengukus.
Masukkan beras pulut yang ditos kedalam loyang.
Tuangkan santan cair, garam dan daun pandan,
Kukus hingga pulut masak dan lembut.
Bahan-bahan untuk kuah durian :
2 cawan isi durian
6 ulas durian
4 cawan santan
3 sudu besar gula
1/2 gula melaka
2 helai daun pandan
Garam secukupnya
Cara-cara :
Satukan santan, durian, gula, gula melaka, garam dan daun pandan.
Masak dan kacau diatas api perlahan hingga semua larut dan mendidih.
Sedia dihidang.
Sunday, May 19, 2013
Pengat Pisang & Keledek
PENGAT PISANG & KELEDEK
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
5 - 6 biji pisang nangka
1 biji keledek - sederhana besar
5 cawan santan
100 gm gula melaka
3 sudu gula
1/2 cawan biji sagu - dicuci dan tos
Sedikit garam
2 helai daun pandan
Cara-cara :
Masukkan santan, gula, gula melaka, daun pandan dan sedikit garam kedalam periuk.
Masak dan kacau.
Masukkan keledek dan biji sagu dan kacau hingga keledek empuk.
Masukkan pisang. Kacau seketika.
Sedia dihidang.
Wednesday, December 19, 2012
Pengat Ubi Kayu
PENGAT UBI KAYU
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
500 gm ubi kayu
5 cawan santan
100 gm gula melaka
1/4 cawan sagu biji - cuci dan toskan
3 sudu makan gula
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
Cara-cara :
Masukkan santan, daun pandan, gula merah dan garam kedalam periuk. Masuk hingga semua larut.
Masukkan ubi kayu dan kacau hingga ubi empuk.
Perasakan gula secukupnya.
Sedia dihidang,
Tuesday, November 13, 2012
Serawa Durian
Assalamualaikum semua..
Serawa Durian.. sarapan pagi ini.. memandangkan ada lebihan isi durian terus membuatnya.. anak-anak lebih suka makan bersama roti daripada pulut.. lagipun ianya mengenyangkan.. Kalau ingin mencuba lihat resepi saya dibawah ini..
SERAWA DURIAN
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
15 ulas isi durian - dalam 1 biji
4 cawan santan
200 gm gula melaka
2 sudu makan gula
2 sudu makan tepung gandum - larutkan bersama air
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
Cara-cara :
Semua bahan disatukan.
Kacau diatas api perlahan sehingga semua sebati dan mendidih.
Sedia dihidang.
Friday, September 14, 2012
Bubur Nasi Berdaging
Assalamualaikum semua..
Bubur Nasi Berdaging.. menu tengahari.. ubah selera selalu makan nasi.. saya hidangkan bubur nasi pula, makanan tak kira orang sakit atau sihat pun selera kalau nikamti bubur nasi berdaging ini.. Selalu juga saya membuatnya untuk keluarga kerana semua mengemarinya..
Bubur Nasi Berdaging
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan:
2 cawan beras dicuci
400 gm daging dicincang
Air secukupnya
5 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 in halia* ( Semua bahan dikisar)
Rempah tumis
2 sudu makan rempah sup
1 kiub daging
2 sudu besar bawang goreng
1/4 cawan kacang dhal dicuci
1/2 batang carrot dipotong dadu
Daun sup & bawang secukupnya
Garam secukupnya
Cara-cara:
Tumis bahan-bahan yang dikisar dan rempah tumis hingga wangi kemudian masukkan rempah sup.
Masukkan daging yang dicincang. Tuang air secukupnya.
Masukkan beras dan kacang dhal biar hingga masak sambil selalu dikacau.
Masukkan kiub daging, carrot, bawang goreng dan daun sup serta daun bawang. Kacau rata dan menjadi bubur yang dikehendaki.
Sedia dihidang. Tabur sekali lagi daun sup dan bawang goreng.
Tuesday, June 19, 2012
Bubur Jagung & Nangka
Bubur Jagung & Nangka
By : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan:
4 tongkol jagung disagat
6 biji nangka madu disiat
6 cawan santan
1/2 cawan biji sago dicuci dan tapis
Gula secukupnya
Sedikit garam
2 helai daun pandan
Cara-cara:
Santan dimasak bersama biji sago, daun pandan, gula dan garam hingga mendidih.
Masukkan jagung. Kacau rata.
Masukkan nangka dan kacau hingga mendidih.
Sedia dihidang.
Wednesday, February 29, 2012
Bubur Cha-cha & Keledek
Bubur Cha-Cha & keledek.. makan diwaktu petang sebagai manisan.. senang dan mudah sahaja penyediaannya..
Bahan-bahan:
200 gm biji cha-cha
400 gm keledek dibuang kulit dan potong dadu
4 cawan santan
Gula secukupnya - ikut suka manis
Sedikit garam
2 helai daun pandan
Masak biji cha-cha bersama air sehingga sedikit kembang. Toskan dan biarkan.
Masak santan bersama gula, garam dan daun pandan.
Masukkan keledek dan cha-cha hingga empuk. Tutup api.
Sedia dihidang.
Friday, October 21, 2011
Bubur Kacang Hijau
Bubur Kacang Hijau.. menu petang.. sedap dimakan bersama cream creaker dan teh O panas.. cicah bersama roti pun sedap.. petang selalu hujan.. lagi menyelerakan kalau hidangkan utk famili kita.. betul tak.. :)
Bahan-bahan:
2 cawan kacang hijau direndam 2 / 3 jam.
4 cawan santan atau lebih ikut pekat
1/2 ketul gula melaka
Gula - ikut kemanisan masing2
Sedikit garam
2 helai daun pandan
Cara-cara:
Rebus kacang hijau yg direndam hingga empuk.
Masukan santan, gula melaka, gula pasir, daun pandan dan garam. Kacau hingga mendidih.
Sedia dihidang.
Friday, August 12, 2011
Pengat Keladi & Keledek
Bahan-bahan:
300 gm keladi dipotong dadu
300 gm keledek merah dipotong dadu
1/2 cawan sagu biji
5 cawan santan
1/2 cawan gula
Sedukit garam
2 helai daun pandan
Cara-cara:
Masukkan santan didalam periuk sambil kacau diatas api perlahan.
Masukkan gula, garam, biji sagu, daun pandan keledek dan keladi. Kacau hingga mendidih dan empuk.
Sedia dihidang.
Friday, August 05, 2011
Bubur Nasi Daging
Assalamualaikum..
Bubur Nasi Berdaging.. menu ringkas utk berbuka.. sedap dimakan bersama sambal goreng tempe untuk menyelerakan lagi kami sekeluarga.. walaupun ringkas tapi mengenyangkan..
Bahan-bahan:
2 cawan beras dicuci dan direndam
400 gm daging dipotong kecil2
1 batang carrot dipotong dadu
Daun sup
Bawang goreng
Rempah tumis
1 sudu makan rempah sup
1 bungkus sup bunjut
1 cawan santan
Air secukupnya
Bahan dukisar:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara-cara:
Tumis bahan yang dikisar dan rempah tumis hingga wangi. Masukkan rempah sup, sup bunjut dan daging. Gaul sebati. masukkan santan dan air secukupnya. Sambil kacau dan biar mendidih dan daging empuk.
Masukkan beras, carrot dan kacau hingga masak menjadi bubur. Tambah air jika perlu.
Hidang bersama bawang goreng dan daun sup.
Tuesday, July 12, 2011
Pulut Serawa Durian
Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. semalam ada kawan bagi durian dlm 7 biji semuanya.. semuanya elok2.. sedap dan lemak manis rasanya.. isinya pula kuning.. dia bawa dari kampung di Perak.. tengah musim durian disana.. bestnya kalau ada kampung yang ada dusun durian erkk.. musim durian je boleh duk kat pondok tunggu durian jatuh.. hehe..
2 biji saya telah buat kuah serawa dan 5 biji makan begitu saja.. ikutkan nak makan semua tapi dah lama tak makan serawa durian bersama pulut.. tu buat.. anak2 saya pulak suka makan bersama roti.. Jom tengok resepi saya ni..
Bahan utk pulut:
3 cawan pulut direndam 1 jam
1 1/ 2 cawan air
Sedikit garam
Masukkan pulut dan air kedalam bekas kemudian dikukus hingga masak. Dalam 20 minit kacau jika nampak jelatah lagi renjis-renjiskan sedikit air lagi dan kukus lagi hingga masak.
Bahan utk kuah serawa:
1 mangkuk isi durian
3 mangkuk santan pekat
1/2 cawan gula
2 helai daun pandan disimpul
Sedikit garam
Masukkan isi durian, daun pandan dan garam kedalam santan.
Kacau diatas api perlahan hingga mendidih dan pekat.
Sedia dimakan bersama pulut atau roti.
Saturday, May 14, 2011
Pengat Pisang
Assalamualaikum..
Selamat petang.. diluar sana cuaca panas sekali.. musim panas mcm ni la kita kena minum air masak banyak.. saya disini pun kena batuk dan selsema.. mungkin minum banyak ais.. maklum la tengahari lepas ambil anak dari sekolah tekak terasa dahaga terus ambil air ais.. mmg la rasa lega.. tp akibatnya tu dia.. dpt batuk dan selsema.. tapi takpela salah diri ni sendiri kan.. tanggung la akibatnya..
Petang ni menu apa yg kawan2 sediakan ye utk famili.. saya menyediakan pengat pisang.. pagi tadi pergi ke pasar nmpk pulak pisang nangka.. tu terfikir dh lama tak buat pakai pisang nangka.. biasanya pakai pisang nipah.. pisang nangka ni rasanya masam manis skit.. buat goreng pun sedap.. Jom kita jamu selera pengat pisang saya ni..
Bahan-bahan-
6 biji pisang nangka dipotong
1/2 cawan biji sagu dicuci dan toskan
5 cawan santan
100 gm gula melaka
Gula secukup manis
Sedikit garam
2 helai daun pandan disimpul
Cara-cara-
Masukkan santan, gula melaka, gula, daun pandan dan sedikit garam kedalam periuk.
Kacau diatas api sederhana hingga mendidih.
Masukkan pisang dan biji sagu. Kacau lagi sehingga sagu kembang.
Sedia dihidang.
Selamat petang.. diluar sana cuaca panas sekali.. musim panas mcm ni la kita kena minum air masak banyak.. saya disini pun kena batuk dan selsema.. mungkin minum banyak ais.. maklum la tengahari lepas ambil anak dari sekolah tekak terasa dahaga terus ambil air ais.. mmg la rasa lega.. tp akibatnya tu dia.. dpt batuk dan selsema.. tapi takpela salah diri ni sendiri kan.. tanggung la akibatnya..
Petang ni menu apa yg kawan2 sediakan ye utk famili.. saya menyediakan pengat pisang.. pagi tadi pergi ke pasar nmpk pulak pisang nangka.. tu terfikir dh lama tak buat pakai pisang nangka.. biasanya pakai pisang nipah.. pisang nangka ni rasanya masam manis skit.. buat goreng pun sedap.. Jom kita jamu selera pengat pisang saya ni..
Bahan-bahan-
6 biji pisang nangka dipotong
1/2 cawan biji sagu dicuci dan toskan
5 cawan santan
100 gm gula melaka
Gula secukup manis
Sedikit garam
2 helai daun pandan disimpul
Cara-cara-
Masukkan santan, gula melaka, gula, daun pandan dan sedikit garam kedalam periuk.
Kacau diatas api sederhana hingga mendidih.
Masukkan pisang dan biji sagu. Kacau lagi sehingga sagu kembang.
Sedia dihidang.
Saturday, April 16, 2011
Bubur Jagung & Nangka
Assalamualaikum..
Selamat petang.. kat sini cuaca mendung dari pagi tadi.. masing2 kat rumah ni duk ngadu lapar je.. Jom la kita tengok menu petang ni nak bagi perut ni berisi.. hehe
Bubur jagung bersama nangka.. siapa2 yang tak boleh makan nangka tu tengok je ye.. mmg sedap bercampur dgn biji sago.. makan panas dan sejuk.. dua2 pun sedap..
Bahan-bahan-
4 tongkol jagung diambil biji jagung saja
10 ulas nangka dipotong panjang
1/2 cawan biji sago dicuci dan toskan
4 cawan santan
Gula secukup manis
Sedikit garam
2 helai daun pandan disimpul
Cara-cara-
Masak santan, gula, garam dan daun pandan bersama jagung sambil kacau sehingga empuk.
Masukkan pula nangka dan biji sago. Biar seketika sago nampak jernih baru tutup api.
Hidang.
Selamat petang.. kat sini cuaca mendung dari pagi tadi.. masing2 kat rumah ni duk ngadu lapar je.. Jom la kita tengok menu petang ni nak bagi perut ni berisi.. hehe
Bubur jagung bersama nangka.. siapa2 yang tak boleh makan nangka tu tengok je ye.. mmg sedap bercampur dgn biji sago.. makan panas dan sejuk.. dua2 pun sedap..
Bahan-bahan-
4 tongkol jagung diambil biji jagung saja
10 ulas nangka dipotong panjang
1/2 cawan biji sago dicuci dan toskan
4 cawan santan
Gula secukup manis
Sedikit garam
2 helai daun pandan disimpul
Cara-cara-
Masak santan, gula, garam dan daun pandan bersama jagung sambil kacau sehingga empuk.
Masukkan pula nangka dan biji sago. Biar seketika sago nampak jernih baru tutup api.
Hidang.
Subscribe to:
Posts (Atom)